Aku rindu bainun. Aku nak masuk bainun balik. Aku rindu nak dengar pengetua sekolah, Encik Mohmad Guffri bagi ucapan panjang berjela2 waktu perhimpunan sekolah dulu. Aku rindu nak dengar cikgu Marina kesayangan ramai membebel pasal kelakuan kitaorang, aku rindu cikgu Syuk ajar add math dan loghat kedah beliau. Aku rindu budak kelas 5 sigma, aku rindu batch form 5 bainun 2007, aku rindu adik2 dorm b8....AKU RINDU SANGAT TAU TAK!
Okeh, intro yang sangat fail dari aku.
Aku start masuk SMK Raja Permaisuri Bainun, selepas aku PMR. Berbekalkan result PMR yang tak seberapa 7A1B(hahaha..poyo nak bagi tau result ko berapa fatihah oii..) aku melangkah kaki mendaftar ke bainun pada 8 Februari 2006 dengan bangga. Yup, aku masih ingat tarikh keramat tu.
Kenapa nak masuk bainun?
Well, after PMR aku memang terhegeh doh nak masuk asrama, Kunun2 nak jadi 'dewasa' sebab berpisah dengan parents. Bangga boleh mendabik dada kat sepupu sepapat sambil kata aku dah masuk asrama weh, bangga sial. haha. Memang tak matured.
Selain bainun ni aku mintak gak sekolah asrama sbp dan mrsm. Tapi tawaran bainun ni datang dulu. So, aku dengan tanpa berfikir panjang dan riang ria tak terkata bersetuju nak masuk bainun.
Then, waktu sama mendaftar masuk bainun tu lah aku dapat tau yang aku dapat tawaran mrsm Terendak, Melaka. Masa tu, Allah jelah tahu perasaan aku macam mana. Memang nangis2 terhenjut bahu la sambil call mak aku, sebab aku nak masuk mrsm. Masa tu ditambah pulak dengan homesick melampau, memang bila mandi basah sikit2 dan tido lena2 ayam. Tapi makan tetap on. Tapi aku tetap jugak teruskan kat bainun, sebab parents aku tak mampu nak hantar aku masuk mrsm. Lagipun jauh sangat. Maka aku pun pujuk hati sambil berduka lara, kata kat diri sendiri rezeki aku memang kat sini.
Aku ingat lagi, after seminggu masuk bainun, ada ujian bulanan 2. Jangan harap la aku studi sambil berendam air mata time tu. And, guess what? For first time aku dapat markah giler2 corot, dan aku dapat tempat 98/99 dalam batch!!! Hahaha..tragis betul. Masa tu jangan kata culture shock, electric shock+ study shock+ asrama shock suma aku dapat lah.
Masa tu memang menyesal gile2 masuk asrama. Aku memang nak blah je, nak masuk sekolah harian yang dekat dengan rumah aku balik, tapi aku ego. Ego sebab tak sampai sebulan kot aku kat situ, nanti diorang kata aku anak manja. Ape kes kan? Malu lah.
Tapi, aku bertuah sangat2 sebab aku dapat kawan2 yang sangat support aku time tu. Diorang pun sama2 baru masuk dengan aku. Farah yang gile2, Nadzirah yg sama birthday dengan aku, Diana yang cakap memang laju gile, dan piah yang rilek je studi, tapi pandai. Tapi piah ni masuk lambat sikit dari kitaorang ber-4, dan dia kelas lain. Waktu form 5 baru aku satu kelas dengan dia, dan masa tu baru betul rapat.
Kitaorang ber-4 memang macam belangkas waktu baru masuk tu. Gi dewan makan, kelas. prep mesti sama2. Even kadang waktu nak gi bilik air nak mandi petang2 pun boleh pulak merancang sekali, tapi mandi asing2 la. Haha. Kalau sorang homesick, mesti yang lain akan pujuk. Kalau sorang tak paham any subjek, yang lain akan tolong ajarkan. Kalau sorang sakit, yang lain akan jaga. Pendek kata diorang dunia aku waktu tu. Diorang la pemberi semangat selain parents aku untuk aku stay kat sana. Tapi sekali sekala gaduh tu ada la kan. Sedangkan lidah pun tergigit bila makan nasik, inikan pula kawan2..
