Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, August 12, 2011

Cerita tv yang mengurangkan pahala puasa.


Assalamualaikum.


Aku ni jenis manusia yang jarang sangat2 beremosi bila melihat drama di tv atau wayang atau seumpamanya. Kalau housemate bersedih melihat scene menyayat hati, mostly aku tercangak di tepi dan buat muka blurr. Atau scene watak mak bedah memdera anak tirinya dengan kejam, housemate akan menyumpah seranah dan aku hanya berkata’ala, berlakon je tu’ . Atau  filem seram, perempuan berambut panjang membawa bayi yang rupa-rupanya batu nisan, paling tak pun aku tutup tv bila perasaan tidak enak mula menguasai diri. Haha. Penakut.

Bukan bererti aku heartless, tapi aku memang jenis blurr kalau bab cerita kat tv ni. Sehinggalah baru-baru ni, apabila aku di rumah tengah berpuasa dengan riang dan ria, aku melihat drama dilemma wanita. Biar aku buat sinopsis sedikit.

Mengisahkan seorang ibu dengan 5 orang anak, dan 2 daripadanya adalah drug addict. Si bapa tak bertanggungjawab. Aku tertinggal separuh awal jalan cerita, sebab aku bukak je cerita ni dah nak habis. Sinopsis tak lengkap la nampaknya. Haha. Anyway, si ibu bersusah payah bekerja, dan 2 anak yang drug addict tu memang bawak masalah besar. Seorang masuk pusat serenti, dan seorang lagi dihantar ke pusat pemulihan persendirian.

Si ibu tak pernah berputus-asa terhadap anak-anaknya. Thats good. But, yang menjadi cerita kat ini bukan si ibu, tapi si bapa. Aku blurr tengok cerita macam biasa, sampailah scene ni. Lebih kurang macam ni la dialog dia.

Waktu: Pagi, selepas breakfast.
Tempat: Dalam rumah.


Si ibu sedang mengemas rumah. 2 orang anak yang masih bersekolah bersiap-siap ke sekolah. Si bapa duduk di ruang tamu sambil membaca akhbar.

Anak: Mak, cikgu mintak duit yuran.
Si ibu: Oh, boleh amir cakap kat cikgu, hujung minggu ni mak dapat gaji nanti mak bayar.
Anak: Baiklah mak. Amir pergi dulu. (Sambil meyalami tangan si ibu)
Si ibu: Jalan baik2 ye nak.

Si ibu sambung mengemas. Tiba-tiba si bapa bersuara.

Si bapa: Mah, amir tu tak nak bercakap langsung dengan abang.
Si ibu diam. Masih mengemas.
Si bapa: Mah, abang menyesal apa yang abang buat selama ini. Abang tau, mah memang seorang isteri yang baik, dan abang bersyukur ada isteri macam mah. Boleh mah maafkan abang?
Si ibu: Sebagai isteri, saya memang dah lama maafkan abang. Tapi sebagai manusia, hati mah ni masih sakit bang.(mata mula bergenang)
Si bapa: Ya mah, abang tahu. Abang mintak maaf sangat. Abang akan berubah. Mah, boleh pinjam rm200.

Aku yang depan tv: Damnn. Bodoh. Laki tak guna. !@#$^&*. Oh, patutlah baik semacam, nak minta duit rupanya. Bangang. Aaaarghh.. Sress tengok cerita ni.

Mak aku: Akak, kamu ni puasa ke tak?
Aku: Puasa la mak.
Mak: Dah tu... Tengok cerita pun nak emo.
Aku: Erk.. terlepas la mak. Laki tu tak guna mak. Mintak duit bini.
Mak: Tutup je la tv tu.

Aku bangun tutup tv. Perasaan masih bengang. Damn, kurang pahala puasa.

Kesimpulan: Jangan tengok tv time puasa. 




Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan.


Assalamualaikum.

Oh yeaah, setelah sekian lama berpuasa di perantauan, tahun ini dengan riang ria nya saya berpuasa sebulan dirumah.

Since form 4-5 dok asrama, then matrikulasi, dan 2 tahun kat upm. Memang dalam sebulan berpuasa tu, kira-kira seminggu je aku berpeluang berpuasa kat rumah. 

Tapi seperti biasa , di rumah tipis la peluang nak update blog and berfacebook selalu. Sebab tiada line internet disini. Ni pun mencilok broadband along aku semasa beliau tengah tido. So, marilah kita beronline dengan sepuasnya sebelum beliau sedar.

Aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam, dan marilah menggunakan kesempatan yang datang setahun sekali ini dengan sebaik-baiknya.