Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, December 31, 2011

Risiko.


Bila manusia tak dikenali sedekah coklat...

Kalau korang berani makan tak?

Aku tengah lapar ni...*tepuk perut dengan perlahan.

Thursday, December 29, 2011

Jiwa lara...kih kih.

Rinduuuuuuuuuu!!!!

Siot betul bila homesick menyerang waktu studi week begini.

Jiwa kacau.

Otak beku.

Fine.

Baik tido je. Bye.


Penat.

Kadang2 aku rasa aku ni lembut hati sangat dengan manusia yang aku tak suka...*sigh
At the end of the day, aku yang penat menahan rasa.

Dear cik hati yang memendam semua perasaan, kadang2 kau perlu sakit dan sabar menahan akan sikap manusia. Sebab kau pun tak sempurna. Kau pun punya sisi jahat yang kau tak sangka. Atau kau sengaja buat-buat lupa.

Mungkin kau pernah sakitkan hati sesiapa sebelum ni, secara kau sedar atau tak sengaja.

Maka Allah hantar someone itu  sakitkan hati kau sedalamnya supaya kau belajar menghormati orang lain, sebab sudah tentu kau tak nak orang lain rasa apa yang kau rasa, kan?  Supaya kau sedar hidup ini macam roda.

Oleh itu aku minta maaf sangat-sangat kepada semua orang yang pernah sakit hati dengan aku, sebab aku tak mampu nak jaga hati semua.

Mungkin aku pernah sakitkan hati dengan teruk dan kau menangis tanpa aku tahu. Macam yang aku tengah  lalui sekarang.

Dan sekarang baru aku tahu betapa sakitnya rasa diperlakukan sebegini rupa.

I am truly sorry. 

Aku tak sempurna, tapi aku berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik. Baik mengikut aturan-Nya. 

Aku cuba jaga sebanyak mungkin hati manusia yang aku mampu. Selagi jantung ini masih berdegup atas izin dari Nya.


Final words~ Sorry, I am really sorry. (T_T)


Oh ya, kalau aku sedih ayat aku automatik jadi skema. Tapi bak kata En Faiz ni, aku memang sejak azali lagi budak skema. Haha. Ah, gasaklah (>_<) 


Bye.





Tuesday, December 27, 2011

Keinginan nak membuak.

Alolo..

Perasaaan hati yang membuak-buak nak bela kucing.
Ya Allah, semoga bakal suami nanti seorang pecinta kucing, amin.
Maka aku boleh bela banyak2 bila dah kawin nanti.
Bersama2 mengutip kucing terbiar di jalanan,
Berkongsi duit beli makanan untuk kucing-kucing belaan,
Bersama2 amik part mencuci jika kucing tu muntah atau berak merata2
Bersama-sama sayang kucing tu macam anak sendiri,
Bersama-sama bawak kucing tu ke vet bila sakit,
Pendek kata sekepala dengan aku la bab kucing ni.

Aku serius ni.
(>_<)

Sunday, December 25, 2011

Mood- FINAL EXAM

Benda yang selalu aku buat bila nak exam.

Nah, kena sebijik dengan kau fatihah..kah kah kah.

Ehem.

Mak pesan perempuan tak boleh gelak berdekah macam tu.

Sila abaikan ketawa saya yang kurang ayu itu. (>_<)


*******

Mari aku gambarkan perjalanan studi aku sepanjang studi week ini. Eleh, baru hari ke-2, minah ni kecoh betul la. Ngee...

Bangun pagi, melompat dok atas kerusi. Bukak buku seperti ini.
image


Beberapa jam kemudian.

Apabila terlalu banyak info yang disumbatkan dalam satu masa...
image


Apa yang aku buat?
Kunyah nota untuk kesan yang lebih dramatik.

Eh taklah. Gila. 

Jam 12 tengahhari.
image
ZzZzZ...

image
check fb, update blog...grrr.

Budak ni dah nak exam galak pulak dia update blog.

Adoi..


Tak leh jadi, esok kena pergi library.
Bye.




