Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 30, 2011

Dah dapat kerja...x)

Assalamualaikum.

Walawei, aku dah dapat kerja. Cer teka cer teka?

Tukang basuh pinggan?  Salah


Waiter? Salah


Part time model? Salah. Ni cari pasal namanya, sah sah la aku tak lawa. Haha


Ok. Aku dapat kerja jual kacang rebus kat r&r. R&r mana sila lah teka sendiri. Hoho. Jual kacang rebus tu. Mesti ada kawan-kawan aku yang tengah gelak guling-guling baca entry ni. Haha.Tak kisah lah, asal kan cuti aku terisi, kerja halal dan aku tak kacau orang. Lepas ni kalau aku rajin boleh la aku buat entry Gadis Penjual Kacang Rebus berepisod, untuk menceritakan pengalaman aku kerja kat sana. Mesti macam-macam ragam manusia yang aku akan jumpa nanti. Aku start kerja esok ni. Nervous pulak rasanya. Korang doakan lah hari first aku berjalan dengan lancar. Weee... nak masuk tidor sekarang, sebab esok nak bangun awal. Semangat fatihah, semangat!

Bai.

Wednesday, June 29, 2011

Ini luahan perasaan yang agak ke-emo-an.

Assalamualaikum.

Aku di rumah sambil cuba menahan diri daripada membesarkan badan akibat makan dan tidor yang berlebihan. Sekarang dalam proses mahu mencari pekerjaan yang halal kerana selepas ini kemungkinan besar sugar daddy aku a.k.a encik  JPA akan membuang aku sebagai anak tanggungan beliau selepas 2 tahun akibat keberanian aku melepaskan kos berprestij kepada kos yang biasa. Aku anak sugar daddy yang derhaka rupanya. Fuh, baca dengan satu nafas ye. Haha. Selepas ini aku akan mengendeng2 kepada sugar daddy yang baru, iaitu encik ptptipu..eh silap, ptptn.

Aku amat berharap dapat bekerja dengan tempat yang memerlukan aku deal dengan haiwan, tapi pilihan amat limited disini. Alangkah bahagianya kalau aku dapat bekerja di pusat pelindungan kucing. Aku dah download borang nak jadi sukarelawan kat zoo negara, tapi masa sekarang tak sesuai la aku nak mohon.

Aku rasa kalau dapat tukang basuh pinggan kat mana-mana kedai makan pun dah kira bersyukur tu. Kalau orang restoran tu suruh aku masak memang alamatnya lingkup la kedai beliau dengan kemahiran masak aku yang amat dahsyat.

Oh ya. Memandangkan aku tinggal di rumah sekarang, keberangkalian aku mengupdate blog amatlah tipis, ni pun aku terpaksa memanjat pokok rambutan di tepi rumah untuk mendapatkan line semaksimum yang mungkin. Sadis tahu.




********






Tadi, aku mendapat mesej fb dari someone, yang bertaip begini:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.(Surah An-Nisa' 4: Ayat 36)

Fuh, bukan senang nak mendapat mesej berbentuk hadis sebegini. Setahun sekali mungkin. Haha.

Someone ni seorang lelaki. Dia telah add accaunt fb aku sekian lama. Dan beberapa kali menghantar private mesej kepada aku. Aku susah tau nak ceritakan hal sebegini kat blog, tapi kali ni aku memang dah jadi berangin sebab beliau menyindir aku secara terang- terangan dengan mesej sebegitu. Yang aku terasa sangat part;

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri

Oh well..come one lah.Terima kasihlah susah-susah cari hadis khas untuk dihantarkan kepada aku. Mamat ni dah add fb aku sekian lama, tapi aku malas nak approve. Dan atas beberapa sebab aku block dia terus dari add aku. Then mesej hadis tu dia send through akaun fb kakak dia.  Aku ada reason aku sendiri malas nak layan dia. Tapi aku rasa mamat ni tak paham-paham bahasa senyap aku.Kalau aku dah block tu, aku malas nak layan tahu. Aku tahulah kalau aku dah approve nanti, ada la sequence2 dia yang amat aku benci nak hadapi. So, daripada buat dia sakit hati, baik aku ignore dia kan. 

Serius bajet baik la nak cucuk aku dengan cara sebegini. Haha. Adoi. Serius kelakar.

Aku paling benci dikatakan sombong atau bangga diri. Siapalah aku ni nak mendabik dada, sedangkan dengan diri yang tak seberapa. Aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kekurangan dan tak lepas dari kekhilafan. Aku boleh je berkawan dengan semua, tak kiralah apa jantina. Tapi kalau aku memang ada history dengan someone tu, dan lepas tu kalau nak jadi kawan,  I am so sorry. Aku tak boleh terima. 

