Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, September 29, 2011

Alat atau sahabat?


Si A tengah menghadapi masalah. Kawan nya si B yang tidak tahu apa2 terpaksa menahan rasa disebabkan si A ni sering kali melampiaskan marahnya kepada beliau. Si B memujuk hati supaya bersabar, kerana memahami si A melakukan secara tidak sengaja. Kalau Si A di dalam keadaan stabil, baiknya mengalahkan malaikat. Tapi, sekiranya Si A di dalam keadaan tertekan, si B  tersalah cakap pun muncungnya sudah sedepa. Jangan di kacau, atau ibarat jangan mengoncang sarang tebuan sekiranya si A ini di dalam keadaan marah.

Si B asyik makan hati, tapi memegang ikatan persahabatan dengan si A ini amat mencabar kesabarannya. Di mana hak nya sebagai seorang kawan, jika sering kali asyik dijadikan tempat melepaskan kemarahan? Adakah si B ini hanya alat, atau sahabat?

Aaaargh, penat aku menaip si A si B. Damm.

Fine. Aku tak tahu pun siapa si A dan si B. Lu pikirlah sendiri. Meminjam trademark Nabil. Sebenarnya aku cukup pantang, kalau ada orang melepaskan kemarahan ke tempat yang salah. Kalau kau marah kat orang lain, kenapa manusia yang innocent ini menjadi tempat melepaskan kemarahan kau ? Mana hak aku sebagai seorang kawan ? Aku paham, kalau kau meluahkan. Tapi jangan lah jadikan aku alat, sebagai pelampias marah kau. Aku yang tak tahu apa-apa ni,  kenapa aku pulak yang kena.  Dan manusia di sekeliling kau yang tak salah apa2 kena menahan rasa disebabkan ketidakpastian kau membezakan kawan atau pun alat.

People make mistake. Tapi kalau dah kerap sangat tu cari pasal namanya. Kalau kau sarang tebuan, aku ni sarang burung helang. Eh ade ke pepatah macam tu? Haha.

Tapi rupanya aku pun sama je. Menjadikan blog ni sebagai tempat melepaskan perasaan tidak puas hati aku. Kesian korang yang terbaca.

Bye.

Friday, September 23, 2011

Nyum nyum




Wooaaaaa...*meleleh air liur.

Perhatian, sesiapa yang berkenaan, aku nak kek untuk birthday aku macam ni!
Sila take note.
Ok bye.

Thursday, September 22, 2011

Lapar.



Ini adalah makanan breakfast hari ini. Tadaaa.....



Dah macam guinea pig pulak aku rasa bila makan ni. ahak. Bagus gak bela guinea pig, dia encourage kita makan sayur sekali. ;)

nyum nyum..mama, sedap carrot ni. marilah makan sama2.

Maggie dan seangkatan dengannya memang lama aku tak sentuh. Makanya marilah kita mengamalkan pemakanan yang sihat. Eh tak makan maggie tapi aku makan sardin tin tu. Aaargh sudah, sihat pebendanya…(-_-')

Kebelakangan ni aku rasa best pulak memasak. OMG kalau mak aku baca mesti beliau gelak tak ingat dunia. Takpun buat kenduri kesyukuran. Haha.

Ala, masak benda yang simple2 je. Segan nak cerita. Tak la sehebat kawan aku si Anis Amirah yang comel ni. Budak comel ni memang pandai masak, benda yang pelik2 pulak tu. Sebagai contoh, aku tak tahu apa kejadahnya pavlova sampai aku baca blog beliau. 

pavlova. ish serius meleleh air liur tengok benda alah ni. aku tak pernah rasa, tapi nampak cam sedap je.

spagheti bolognoise  yang beliau buat sendiri kuahnya. kalau aku beli kuah prego sudah. dasar pemalas.

aiskrim blueberry.

Makaroni bakar.