Saturday, December 24, 2011

Give Your Heart A Break- Demi Lovato

Like like like like like like!!!!
:)



The day I first met you
You told me you'd never fall in love
But now that I get you
I know fear is what it really was

Now here we are
So close yet so far
How did I pass the test
When will you realise
Baby, I'm not like the rest

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah

On Sunday you went home alone
There were tears in your eyes
I called your cell phone, my love
But you did not reply

The world is ours if you want it
We can take it if you just take my hand
There's no turning back now
Baby, try and understand

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break

There's just so much you can take
Give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah

When your lips are on my lips
And our hearts beat as one
But you slip out of my fingertips
Every time you run, whoa-oh-whoa-oh-oh

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong

Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break
Let me give your heart a break

Just Yuka.

 Yuka: Mama mama, yuka lapar.

Aku: La..kan banyak kuaci tu.

Yuka: Tak nak.*monyok

Aku: Ye la..yuka nak makan apa sayang?


Yuka: Tu roti kat tangan mama tu. Nak sikit.


Aku: Nah, amik secubit.

Yuka: Nyum nyum...sedapnya. 



Yuka: Nak lagi.*pinta yuka dengan mata bersinar2.

Aku: Nah..jangan gelojoh.


Nyum nyum... sedapnya. Terima kasih mama.

Blurpp...alhamdulillah.



Yuka: Ok, sekarang mama pergi la studi. Kan studi week ni. Yang mama dok update blog pasal yuka ni kenapa?
Aku: Eh budak ni...(-_-'). Nasib baik kau comel.


...
Mood~ Final exam. (>_<)

Thursday, December 22, 2011

Pencinta shawls.



Mari berubah ke arah yang lebih baik. :)


Untung laa... erk?

Adakah aku seorang je yang rasa ayat ''untung laaa...'' ni sangat annoying?  Aku asyik dengar je ayat sama dari orang sekeliling aku. Apa motif orang cakap macam tu? Tak bersyukur? Atau cemburu atas rezeki orang lain?

Atau aku je overreact ni? Hmm..*sambil urut dagu 


Korang rasa?

Wednesday, December 21, 2011

Buang tebiat.

Agak kuno dirasakan bila aku baru discover satu website http://www.morphthing.com ni. Haha, better than never. Ecece, benda bukan penting sangat pun. Saje suka-suki membuang masa. 

Dalam morphing.com ni kita boleh pilih untuk tengok konon2nya gambar baby bila kita berangan pair dengan artis2 tertentu. Berangan je lah woi..;p

Aku guna gambar ni.

Dan hasilnya, tadaaa......




Ni dengan Robert Pattinson. Ala Edward Cullen tu.. Tapi aku rasa takde iras langsung pun. 

Ni dengan..err, jap aku tengok balik. Daniel Henney. Sape ni wei? Aku tangkap muat je sebab dia hensem. Keji kan. 
Daniel Henney

Hah yang ni aku suka, dengan Harry Potter. Eh daniel radcliffe. Tapi bila tengok lama2 rasa pelik pulak. Baby mana pakai spec woi. 


Baby of Leonardo DiCaprio and ME.JPG
Dengan Leonardo dicaprio. Err...

Baby of Orlando Bloom and ME.JPG
Dengan Orlando Bloom. 


Ni feveret aku. Dengan Justin Bieber. Comel doh. Serius.




Ok ok dah. Memang buang tebiat. 

Tak semenggah nak semua baby muka mix je. Dah tu artis hollywood je yang ada dalam application tu. 

Whatever it is, ciptaan Allah adalah paling sempurna. Kita sebagai manusia, gunalah application paling canggih pun, kau takkan tahu rupa future son/daughter kau macam mana. 


Bye.

Tuesday, December 20, 2011

Alhamdulillah.

Alhamdulillah..

Tadi encik JPA call kata scholarship aku dah diluluskan dan dapat disambung ke kos baru aku ni. Means aku tak payah bayar balik hutang ribu-raban tu. Lega.... Maka cancel plan nak cari bakal suami kaya. hahaha..;p

Speechless, terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusan hambamu ini. :')




Saturday, December 17, 2011

Kenangan.