I am not the type of person yang senang melupakan cerita lama. Aku tak mintak orang paham, tapi tolonglah hormati. Aku ada pegangan aku sendiri. Aku ada prinsip yang digenggam sekian lama. Kenapa senang meletakkan kesalahan di bahu orang sedangkan salah sendiri tak pernah sedar? Ibarat kuman tepi laut kau nampak, tapi gajah tepi mata kau buat bodoh.



Aku tau story aku ni tak berapa jelas disini, tapi aku tak boleh nak cerita lebih2. Tapi aku fed up sangat ni. Rasa nak makan orang. Fuh.






Aaargh, lebih baik aku cari buku basic matematik aku waktu sekolah and matrikulation dulu untuk buat revision, dari aku melayan hamba Allah seorang ni yang menyakitkan hati.

Eh, macam mana nak turun dari pokok rambutan ni? Ok bai.

Sunday, June 26, 2011

Balik kampung

Aku: Chubby, Ucop, kita kena balik kampung tau jap lagi.
Ucop: Betulke? Horayy…dah lama kita tak gi jalan-jalan.
Chubby: Alright mama.



Chubby: Ok, sebagai persedian mari kita tolong mama 
kemas barang kita nak bawak balik.
Ucop: Ala...mama kan ada? Buat apa nak susah-susah?


Chubby: Ucop, kita kena tolong mama. Kita kan dah dewasa.
Ucop: Hmm..yelah yelah. Jom kemas sekarang.


Chubby: Macam ni, chubby buat list barang yang perlu, ucop pergi amik barang ok?
Ucop: Ok.


Chubby: List dah siap. Ready ucop?
Ucop: Ready! 

Chubby: Hay?

Ucop: Check.

Chubby: Brush?

Ucop: Check.


 Chubby: Syampoo?

Ucop: Check.


 Chubby: Carrier?

Ucop: Check.


 Chubby: Cik teddy?

Ucop: Check.


 Chubby: Eh, chubby lupa barang yang paling penting!
Ucop: Apa dia?


Chubby: Pallet.
Ucop: Kejap ucop gi ambil.


Ucop: Pallet, check.


 Chubby: Hey takkan lah nak bawak balik banyak tu.


Ucop: Banyak ni?
Chubby: Kurangkan lagi


Ucop: Banyak ni?
Chubby: Ucop, satu pun dah cukup.


Ucop: Yelah. Kedekut.


Chubby:  Simpan semua barang dalam beg mama.


Chubby&Ucop: Mama, kami dah bersedia nak bertolak sekarang.

Saturday, June 25, 2011

Perkara bodoh yang aku buat kelmarin.

Lokasi: Station komuter Serdang.

Cuaca: Panas redup.

Aku turun dari bas. Kelihatan orang berbaris panjang di hadapan kaunter tiket. Tanpa berlengah aku beratur sambil membetulkan tudung.

Giliran aku membeli tiket semakin hampir. "Fuh, abang yang jaga kaunter tiket ni boleh tahan," kata aku dalam hati.

Sampai giliran aku. Aku menghulurkan note sepuluh ringgit sambil menyebut

Aku: Komuter ye bang.

Abang komuter: Ye adik, nak pergi mana?

Aku: Komuter.  *sekali lagi aku sebut tanpa sedar.

Abang komuter tu mengulang soalan. "Adik nak pergi mana?"

Aku: Komuter

Abang komuter: Adik, adik kat stesen komuter la ni. Adik nak gi turun kat mana? Abang tu mula membentak.

Aku: Err... silap2.KL Sentral. Sorry2. Balas aku gelabah.

Abang komuter: Adik ni baru bangun tido ke.mengelamun je...bla bla.. Abang komuter tu terus membebel sambil menghulur duit baki. Aku mengambil dan terus angkat kaki dari situ dengan pantas. Beberapa orang di belakang aku yang perasan mengekeh-ngekeh ketawa. Muka aku jangan katalah, merah tak payah pakai blusher dah. Damn it. Kan dah malu. Siapa suruh abang tu hensem sangat sampai aku tersasul. Abang tu pun muka je harap hensem, budi bahasa terbaiklah. Grrr..


Ini bukan abg komuter...haha, takde kena mengena.


Pengajaran hari itu: Fokus bila beli tiket macam fokus dalam kuliah. Eh dalam kuliah aku selalu tido, patutlah.Ok, tak leh boleh pakai konsep ni.

