Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, November 30, 2010

Aku blogger ! So What ???

Salam.

Ahah, tadi jalan-jalan jap setelah penat menelaah hari ini,tiba-tiba tanpa dapat di elak aku ternampak segment encik ben yang menarik ni. Walaupun sibuk separuh mati, tetap juga nak join..haha, aku akui aku memang tak sedar diri nak final exam...(-_-')





Latar belakang blogger

Nama aku Nurul Fatihah, 20 tahun. Masih belajar di UPM. Aku ni new blogger dan jangka hayat blog ni genap 2 bulan pada hari ini. Masih bertatih lagi..x)

Sila berdoa blog ini panjang umur..haha..;p


Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?

Hmm..jap, nak pikir...

Aku rasa dunia blog ni satu dunia yang menghubungkan aku dengan orang yang tidak dikenali melalui penulisan kami. Dunia untuk mencurahkan idea dan rasa. Satu dunia dimana aku boleh baca hasil karya orang lain, dan menyibuk nak komen sama!!haha..

Satu dunia yang mana baik dan buruk setara, terpulang kepada bloggers itu sendiri untuk memanfaatkannya.(Nape rasa skema ni..haha)


Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?

Positif sangat banyak!!Aku dapat banyak kawan baru, dapat keluar dari dunia bawah tupperware aku. Dapat formulate balik penulisan aku yang lama tinggal pas SPM(aku maybe buat cikgu BM aku bangga sekarang..;p), dan keluarkan benda yang bersirat dalam kepala aku nih. Kalau yang negatif setakat ni alhamdulillah tak ade lagi..x)


Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?

Hahaha..gila membunuh soalan!! Glamour macam mana tu encik ben? Kalau nak cari glamour yang memang attract attention semua orang tu baik aku aku jadi artis je.. Buat susah ape nak menaip ni..aiseh..(garu kepala)

Tapi kalo glamour kerana penulisan aku ni, yang itu aku nak.(haha..bajet betul ko fatihah). Sebab, merapu aku pun, aku nak penulisan aku yang tak seberapa ni mampu bawak kesedaran, gelak tawa atau informatif untuk semua orang yang baca..x)


Banggakah anda menjadi seorang blogger ?

Yup, itu sudah mesti!!(angguk kepala laju-laju). Aku bangga dapat masuk komuniti ni, bangga dapat kenal ramai orang, bangga kerana tulisan aku dibaca, bangga dapat join segment encik Ben nih...;p


Okeh, itu saja.

Doakan aku lulus final dengan cemerlang..x)

Bye.

Monday, November 29, 2010

25 things about me.


Assalamualaikum.
5 pagi.
Aku telah di tag beberapa hari yang lepas oleh cik suria untuk entry ni. Dah beberapa hari baru sempat nak buat, dan aku akan buat seringkas yang boleh. Pagi-pagi macam ni memang idea mencurah-curah macam coklat ke ladang gandum.(haha)