Entah kenapa, aku teringat artikel yang pernah aku tulis kat blog Putra Medical Club, waktu aku masih dalam tahun ke-2 dalam bidang perubatan.

Klik sini untuk artikel penuh.

Doctor wannabe?

Assalamualaikum.

Ibubapa memainkan peranan penting untuk memupuk minat kanak-kanak, seperti sehelai kain putih yang perlu dicorakkan. Saya rasa, kebanyakan kanak-kanak disogok dengan impian menjadi seorang doktor, peguam atau cikgu. Ini pekerjaan yang biasa saya dengar dikalangan kawan-kawan sebaya sewaktu sekolah rendah. Tetapi tak dinafikan saya pernah bercita-cita mahu menjadi seorang posmen dahulu. Haha.


Berbalik kepada tajuk asal, kenapa doktor? Masyarakat memandang tinggi pekerjaan yang satu ini, kerana pekerjaannya yang sangat mulia dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.Memetik kata-kata Martin H. Fischer, "A doctor must work eighteen hours a day and seven days a week. If you cannot console yourself to this, get out of the profession."

Secara jujurnya, sewaktu minggu orientasi medic, soalan kenapa nak jadi doktor ni menghantui sewaktu buddy day yang sangat menakutkan. Haha. Dan satu jawapan yang terlintas, jawapan yang sangat biasa dan kerap didengari oleh pelajar perubatan, saya mahu bantu masyarakat-jawap saya seadanya.

Dan senior membalas- Banyak cara untuk membantu manusia lain, tak semestinya menjadi seorang doktor. Cikgu, peguam dan polis juga membantu masyarakat dalam cara mereka sendiri. Jawapan kamu terlalu umum.

Sedari itu saya terfikir, kenapa doktor?

Saya bertanyakan coursemate yang lain, setelah melalui kos ini selama 2 tahun, jawapan mereka adalah seperti:

-Ayah aku nak sangat aku jadi doktor, apa nak dikata?

-Minat aku dari kecik daa..aku keluar je dari perut mak tu, terus je aku jatuh hati kat doktor yang sambut aku tu. Sejak tu lah aku nak jadi doktor..haha.

- Oh, aku suka-suka je.

- Sebab dapat tengok cadaver.. Suke nyeeeee... Huhu

- ‎(Jawapan common) cita-cita dari zaman purbakala

- Ilmu perubatan tu tak semua orang boleh dapat dan apply... Maybe sume leh belajar tp tak sume boleh hargai ilmu tu... Sangat berharga... Jadi doc memang lain dari yang lain... sebab tu la kot... ade banyak sebab tapi yang lain tu common-common je laa... kang berjela-jela lak..huhu

- Aku jadi doc sebab doc best, perlukan ilmu dan seni, kalau jadi nerd je study dgn ilmu, tp takda seni seperti cara komunikasi, ketelusan dlm buat kerja, bijak urus stress tak jadi doc, doc boleh kawal keadaan walau ape sekali pn, dan doc ni kite boleh berkhidmat smpi mati, no limit utk buat kebaikan.

- Fardhu kifayah~
- "Sampai masa tibanya waktu..redup hati kami berdua..bila dua jasad bersatu..hidup mati kita bersama."

Err..yang ni maybe masih mabuk Hikayat Merong Mahawangsa agaknya.

- Berkata Imam Shafie, "Tidak aku melihat ilmu yang paling afdhal selepas mana ilmu syariah seperti mana ilmu perubatan. Jika ingin berpindah ke suatu kawasan, pastikan ada dua golongan iaitu ulama dan doktor kerana kita sentiasa memerlukan mereka. Imam shafie belajar perubatan semasa hayatnya..."

- Pejam celik, pejam celik trus dapat perubatan~ mohon nak jado economist, tapi doktor pulak dia bagi~~ haiiihhh

*******

Dari sini saya dapat simpulkan, pilihan mereka menjadi doktor sebenarnya dipengaruhi sama ada dari persekitaran dan latar belakang yang berbeza.

Saya sendiri meletakkan pilihan ini sebagai pilihan utama semasa mengisi borang UPU adalah kerana memikirkan tidak perlu bersusah payah mencari pekerjaan selepas tamat belajar kelak, dan harapan menggunung dari keluarga.