Bye

Miss Guinea

Assalamualaikum.


Dah jadi hobi aku pulak memaksa anak-anak aku berposing. Haha. Tapi pas posing-posing tu aku bagilah upah carrot kat diorang.

Aku rasa nak melompat-lompat pulak blog yang aku suka, Blog Hanjeng tu mention nama aku kat entry latest beliau. Keke. Aku dengan muka tebal pergi bagi link pasal blog yang aku suka tu kat blog dia, memang la dia datang. Haha. Tapi, dia tak perasan kot nama aku fatihah. Sebab kat situ dia mention Mrs Guinea. Aku baca je, eh eh...aku ada nick name baru. Aku memang letak display name gplovers, yang bermaksud guinea pig lovers. Tapi ini first time la blogger panggil aku Mrs Guinea. Macam comel je bunyinya. Nasib baik dia tak panggil Mrs Pig!kalau tak aku sembelih En blog hanjeng ni. hahahahaha.Aku rasa dia pun tak sampai hati kot nak sebut Mrs Guinea Pig tu. Tu yang tinggal Mrs Guinea.

Tapi kenapa Mrs, encik blog hanjeng? Kenapa bukan Miss Guinea? Muka aku macam dah kahwin ke? Aku takde Mr Guinea lagi tau, sebab aku single. Ini serius. Hahaha

But it’s ok. Aku jadi suka pulak nick name tu. So dengan pantas aku mengubah display name aku jadi Miss Guinea. Lepas ni silalah panggil aku Miss Guinea, selain nama aku. Bukan Mrs Guinea eh.




Amaran keras: Sape yang panggil Miss Pig memang nak mampus dengan aku.  
MySpace

Independent

Chubby: Ucop, makanan kita tinggal sikit.




Ucop: Yelah, hay kita pun dah nak habis.
Ucop rasa dalam plastik bag ada lagi kot, jom tengok


Ucop: Kosong je plastik ni. Makanan kita betul-betul dah habis.

Chubby: Kita perlu berbincang. 

Ucop: Ucop nak bagi tau mama la makanan dah habis

Chubby: Tak payah la. Mama tu asyik update blog je. Chubby ada plan.


Ucop: Plan apa? Kita nak gi mengorat guinea pig betina ke?*eksaited
Chubby: Ishh..bukanlah. Kita kena tunggu mama takde baru boleh buat

Chubby: Ok, mama takde, line clear. Ini plan nya. Kita kena pinjam laptop mama.
Ucop: Hah? Chubby tau ke nak guna? 
Chubby: Tau lah.Chubby pernah tolong update blog untuk mama hari tu.


Chubby: Mula-mula kita bukak google. Taip makanan yang kita nak.

Chubby: wah, cunnya awek ni. 
Ucop: Chubby, fokus! 
Chubby: Err, ok2. Tersasar pulak. Hehe

Chubby: Ok, we in right blogsite. Arnabkus

                                         
Chubby: Kita order yang nilah ucop.
Ucop: Alright.

Chubby: Kita kena isi form ni. Dia kata esok boleh sampai.

Ucop: Tapi chubby, kita mana ada duit. 
Chubby: Jangan risau, jom ikut chubby jap.

Chubby: Chubby ada simpanan sikit. Tapi janji jangan bagi tau mama tau. 
Ucop: Cun! ok, set. Kita tunggu jelah makanan tu sampai esok. 





Esoknya...



Whoaa..dah sampai.

Chubby: Nyumm2. Lepas ni kita boleh order sendiri la. Tak yah harapkan mama.

Aku: Woi, keje sape yang order makanan banyak2 ni? Keje korang eh, ucop, chubby?


Eh, kami tak tahu pape mama.*muka innocent

Thursday, June 23, 2011

A responsible Ucop.

Eh, ada kerusi kat sini.


Hmm…nak buat apa dengan kerusi ni?

Nak buat apa lagi?Kita duduklah!


Opppss..


Omg mama marah nanti.


Mama tak patut tahu. Apa nak buat ni?


Baiklah, ucop akan bertanggungjawab, mama.


Ok, we will fix this.


This is how we do it.



Thats better.


Wait, something wrong here. Should I bite this?


Err. Bad idea I think.


Hey, ada tali lah!


I wonder where it comes from.


Ok, I will use this.


Masukkan kat sini.


Lepas tu kat sini pulak.


Ala, kat belakang ni tak ketat la.


Done.


Now baik pergi dari sini sebelum mama sedar.