Bila tengok gambar2 makananan kat blog budak ni, terus berkata oh anis marilah kita bersahabat baik! Hahaha. ;p. Anis jangan marah kita amik gambar tau. 

Sape nak makan marilah ke blog beliau. Eh bukan. Maksud aku sape nak berkenalan dan nak belajar memasak marilah terjah blog beliau.   Siap ada resepi lagi. 

Motif entry? Sebenarnya aku kebuluran, sebab tu aku buat entry ni. 

Ok, bye.







Wednesday, September 21, 2011

Lembaran baru.



Kad matrik baru.BACELOR SAINS, nampak tak? Nampak tak?*ekcited.Tak sempat tangkap gambar kad matrik lama. Nak simpan kad matrik tu buat kenangan, tapi orang admin tak bagi. (-_-') 

Good bye my old friends...:')
and welcome my new friends...xD



Alhamdulillah. Hampir 60% benda pasal pertukaran kos ni dah setel. Cuma tinggal beberapa benda lagi je yang amik masa nak diuruskan. Semua benda aku buat sendiri. Bukan bangga atau merungut, tapi sebagai anak yang agak manja, aku rasa aku deserve some compliment. Haha. Masuk bakul jatuh tergolek. Orang lain gi overseas sorang2 survive tak kecoh kat blog pun cik fatihah oii.. ;p

Aku tak pernah menyesal dengan keputusan aku sekarang. I feel more like myself bila boleh buat perkara yang aku minat. Dan jujurnya aku tak terkilan langsung masa yang aku spend sepanjang 2 tahun kat medical course dulu. Seriously sebab ianya pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa. Pengalaman sepanjang bergelar medical student dulu memang aku genggam rapat sampai akhir hayat. Aku nak kemudian hari, manusia lain jadikan kisah aku sebagai iktibar. 


And now, a new journey begins....




Tuesday, September 20, 2011

Kelas kenegaraan.


Kelas kenegaraan.

Aku duduk di hadapan 3 pelajar perempuan. Salah seorang daripada mereka menyapa aku.

Perempuan 1: Eh, kamu baru masuk kelas ni ke? Tak nampak pun last week  
Aku: Hai. Aah, baru boleh daftar kursus semalam. *tersenyum
Perempuan 2: Oh, kenapa lambat sangat daftar? 
Aku: Ade masalah sikit.*tersenyum lagi 
Perempuan 1: Oooohh. Mesti budak 2nd intake ni. *nada sinis. Baru daftar masuk eh? 
Aku: Errr. Lebih kurang la. 
Perempuan 2: Oh. Kalau macam tu kamu mesti tak tahu pasal UPM ni lagi. Bla bla bla. UPM ni besar. Bla bla bla. Waktu kitaorang orientasi hari tu habis dah satu UPM kita orang lawat. Bla bla bla. Tulah kamu rugi la dapat 2nd intake ni. *  dan akhir sekali mereka ketawa berdekah-dekah. Aku tak faham apa yang kelakar di situ.

Aku masih tersenyum. Hambar.

Aku: Oh.. thanks for the info. 
Perempuan 2: Nanti kalau tak tahu pape tanyalah kitaorang eh. 
Aku: Ok.

Mereka masih ketawa.

Perempuan 3: Eh korang ni. Serius la sikit. Kita kena tunjukkan contoh teladan yang baik untuk budak 2nd intake ni. Haha.

Perempuan 3 pun ketawa sama. Dan aku tak pasti atas sebab apa. Damm. Malas aku nak layan budak2 ni.