R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."
  1. Nama aku Nurul Fatihah, dilahirkan di Kedah, dan dibesarkan di Perak.
  1. Umur 20 tahun going 21 januari depan(dah tua).
  1. Ada darah siam+kelantan dari belah mak. Ade muka orang siam tak aku?hahaha..
  1. Anak ke-2 dari 5 power rangers dalam rumah aku.
  1. Sekolah biasa dari darjah 1 sampai form 3, dan dihalau masuk sekolah berasrama oleh mak aku ke SMK Raja Permaisuri Bainun.(okeh dihalau tu tipu)
  1. Lepas SPM aku masuk martrik kat Kedah, Kolej Matrikulasi Changlun.
  1. Sekarang masih belajar, dalam kos-mestik! Ahak, tak la..dalam kos medic, baru masuk tahun ke-2.
  1. Orang yang tak kenal aku akan cakap aku sombong dan susah didekati.. x(. Tapi bila dah kenal baru la tau aku ni agak gila-merapu orangnya. Aku tak sombong la, cuma pemalu je..hahaha(perasan). Jangan la judge aku cepat sangat..*sigh
  1. Aku benci perokok tegar !!! serius benci..tapi aku akan bagi sokongan penuh kepada yang mahu berhenti merokok. Katakan tak nak okeh..x)
  1. Aku manusia yang susah nak marah. Tapi kalau sekali aku dah terasa, marah aku lambat sangat nak hilang..*sigh again
  1. Eh, baru 10 je?? Jap nak pikir lagi..
  1. Oh ya, aku suka warna biru dan putih.
  1. Status? Aaa… aku single, tapi tak available. Tengok pakwe aku ni, hensem kan?? Haha(gelak guling-guling)
  1. Seperti yang tertera kat header di atas, aku hantu cokelat.
  1. Kalau bab studi, aku benci studi last minit. Sebab, biasanya kalau aku studi last minit aku akan panic dan satu benda hape tak masuk ke kepala aku yang ciput ni.
  1. Aku suka tidor dulu, dan bangun time macam ni(1-3 pagi) untuk studi.(sekarang studi+blog..haha)
  1. Aku berbangga menjadi salah seorang komuniti muslim bloggers.
  1. Aku sangat suka jalan-jalan makan angin sampai perut kembung
  1. Ada waktunya aku akan jadi manusia yang naif+lurus. Tapi mostly bengkang-bengkok la(korang paham tak ni ??haha)
  1. Haaa..aku suka dan rasa nak appreciate sangat bagi sape-sape yang suka baca penulisan aku, walaupun merapu je lebih. Macam sekarang.
  1. Aku sangat sangat sukakan kucing!!!Makhluk Allah ni sangat comel bagi aku..Cuma kucing ni je kadang-kadang tak suka kat aku..x(
  1. Aku sangat sukakan baby yang look very innocent nih! Rasa nak cubit-cubit pipi.
  1. Baru aku perasan, aku banyak gelak rupanya.
  1. Aku cepat nangis kalau satu benda yamg betul-betul sentuh hati aku.
  1. Finally, aku suka berkawan okeh, jadi sila la berkawan dengan aku yang tak seberapa ni..x)
Fuh, seksa gak nak menghabiskan 25 benda ni..haha. Sorry la kalo macam lintang pukang sikit apa yang aku taip, just write it from my heart..ecece..;p
Nak kena tag 25 orang ?? Ala…tak sempat nak cari ni. Sape-sape yang baca ni dan teringin nak buat, sila-sila...aku sangat-sangat berbesar hati nak tahu pasal korang semua. X). Kalau ada yang buat tinggalkan link kat entry ni untuk aku baca.
Okeh, sampai sini saje dulu..note aku sudah menanti!
Bye.











Sunday, November 28, 2010

Update ke MAHA

Assalamualaikum.

Ingat tak aku asyik berulang kali sebut MAHA dalam entry yang lepas? Hah, tak ingat??

Takpe, sebab aku rasa baik hari ini, aku ulang balik. Aku pergi ke MAHA pada hari Sabtu yang lepas bersama housemate. Walaupun bergelut dengan test CNS, kami decide untuk pergi juga. Dalam hati was-was banyak nota yang belum di baca.

Jadi awas, aku ingatkan ini entry yang banyak gambar.Kalau korang malas nak tengok, sila abaikan okeh. Aku tak sama sekali tidak memaksa. x)

Serba sedikit info tentang MAHA bagi yang tak tahu..
  • MAHA ini adalah pameran pertanian yang mengumpulkan usahawan dari seluruh Malaysia, mempamerkan dan menjual barang mereka di sini(Mardi Serdang).
  • Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.
  • Berlangsung selama 10 hari, dari 26 november lepas. Pameran pertanian ni masuk Malaysia Book Of Records, sebab pameran paling besar kat malaysia nih.
  • Disertai 28 negara, dan mempromosikan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di malaysia.
Fuh, dah macam duta MAHA pulak aku rasa, benda tak de kena mengena pun. Saja je nak menyibuk. haha..

Yang bestnya sabtu dan ahad lepas disertai oleh SUA RASA tv9, jadi hati meronta-ronta teringin nak pergi. (nak check, best atau tak).
Lagipun, sebelah kolej aku je. Dalam 3 km kot. (jauh la jugak kalau jalan kaki)

Kami gerak dalam jam 2 petang, setelah berusaha memujuk pak cik driver bas kolej 17 untuk menghantar kami. Yelah, jalan memang gila sesak, pak cik tu tak nak ikut jalan biasa ke Mardi. Lalu aku memberi usul supaya kami dihantar ke pusat kesihatan universiti, yang paling dekat kami boleh sampai. Dan dari sana jalan kaki ke Mardi.(tabah kan??)





