Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, December 2, 2010

Contest: Ada apa dalam tuh?

Salam.

Dengan ini, diumumkan aku telah ditag oleh blogger cun melecun, Siti(sila ke blog beliau untuk berkenalan..hehe).
Okeh, disebabkan hari ini penat sampai ke paras hidung, entry ditaip laju-laju bagai dikejar anjing gila meroyan..(-_-')




Contest dianjurkan oleh cik bambam,maklumat lanjut sila klik banner diatas okeh.x)

Ape dalam bekas tu eh? Anak kucing ke?Atau emas seketul?hahaha..eh eh, itu bukan jawapan aku yang sebenar.
Jap, fikir sambil urut dagu dan berpura-pura ade janggut. Out of the box bak kata beliau.

Ahah, aku meneka ade serbuk kopi dalam tuh!!!(muka confident)

Aku rasa blog cik bambam ni dah cun dah, download pun laju je..senang keje aku. Kalo cadangan penambahbaikan maybe guna header yang lagi menarik..x)

Okeh, manusia bertuah aku nak tag adalah:

Siap, hip hip hooray!!
Bye.



Wednesday, December 1, 2010

Serius...aku benci manusia buang bayi!!

Salam.

Aku pelik dengan manusia yang suka menyalahkan manusia lain nih. Serius aku rasa annoying gile, rasa macam terpijak katak mati tepi jalan, lepas tu melompat-lompat kegelian.(ahah, perbandingan yang sungguh tidak relevan)

Ok ok..aku mengaku enry ditaip disebabkan perasaan tidak puas hati aku kepada seseorang, tapi aku tak nak cerita kat sini, personal sangat. Atas dasar blogger profesional(haha..perasan), makanya aku akan ubah sikit perasaan aku tu kepada sesuatu yang lebih bermanfaat, iaitu aku nak berbincang akan isu semasa yang tiada kesudahan ini.

Kita stop merapu dulu. Mari jadi serius bersama aku. Yup, serius!;p

Masih berkisar kepada perasaan tidak puas hati.

Isu semasa yang aku maksudkan adalah isu buang bayi..Bayi luar nikah yang menjadi tajuk utama disini. Setiap kali berlakunya pembuangan bayi, masyarakat hari ini membentak, dan bertanya ke mana hilangnya nilai-nilai kemanusiaan manusia yang membuang bayi itu? Atau, dalam erti kata yang sebenar, apa kejadahnya mentaliti ibu yang sanggup membuang bayi yang dikandung selama 9 bulan? Mana kasih sayang seorang ibu yang membawa ke syurga? Ya, aku ingin tekankan perkataan IBU disini. Sudah pasti kaum wanita yang dicela, baru ditanya siapakah lelaki keparat yangmengandungkannya.

Hah, dan ibu bapa kepada gadis turut dipersalahkan. Bagaimana mereka mendidik anak hingga begitu sekali jadinya? Kurangkan perhatian dan kasih sayang yang diberikan?

Seperti yang diulang-ulang, sebab utama masalah ini adalah kerana kurangnya didikan agama, kasih sayang dan macam-macam lagi. Tetapi aku bukan nak tekankan penyebab disini,. Bukan sama sekali.

Aku mahu mengajak korang berfikir, apa peranan korang dalam isu ini? Cukupkah sekadar melihat akhbar, dan berkata..apa la nak jadi dengan dunia sekarang?Aku ulangi, cukupkah?

Daripada kita terus mempersoalkan dan menuding jari kepada pihak berkenaan, tidakkah kalian terpikir mahu turut sama mencegah situasi ini. Tanya lah kepada mana-mana ibubapa pun, mereka tidak pernah impikan anak gadis tersayang menjadi sebegitu rupa. Ini bukan satu pilihan, tapi suatu kesilapan dan takdir dimana mereka dipilih oleh Allah untuk menempuhinya

Dan kepada gadis yakni aku jua, berhati-hati lah dalam menempuh dunia pada hari ini. Usah semudahnya percaya kepada tutur kata lelaki. Lengkapkan diri kamu dengan didikan agama, dan percaya setiap orang mempunyai jodohnya sendiri.

Dan kepada lelaki-lelaki diluar sana(bukan semua), perlakulah kami kaum wanita selayaknya. Sematkan dihati kalian, bagaimanakah rasa jika gadis-gadis yang malang itu adalah kakak atau adik anda? Tanamkan sifat empati dalam diri, bukan sekadar simpati semata-mata.

Tersentuh tak hati korang tengok gambar ni?







Mereka mempunyai hak untuk hidup..lihat lah mata mereka yang bersih daripada noda ini.

Kata-kata ini untuk aku juga. Ambillah iktibar bersama.



Eh, entry serius lagi..x)

Bye.

Maaf itu Keramat!!!

Salam.

6.27 pagi.

Hai hai semua, sihat hari ini? Aku doakan bahagia dalam genggaman kamu pada hari ini. x)

Tiba-tiba kepala serabut, maka aku ingin meluahkan idea disini.

Aku ingin mengajak kamu pada hari ini menyusur jalan bersama aku, memahami perkataan keramat yang semua orang tahu, kecuali bayi atau manusia yang terjejas mentalitinya. Keramat? Dah macam cerita hantu pulak.

Aku pasti kamu memahami perkataan maaf bukan? Ya, MAAF. Tengok, dah tercaps lock pulak. hehe.

Maaf adalah suatu perbuatan yang mulia, dimana kita merendahkan ego, dan mengakui kesilapan seadanya. Bukan semua yang sanggup mengakui kesilapan sendiri. Mudahnya masyarakat pada hari ini, setiap kesilapan atau kekhilafan, dengan cepat mereka menuding jari kepada orang lain.

Aku berharap kita bukan daripada golongan ini, yang mana amat berat untuk menuturkan perkataan maaf didalam hidup mereka. Bukalah minda kalian semua, dimana dengan meminta maaf itu bukan bererti kita hina, malah adalah insan mulia kerana mampu mengakui kesilapan sendiri, dan mengambil iktibar daripadanya.



dengan meminta maaf kalian akan menjadi comel macam kucing ni..;p

Daripada pengalaman aku sendiri, belajarlah meminta maaf seikhlas hati kamu. Kerana kita tidak tahu bila ajal menjengah, maka janganlah matinya kita nanti dalam kemarahan manusia lain.

Maaf daripada aku kepada yang terasa, sesungguhnya bukankah amalan mengingati itu amalan yang bijaksana?x)

Serius hari ini entry berat+skema.
Nak pergi seminar, bye.