Sunday, September 18, 2011

Skyscraper

Aku ni mengaku je peminat kipas-susah-mati demi lovato, tapi bila dia release lagu baru aku tak perasan pun. Haha. Sadis. Baru-baru ni aku menyibuk pergi medic idol, ade satu group 1st year medic ni nyanyi lagu yang bertajuk skyscraper. Sampai pertengahan lagu tu, aku tanya kat kawan aku:

Aku: Eh sedap lagu ni. Sape penyanyi asal?
Kawan aku: Demi lovato kalau tak silap.
Aku: Eh eh kenapa aku tak tahu. Kenapa? Aku peminat demi. Why people why? 
Kawan aku: (-_-')*malas nak layan aksi dramatik aku. haha






Haha. Aku ni ketinggalan zaman rupanya. Sebab lagu ni dah lama la jugak. Kalau tanya aku lagu-lagu terbaru memang aku tak tahu. Sebab aku memang tak dengar radio.Dan radio pun tak dengar aku. So kami ada miss communication di situ. Ah sudah nak mula merepek la tu fatihah!

Ok sambung. Lagu skycraper ni memang masuk lah dalam kepala aku. Ala, kalau demi yang menyanyi tu semua lagu jadi sedap. Go demi go! I love ur voice!*tetiba





Skies are crying, I am watching

Catching teardrops in my hands
Only silence, as its ending, like we never had a chance.
Do you have to make me feel like there’s nothing left of me?



You can take everything I have 
You can break everything I am
Like I’m made of glass
Like I’m made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper



As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better to watch me while I bleed
All my windows still are broken but I’m standing on my feet



You can take everything I have 
You can break everything I am
Like I’m made of glass
Like I’m made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper



Go run run run I’m gonna stay right here
Watch you disappear yeah
Go run run run yeah it’s a long way down
But I’m closer to the clouds up here



You can take everything I have
You can break everything I am
Like I’m made of glass
Like I’m made of paper
Ohh
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper
Like a skyscraper, like a skyscraper
Like a skyscraper



Aku dah jatuh cinta dengan lagu ni. Dah tu 24 jam asyik pasang lagu ni sejak kewujudannya diketahui. Haha. Terima kasih la medic idol sebab kenalkan aku dengan lagu ni. x)

Bye.

Saturday, September 17, 2011

Chubby dan ucop~ Outdoor time!

Lately rasa nak hentak-hentak je kepala kat laptop ni sebab ketandusan idea nak update blog pasal apa. Ini serius. Asyik cerita pasal aku je, walaupun blog ni tajuk cerita pasal aku, tapi kalau diceritakan semua, apa yang aku nak simpan untuk diri sendiri. Tak semua benda kita leh cerita kat dunia maya ni.

So, untuk menghilang ketandusan idea yang melampau, aku rasa macam nak share gambar anak-anak aku kat sini. Aku dalam proses nak buat guinea pig stories macam sebelum ni, tapi amik masa la kan sebab aku pun berebut nak uruskan hidup aku jugak. Hehe. Makanya, korang layan la gambar chubby dan ucop ni dulu. Ada beberapa gambar yang aku dah letak kat fb. Zass zass zass, layan..*kau ingat melodi ke fatihah?haha



Play pan ni aku buat sendiri tau. Menggunakan bahan  dawai2 yang terbiar kat belakang rumah. Nak bangga pun tak layak sebab play pan tu selekeh gila. haha. Buat cukup syarat je.

Bebudak ni memang suka main dalam ni. Melompat2 suka tiap kali keluar main atas rumput ni. Kata mereka, sambil  main boleh makan rumput.




Chubby hidung besar. 
hidung besar dari tepi.

serius budak ni kuat makan. lagi kuat makan dari chubby yang debab tu.

sikit hari lagi sama besar dengan chubby la dak ucop ni.

Kau tengok sape yang tersesat masuk sekali dalam play  pan chubby dan ucop ni.

Oh, adik aku rupanya.(-_-')

Chubby dan ucop: Aaargh, kami terpenjara la mama.Bebaskan kami. 
Aku: Ah dramatik la korang. Makan je rumput tu.