Saya tertarik dengan kupasan dalam artikel Kenapa mahu jadi doktor, oleh saifulislam. Beliau menerangkan mengenai nilai menjadi seorang doktor, yang saya rasa harus dikongsikan disini. Artikel ini merupakan petikan ceramah kepada pelajar-pelajar perubatan di IMU.


TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.



Artikel ini menyedarkan saya, bahawa konsep nilai ini sangat penting supaya kita tidak tersasar dalam mengejar kerjaya sebagai seorang doktor ini. Nilai seorang doktor, tidak dapat diukur dengan material kerana menuntut pengorbanan masa dan emosi dalam diri kita. Bukan calang-calang manusia yang mampu melakukannya.

Maka, disinilah berdirinya kami di UPM, mengambil bidang perubatan. Mungkin orang lain mengatakan ini pilihan kami, namun sebenarnya. Takdir yang membawa kami disini.

Fatihah, 2ndyr 2010/2011


Ini artikel pertama, dan juga yang terakhir yang sempat aku tulis untuk blog PMC ni. Haha, rasa ralat juga sebab tak banyak artikel yang aku dapat sumbangkan. Aku sepatutnya jadi salah seorang editor untuk blog PMC ni, tapi rezeki dah takat tu je..:)

Memang apa yang aku tulis untuk artikel tu, tersangatlah kontra dengan diri sekarang. Tapi manusia tu seperti pantai, sentiasa berubah. Waktu artikel Doctor Wannabe ni ditulis, aku masih bangun setiap pagi memujuk hati untuk terima apa yang ditetapkan untuk aku. 

Sampai satu hati, pintu hati aku terbuka untuk jadi lebih berani. Berani menentukan hidup aku sendiri. Berani untuk menghadapi kritikan terhadap life decision aku. Berani untuk hidup tanpa sahabat2 yang sudah 2 tahun aku kenal hati budi. Berani untuk bermula sekali lagi. Berani untuk hari ini.

Aku tak kata ianya mudah, sebab aku amik masa 2 tahun nak come up dengan keberanian itu.

Aku bersyukur sangat dengan jalan yang aku pilih sekarang, dan hati aku memang kat sini. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan bagi menggambarkan perasaan belajar subjek yang memang aku minat dari bangku sekolah rendah lagi. 

Aku waktu sekolah rendah...muahaha..;p



Oh ya..GOOD LUCK UNTUK STUDENT 2ND YEAR MEDIC YANG BAKAL HADAPI FINAL EXAM, DAN JUGA 3RD YEAR MEDIC UNTUK MOCK EXAM. ALL THE BEST!


Mood~ rindu korang sangat2...:')



Sabar...senang diungkap tapi payah ditekap.

MENGURUT DADA MEMUJUK HATI BERSABAR...

SABAR WAHAI HATI, SABAR....

MANUSIA NI RAGAMNYA PELBAGAI.

KAU TAK LEH KAWAL APA YANG BERLAKU DI SEKELILING KAU.
YOU JUST NEED TO LEARN HOW TO DEAL WITH IT, EITHER YOU LIKE OR NOT.

INGAT BALIK, BUKANKAH KAU DAH BERTEKAD BAHAWA KAU TAK AKAN KISAH DENGAN MANUSIA YANG KAU AKAN JUMPA, ASALKAN HATI KAU GEMBIRA DENGAN APA YANG KAU BELAJAR SEKARANG? DO YOU?

OH YA...KALAU AKU SENYUM KAT KAU WALAUPUN AKU TAK SUKA, AKU BUKAN HIPOKRIT..CUMA AKU MATANG DALAM MENGAWAL PERASAAN MARAH AKU.
.
.
.
.
.
.
.

Rindu..
aku rindu budak ni jugak...waaa, pulangkan ex-housemate saya!

PULANGKAN!

:'(





dush....kebenaran menumbuk hati...
Mereka hanya jauh di mata, tapi dekat di hati..dan juga fb.
eh boleh buat pantun.

Terima kasih ex-rumate sebab call aku tadi, mendengar segala gundah di hati. I love u so much!!!
:')

Bye.