Jalan kaki dalam panas terik, demi MAHA semua kami sanggup tempuhi..haha


Lihat, kereta yang berderet..(-_-')

Kami pergi dalam keadaan yang lapar, dan semestinya destinasi utama dalam fikiran adalah tempat makan! Malangnya, kami tersesat ke stall buah..layan.


Besar gedabak nangka tu! Aku rasa kagum!!


Apa lagi, peluang bergambar tidak dilepaskan!


Ini lempuk durian yang disalah sangka oleh aku sebagai tempoyak..(-_-')


Makanan tak jumpa juga, tekak sudah perit. Nampak gerai jual air tebu, cepat-cepat beratur.


Banyaknya kepala!!eh bukan, kelapa..



muka gembira dapat minum air tebu(muka kegembiraan aku terpaksa disorokkan, tak sanggup nak dipamerkan disini)


Pak cik, kami lapar...tak kesian ke??


Tiba-tiba ternampak, eh lemang la!!!Boleh cuba pulak tu.


Hah, mari rasa cepat-cepat. Beli tak jugak..


Ohh, makanan...




Tempat makan tak juga ketemu. Tiba-tiba nampak bas, terus kami naik. Ini nampaknya try and error cari pasal sebab kes malas bertanya.*sigh

Disebabkan MAHA ini besar, disediakan bas untuk pegi ke site tertentu. Contohnya kalau nak pergi ke Sua Rasa, ade bas specific ke sana.Tak boleh jalan kaki sebab jauh ke dalam.(lain la kalau korang nak exercise, dipersilakan, Aku tak sanggup)


Dalam bas. Pelik bas tak de tingkap.


Dalam perjalanan, nampak sawah padi..eh2, macam balik kampung pulak.

Kami tersesat ke tempat jual ikan. Naik bas lagi, kali ini bertindak bijak dengan bertanya kemana bas itu pergi. Jadi kami decide mahu ke Sua Rasa, cari makanan kat sana. Perut sudah berdondang sayang.


Yeaa, sudah sampai Sua Rasa. Mana makanan ni??


Tadaaa..finally, nasib baik ade stall makanan kat sini. Makan dulu..

Gendung gendut tali kecapi, kenyang perut baru boleh berlari..Hahaha, pandai ubah pantun.
Jalan-jalan di Sua Rasa cari mana kamera man ni, nak masuk tv9!!


Halaqah.


Belakang tu pentas, tapi malam la baru ade show.


Jalan-jalan cari camera man lagi.


Adik tv9. Ala, baru ingat nak join.(-_-')


Ini Lydia Ibtisam, ala..yang dalam impian ilyana tuh.


Susah betul nak snap gambar Lydia ni, tak dok diam langsung.


Hujan sudah turun. Eh, kami tak de payung!!

Berlari ke booth upin ipin, nampak payung dijual disana.



haaa, sekarang dah ade payung...selamat.

Lepas solat asar, meninggalkan Sua Rasa. Kami kembali ke main hall MAHA.


Masuk stall bunga, terpegun melihat bunga orchid yang berwarna warni, cantik!!

Hujan semakin lebat. Kami decide beli makanan untuk makan malam, dan bergegas pulang.

Redah hujan waktu balik, risiko tanggung sendiri.

Disebabkan tiada bas dan teksi, kami terpaksa jalan kaki balik ke kolej. Usaha yang sungguh murni, fatihah. Maybe dah turun berat beberapa kilogram.

Sampai kolej jam 7 lebih, kaki melecet dan badan penat. Alamak, teringat sin chan dah start.

Jadi, itulah ceritanya. Yang mana dekat datang usha okeh, best banyak usahawan melayu disini.
Mari support mereka!(yang jauh lain cerita)

Itu saja, bye.










Kalau setiap hari seperti hari ini..x)




Assalamualaikum.

1.49 pagi waktu entry ditaip.

Aku cadang tak nak tido, sebab nak studi sampai ke pagi untuk test esok(mungkin).