Aku: Ucop termenung apa tu?
Ucop: Ucop memikirkan masa depan ucop. Bila ucop boleh jumpa selena gomez?
Aku: (-_-')

posing manja dari chubby 
Posing seksi dari ucop

alala comelnya anak mama kongsi makanan.. xD


Sebenarnya gambar2 ni dah lama. Semua gambar ni masa bulan puasa lepas. After habis tolong mak aku masak untuk bukak puasa dalam jam 6.30 petang, aku cepat-cepat amik budak 2 ekor ni bawak main kat laman tepi rumah. Kalau tak kesian asyik terkurung je.  Lagipun diorang suka makan rumput2 kat situ.Then terhasil lah gambar ni sambil bertemankan nyamuk serta bertepuk tampar dengan mesra dengan nyamuk2 berkenaan (-_-’).

Ok, semoga tido dibuai mimpi indah bloggers sekalian. Chow.




Friday, September 16, 2011

Lets change our habits& follow the sunnah


sumber: tumblr

Title-less. Haha.

Sekarang perut tengah penuh dengan makanan. Aku pun tak tahu kemanakah azam diet aku telah dicampak? Haha. The real thing is, aku kat rumah sepupu aku, tengah attend open house. Faham-faham jelah, kalau dah nama open house tu, makanan tersangatlah banyak. Dan aku pun termakan makanan yang tersangat banyak itu. Gulp. Baru hilang beberapa kg last week sebab banyak jalan pergi kelas, hari ni gain balik kg2 tersebut. Ah, lantaklah.



Hari ni first time makan apam polka dot yang comel nikat open house rumah sepupu aku ni, tersangatlah sedap! Haha excited lak bagi tahu. Serius sedap. Aku bukan peminat apam pun, tapi apam polka dot ni sangat menarik perhatian dan rasanya pun nyum nyum menyelerakan!

********

Berakhir sudah minggu pertama sem baru ni. Eh, baru first week. Gaya cakap macam dah habis satu sem je. Haha. Aku sangat suka dengan apa yang aku belajar. Untuk sem ni aku amik calculus dan algebra. 2 kecintaan aku tu.

Dan yang tak berapa bestnya, disebabkan aku fail exam medic sebelum ni, aku kena ulang amik subjek universiti seperti titas, kenegaraan, english, bla bla...fuh, again. Dan tidak dilupakan kokurikulum. Rasa macam azab je nak amik balik semua subjek tu. Aku tak boleh nak buat pengecualian kursus, sebab kat sini kalau gagal subjek utama macam medic, dikira gagal SEMUA. Diulangi, SEMUA.

image

Tapi, aku mengingatkan diri aku berulang kali, marilah kita memandang hal ini dari sudut yang positif. At least aku boleh baiki result aku balik untuk subjek universiti tu, sebab sem ni aku target 4.00. 

Oh yaa, minggu ni gak buat record peribadi sendiri, sebab selain berat yang hilang akibat berjalan kaki secara berlebihan, kasut aku yang baru beli tu pun dah jahanam. Sadis melihat kasut terbabit sudah lingkup dengan bergayanya. Dah la beli masa tengah sale....

image

Takpelah, dah takde rezeki.*memujuk hati sendiri..


Lepas ni nak beli kasut macam nilah, baru tahan lasak dan dan tahan berat badan aku ni...MySpace


Oklah, nak pergi sambung makan apam polka dot. Bye.

Tuesday, September 13, 2011

Sakit tekak.


Assalamualaikum.


Dah  2 hari bermulanya kehidupan aku sebagai *new student* math. Fuh, ulang-alik ke main campus agak memenatkan rupanya. Sementara nak biasa, bak kata orang, alah bias tegal biasa kan. Sebelum ni bila ade kuliah, lagi 5 minit kuliah nak start, baru kelam kabut berlari pecut ke kelas. Tapi sekarang, kalau kelas kul 8, 7.15 dah kena keluar pergi membawa diri menunggu bas.