Friday, December 16, 2011

Breakfast!!!

Masa tengah merayap kat blog orang lain pagi ni, aku terjumpa satu entry gambar2 breakfast dari serata dunia. Aku terliur tengok gambar breakfast berikut...

Excellent Hawaiian breakfast

Irish Breakfast

Breakfast in Pakistan

Russian Breakfast
.
.
.
.
.
.


Breakfast aku..syukur ada gak susu untuk alas perut pagi ni.

Nak tengok banyak lagi? Terjah blog lurve pingu ni..bye.

mood- teringat nasi lemak buatan mak kat rumah..:'(

Rindu

Tetiba rindu kat budak ni. Haish..:(


Serabut.


Assalamualaikum.

Aku tak tahu apa yang tak kena dengan aku hari ni. Serabut.

  • Aku TER-bangun lewat walaupun tidor awal, dan lambat 15 minit ke kelas algebra. I5 minit! Lecturer algebra aku garang woo..(-_-’)
  • Dalam kelas algebra, bukak beg dan tersedar pencil case tertinggal. Fine, nasib baik ada pensil sebatang yang terselit kat bawah buku.
  • Habis kelas algebra pukul 10, bergegas ke kedai print untuk print front page assingment calculus. Kemudiannya tersedar pendrive dalam pencil case! Pencil case tertinggal! Adoi...terpaksa balik kolej dulu, dan menangguhkan submit assingment ke sebelah petang.
  • Habis je kelas bi jam 4 petang, gigih menaiki bas ke fakulti ekonomi untuk print front page calculus. Kali ni memang tersangat pasti bawak pendrive. Malangnya front page je yang ada, isi assingment tu tertinggal kat kolej. AGAIN! Rasa nak berguling-guling je kat kedai print tu. Kenapa dengan aku ni? Awat cuai sangat?
  • Makanya dengan langkah longlai balik ke kolej, amik assingment, naik bas balik ke fakulti. Aku submit assingment jam 5.30 petang. Mintak2 la lecturer tu tak kisah.
  • Eh tak habis lagi cerita ni. Lepas submit assingment tu aku ke library. Masa aku tengah buat tutor algebra, aku tersedar kalkulator aku takde. Aku angkat segala nota yang berterabur atas meja, masih tiada. Panik! Kalkulator tu macam nyawa bagi budak math macam aku wei! Takkan la hilang pulak..:’( 
  • Aku duduk, tarik nafas panjang2...dan berfikir. Aku rasa aku bawak masuk kalkulator sekali waktu aku masuk library. Aku bangun, dan keluar library untuk check sama-ada kalkulator aku tertinggal dalam beg di pigeon hole.
  • Tiada. Bertenang, fatihah...bertenang. Aku kembali masuk ke library, dan ke meja aku dengan fikiran berputar ligat. Dan, guess what? Kalkulator tu terletak elok atas nota aku. Padahal masa cari tadi takde pun.
  • Aku tak tahu la sama ada aku yang blurr, atau ada orang pinjam sekejap kalkulator aku then pulangkan balik. Tapi takpelah, asalkan kalkulator tu selamat. Aku cium kalkulator aku tu berkali2. Dah macam orang gila.


Bad day.

Semoga hari esok lebih baik. Amin.

Wednesday, December 14, 2011

Current Addiction


Tuesday, December 13, 2011

Space-saver rooms


Assalamualaikum

Sungguh aku tertarik dengan gambar dekorasi bilik yang aku jumpa kat tumblr. Kreativiti tidak terhad walaupun di ruangan yang sempit. Aku tak pasti sumber gambar ni dari mana. 

Serius cun susun atur dan warna yang diorang guna. Boleh dijadikan inspirasi kepada sesiapa yang nak hias bilik. :)

Aku dok asrama, maka mampu jamu mata sambil kata 'wah cantik giler!!!'

































Memang kena dengan taste aku, simple, kemas dan cantik.

Kalau lah mak aku baca ni, mesti beliau kata 'alah cakap je suka, bilik sendiri bersepah macam kapal karam.."

True story (-_-')