Hari ini family aku datang, melawat ahli keluarganya yang dalam kerinduan disini. x) x) x)
Senyum sampai telinga.

Setelah berhempas-pulas menghadapi kesesakan lalu lintas akibat MAHA, akhirnya mereka berjaya sampai ke kolej aku, dalam jam 3 petang.

Disebabkan aku hanya makan maggi dari pagi, maka kami menuju ke bangi dengan pantas untuk mengisi perut.(perut aku terutamanya)
Sampai ke medan selera iskandar(kalau tak silap), terus order nasi ayam. Pot pet pot pet sikit, mak aku merungut makanan lambat sampai, sedangkan perut yang lapar minta di isi. Aku rasa tauke kedai mahu mengajar kami erti kesabaran yang sebenar.(positif)
Sambil makan update cerita pasal aku, aku dan aku lagi..haha



muka penuh kegembiraan yang tidak dapat disembunyikan

Selesai makan, hantar aku ke kolej semula.

Usai solat asar, sambung borak lagi, dan main-main tangkap gambar antara kami.haha, jangan salah sangka, kami memang begini. ;p


ahak, pinjam spec along..ini adalah muka sebelum mereka beransur pulang.


Akhirnya sampai waktu mereka beransur pulang, hati sudah sayu..meronta-ronta mahu ikut sama. Tapi masih cuba berlagak macho, sebab aku kakak sulung.. be matured girl (walaupun perangai macam kanak-kanak ribena)

Terima kasih, mak dan abah yang datang untuk memberi sokongan kepada anaknya yang diperantauan untuk menghadapi final exam 2 minggu lagi.
Sesungguhnya diagnosis homesick anaknya ini sudah sampai keadaan yang paling kritikal. Nasib baik diberi rawatan segera..x).
Terima kasih sekali lagi(air mata dan hidung sudah mengalir)

Entry sayu hari ini.

Aaargh, ambil tisu cepat-cepat, hembus hingus, dan keadaan pulih kembali.


Sudah, mari sambung studi, note sudah menanti.
Bye.

Saturday, November 27, 2010

Aku rajin jawab tag!!haha..




Salam

Selamat pagi yang dah nak masuk tengah hari, cuaca kat luar macam mengalakkan aku tarik selimut..Aaargh, tak nak tak nak. Semalam dah pegi MAHA, jadi banyak lagi note tak baca. Padan muka ko fatihah!!x(

Ingat nak upload gambar gi MAHA, tapi tengok sempat atau tak hari ni.

Oh ya, semalam nanakimie yang comel ni tag aku, nak taip semalam memang dah tak larat. So, sekarang nak jawap.



1.nama blog dan why name tuh dipilih?
Cerita Tentang Aku. Sebab dipilih? Jap nak pikir laju2.. ada gak terpikir nak letak Cerita Merapu, tapi aku rasa tak nak la merapu sepanjang masa kan. Rasa nak bagi entry berinfo..haha. Jadinya just letak Cerita Tentang Aku je la, umum la sikit. Boleh taip macam-macam. x)


2.nama URL blog dan mane dtg idea tuh?
Ni sebenarnya URL sebijik macam URL tumblr aku. Malas nak pikir baru, copy je la. URL ni melambangkan medium aku untuk mencurahkan apa yang ada dalam kepala aku nih.

3.method penulisan blog anda?
Haha..aku rasa merapu je banyak, dan cerita pasal aku.


4.perasaan anda bile tgk blog orng lawa dan menarik tapi tengok blog sendiri tak lawa pun *ayat rendah diri
Hmm..rasa macam wahh, jeles2.. Tapi aku berpuas hati dengan blog aku yang simple ni, sebab aku memang tak de masa nak pikirkan design blog buat masa sekarang. x)


5.bile wujudnye blog anda nieyh?
Entry first, 1 oct 2010. Baru sangat kan? Still bertatih lagi.

6.sape orng 1st yg tahu dan jadi follower anda?
Hah, sudah semestinya IDATI MALEK, my dear ex-classmate kat SMK Raja Permaisuri Bainun dulu.

7.sila tag 5 orng ,dan bgtahu mereka
Shahirah Fathihah(dekat sama dah nama ni)

Okeh, selesai sudah. Fatihah, studi sekarang..jom2.
Bye.