Hari pertama iaitu semalam, aku memang sesat kat main campus. Baru aku sedar yang upm ni besar rupanya. Sebab aku sesat bagai anak hilang ibu bapa. Haha. Ok tak kelakar. Dan muka aku ni memang ade muka senior kot, sebab budak-budak baru kat sini dok tanya, akak, kat mana dks? akak tahu tak kat mana dk9? Ohoi, aku pun budak baru mana aku tahu jalan kat situ. (-_-')

Tapi yang bestnya aku suka dengan apa yang aku belajar. Suka sangat. Sebab sepanjang kelas tu asyik senyum je. Tak dapat jawab soalan fizik yang basic tu pun aku senyum gak. Tengok soalan math yang macam senang, tapi blurr sebab lama tinggal pun senyum jugak. Dah macam orang gila pun ada. Haha. Terasa macam kat matrik balik. Cuma aku tak amik kimia je kat sini.

Dewan kuliah kat sini agak berterabur, so katakan kelas kau kul 8-9, dan next kelas 9-11 di dk yang jauh nun di sana, kau kena berlari-lari untuk ke kelas tersebut. Fuh, boleh kurus aku macam ni. Hooray!! *tak ikhlas. Tapi nasib baik la jadual aku tak pack, so aku tak la merungut sangat. Haha

Dan petang ni tekak aku sakit, sebab aku rasa aku memang kurang minum air 2 hari ni. Ditambah pulak cuaca panas. Badan terasa seram sejuk. Hoho, nak demam ke? Takpe, cobaan...

So, korang doa je lah anak manja ni cepat adapt dengan new environment kat sini. Chow.

Friday, September 9, 2011

The new journey.


Kelas aku akan start lagi 2 hari. Rasa berdebar-debar macam nak amik exam pulak rasanya. Kat kepala ni dah sarat dengan macam-macam benda. Kalau aku nak rahsiakan aku ex student medic bila masuk kelas kos baru ni, agak2nya berjaya tak rahsia tu bertahan? Aku ni kadang2 cakap main lepas je. Lepas tu mula lah menyesal sambil menyanyikan lagu seribu sesalan. Ceh.

Eksaited, segan, takut, nervous, semuanya dah berputar-putar dalam kepala ni. Sampai rasa blurr. Rasa macam mula nak mendaftar masuk upm dulu. Haha.

Lepas ni ulang-alik gi kelas naik bas. Sebelum ni jalan kaki je. Satu cabaran gak tu.

Yang penting, apa pun yang berlaku pas ni, aku redha. Sebab aku dah tekad. Dan tak kan menyesal. Tapi hati tu bukan kita yang pegang,  kan? x)

Aku melantik diri sendiri sebagai lone ranger sekarang. Sebab segalanya aku buat sendiri. Takpe, Allah tu kan ada.

Tengok jadual kos baru ni aku rasa perut aku sejuk je, sebab tak sepadat jadual medic. Lalala.

Ok, nak sambung revise math matrikulasi dulu. Hahaha, serius banyak gila yang dah lupa. 

Bye.



Tuesday, September 6, 2011

wordless wednesday


senam aerobik sorang-sorang dlm bilik sgtlah menyeronokkan! haha.. rumate balik cepat2 buat muka seperti tiada apa yg berlaku. ;p

wordless wednesday


cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeee xD
Kau sengaja menunjuk mkn depan aku kan? Bukan tak tahu aku tgh diet..@_@

Public transport.


Assalamualaikum.

Public transport amat penting dalam kehidupan seharian bagi orang yang tiada kenderaan macam aku. Tanpanya kita bagaikan manusia yang patah kaki, sebab larat ke nak jalan kaki 10 km semata2 nak pergi kerja? Atau pergi shopping? Atau pergi beraya? Bukan semua orang mampu punya kenderaan sendiri. Terutama sekali student macam aku ni. Lesen pun takde lagi, apatah lagi mampu nak ada motor atau kereta sendiri. Berangan je lah kau fatihah nak pergi kelas naik mini cooper.