Aku, diana, nadzirah dan farah. Masa ni time sukan, semua pakai baju kawad. |
Masa tu aku tak berapa rapat sangat dengan student lama sebab aku rasa diorang poyo. ;p
Masa berlalu, sedar2 hampir setahun aku kat bainun. Aku pun mula berkawan dengan semua orang, dah kenal hampir semua budak satu batch aku. Masa tu aku rasa semua orang dah start mesra alam dengan aku. Diorang bukan poyo seperti yang aku sangkakan, cuma aku je yang cepat sangat judge orang. Sorry geng. Haha. Masa tu result aku pun dah mula stabil, makin improve dari hati ke hari. Dilantik jadi pengawas pulak tu, ;p
Senang cite, aku dah mula selesa kat sana. Aku dah jatuh hati dengan sekolah tu. Betullah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
form 4 pi |
Dan last year aku kat sana, memang aku tak lupa sampai aku mati. Sebab, masa tu dah jadi senior, dah 'ngam' dengan semua orang. Aku pun boleh adapt dengan cikgu2 kat sana. Oh my...kalau la masa boleh diputar semula, aku memang nak ulang tahun 2007 tu banyak kali. Aku rindu sangat nak jadi student sekolah balik.
Waktu gambar kelas ni aku takde sebab aku balik rumah, kena demam campak. Haha, kesian kat aku. |
i miss u guys..x( |
sebahagian dari adik2 dorm..waarghh, kat mana ye korang sekarang ni? lost contact langsung. |
pengawas.. |
pertauliahan pengawas. omg, muka skemanyaaa saya. haha |
kelas 5 sigma yang dirindui. |
sidang redaksi 2007 |
Last day before SPM exam. |
batch form 5 2007...aku rindu korang |
diana..dia sekarang kat new zealand woo..huhu |
5 sigma lagi |
gurlz f5 waktu annual dinner |
sebahagian dari 5 sigma. And lastly... |
Tulah, dulu waktu sekolah, memang bermimpi2 nak habis sekolah cepat, nak masuk universiti. Bila dah masuk u ni, aku rasa nak jadi budak sekolah balik. Sob sob.
Kat sini aku belajar banyak perkara selain studi. Belajar erti berdikari, kawan, kerjasama, tabah, homesick dan macam2 lagi lah yang aku takkan dapat kalau aku kat sekolah biasa. Sampai satu tahap tu, aku bersyukur sangat2 masuk asrama sebab bila dah masuk matrikulasi aku cepat membiasakan diri. Masa kat matrik aku dah tahu nak control homesick dan cepat adapt dengan semua.
So, adik2 yang tengah jadi student sekolah, sila lah hargai masa anda di sekolah. Sebab bila dah masuk universiti nanti, akak berani kerat jari korang nak jadi student sekolah balik. Serius.
Aku akan simpan kenangan masa kat bainun ketat2 dalam hati aku, sampai aku mati.
x)
7 Orang Macho komen:
muka pon nmpak mcm nerd je... hahahaha
kuang asam...hahah
form 4 baru bajet...hahahahaha...wekk...ko ngata aku eyy..aku baik ngan sume org ok
hahaha..ko terasa ke? aku maksudkan secara general lah!;p
hoho.. byk gak gmba ak.. kna byr royalti ni..hik3
ak pun rndu gle saat kt benun..huhu
bce lak blog ko ni smbil cuaca suram2 kan..huhuhu
Bainun memang best...
aku jugak rindu bainun..
tp aku senior setahun dari korang ( 5 sigma jugak)..
dan korang nie kawan2 sepupu aku..
mesti kenal Maizatul Aida (dh nk nikah 26/02/2016 nie)..
masing2 dh matang skrg..
all the best pada semua..
Post a Comment