Mukadimah tak boleh tahan. Sebenarnya aku bukan nak story pasal kepentingan public transport atau dalam bahasa melayunya pengangkutan awam. Bukan juga nak story mengenai penjimatan petroleum apabila berkongsi kenderaan. Bukan juga nak cerita aku dah mula diet nak menguruskan badan. Eh, lari tajuk nampak? Hehe.

Focus focus murid-murid sekalian. Sebab disini aku nak cerita mengenai peristiwa berkaitan pengangkutan awam dalam kehidupan aku. Ini adalah kisah benar.*poyo haha

Ok mari mulakan.


 *****

1) Aku tak ingat bila, tapi benda ni rasa macam baru lagi jadi kat aku. Waktu sem lepas kot. Ntah aku tak ingat tarikh yang tepat. Waktu tu aku on the way nak balik rumah, maka aku dengan riang ria naik bas untuk ke ktm serdang, Aku naik bas metro, masuk je hati berkata cantik, seat belakang kosong. Maka duduklah aku di situ tanpa ragu2.

Then, nak dijadikan cerita depan seat aku ada 2 orang indian guy. Takpelah. But, halfway nak sampai ktm tu aku perasan something. Salah seorang Indian guy yang betul depan aku ni tengah menggaru leher dia. Fine. Lantak ko lah nak garu apa pun. Masalahnya, garuan mamat ni tak berenti. Dan aku mula macam kegelian. Sebab mamat ni mengaru macam kurap yang kaler putih kat leher dia. Aku tak tahu apa benda tu. Serius aku tak tahu. Menggelikan sebab hasil garuan dia menghasilkan kepingan putih, dan benda alah yang tak dapat dikenal pasti tu terbang tepat ke arah muka aku. Di tambah pulak kelajuan bas yang agak extreme, menambahkan daya pecutan kepingan putih terbabit. Damn. 

Aku nak tukar tempat duduk, tempat lain dah penuh.. Dalam hati mula tercetus kata-kata yang tidak enak di dengar. Aku merendah diri sehabis mungkin. Bukan rendah diri yang tatabahasa tu, yang ni memang rendah betul.

 Aku bukan nak mengutuk, memang mamat tu tak sendiri tak mintak sakit macam tu, tapi kekurangan sensitiviti beliau mengenai perasaan orang lain di tempat terbuka macam tu amatlah tidak disenangi.  

*****

Kalau tadi pasal bas, ni pulak pasal komuter. Sape yang selalu naik komuter, akan paham perasaan menunggu komuter yang lama, dan berhimpit-himpit di dalam komuter pada waktu kemuncak sehingga tiada ruang untuk menggerakkan badan sedikit pun. Sadis. Tapi alah bisa tegal biasa, siapa yang pergi kerja naik komuter mesti dah lali. But, attitude sesetengah orang yang naik komuter ni kadang kala menjengkel kan. Bukan semua, tapi segelintir. 

Aku pernah lihat ibu mengandung, hampir menangis sebab terhimpit. Waktu tu time orang berpusu-pusu keluar, dan sepatutnya orang yang nak masuk dari luar komuter tu tunggu orang habis keluar, memang dah terang-terang tulis kat signboard kat komuter station tu, sila beratur dan biarkan orang dalam komuter keluar dahulu.Macam tu kot dia tulis.  Siap ada translator ke english lagi. Tapi tak paham jugak. Dan kesian kat pregnant women tu, terjerit-jerit sebab himpit perut dia. Kalau dia terberanak kat situ sape nak sambut? Fuh. 

Kalau ikut peraturan, sesesak mana pun dalam komuter tu, dan semua orang tolak ansur tak kan jadi kes macam tu. Kalau aku ade power masa tu memang aku nak terbangkan perempuan tu keluar dari train. Kesian dia. Dan aku berdiri agak jauh dari beliau. Dah la takde sape yang pelawa dia duduk dari awal sebelum komuter tu berhenti lagi. Consider la wei, ingat senang ke nak bawak budak dalam perut tu? Tapi aku tengok orang sekeliling dia rilek je. Entah la manusia. Nasib baik ade pengawal keselamatan yang perasan, dan bantu menguraikan keadaan. Fuh.

*****

Pasal komuter gak. Korang pernah tengok kan gambar ni?



Hah, mesti tau apa yang aku nak cakap. Terang lagi bersuluh tulis wanita sahaja sepanjang masa. Tapi ada gak segelintir kaum lelaki bermuka tebal join sekali. Salah masuk majlis la bro. Tak reti membaca ke? Tak paham betul aku.Kalau ye pun tersilap masuk koc, pergi la tukar bila dah perasan. Ini buat tak tahu je. Tak yah nak bercerita, memang aku nampak sepanjang masa setiap kali aku naik komuter ni, agaknya  mistaken identiti sendiri, lelaki atau perempuan.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal komuter dan bas ni, tapi nanti tulis panjang gaya korang baca sampai habis je. Haha. Kalau rajin nanti aku sambung. Ni lepas gian lama tak update. ;p

 Bye.






Innocent- TS




I guess you really did it this time
Left yourself in your warpath
Lost your balance on a tightrope
Lost your mind tryin' to get it back

Wasn't it easier in your lunchbox days?
Always a bigger bed to crawl into
Wasn't it beautiful when you believed in everything
And everybody believed in you?

It's alright, just wait and see
Your string of lights is still bright to me
Oh, who you are is not where you've been
You're still an innocent, you're still an innocent

Did some things you can't speak of
But at night you live it all again
You wouldn't be shattered on the floor now
If only you had seen what you know now then

Wasn't it easier in your firefly catchin' days?
And everything out of reach, someone bigger brought down to you
Wasn't it beautiful runnin' wild 'til you fell asleep
Before the monsters caught up to you?

It's alright, just wait and see
Your string of lights is still bright to me
Oh, who you are is not where you've been
You're still an innocent

It's okay, life is a tough crowd
32 and still growin' up now
Who you are is not what you did
You're still an innocent

Time turns flames to embers, you'll have new Septembers
Everyone of us has messed up too
Minds change like the weather, I hope you remember
Today is never too late to be brand new

It's alright, just wait and see
Your string of lights is still bright to me
Oh, who you are is not where you've been
You're still an innocent

It's okay, life is a tough crowd
32 and still growin' up now
Who you are is not what you did
You're still an innocent, you're still an innocent

Lost your balance on a tightrope
It's never too late to get it back

Sunday, September 4, 2011

Seribu kemaafan.

Hello bloggers!

Whoa, Selamat Hai Raya!! Cepat betul masa berlalu kan? Rasa macam baru semalam start puasa. Banyak tak korang dapat duit raya? Duit raya aku ciput je. Haha.

Esok aku akan berangkat ke UPM yang dicintai. Perasaan? Entah la. Truly speaking, aku sangat nevous nak menghadapi dunia baru ni. Terlalu banyak yang bermain kat fikiran aku, sampai satu ketika aku rasa kepala aku boleh meletup.

I hope everything will be well. Sebab aku rasa aku makin jauh dari segalanya. Ni adalah saat aku di bawah roda dunia, sebab aku tak punya apa. Terasa kurang manisnya senyuman yang diberi, dan ketawa seakan tidak bererti.

Anyway, aku mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, sepanjang perkenalan dengan korang semua. Kalau aku terkasar bahasa, tidak membalas komen mahupun sms sesiapa, maaf dipinta. Aku hanya insan yang penuh dengan kekhilafan.

Dan kepada si dia, aku mintak maaf kerana hati ini menjadi sekeras batu. Tegar tidak mengendahkan mesej dan panggilan dari kamu. Sebab aku masih tidak bersedia. Hati ini masih ingin sendiri, kerana aku masih tidak bertemu apa yang aku cari.

Semoga kita semua di dalam rahmat-Nya. Amin.