Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, April 30, 2012

Addicted list.

2 benda yang aku addicted, which is

1)Biskut + sos cili thai. 
Am I weird? 





2) Kevjumba
I can't stop viewing his video. 




Oh ya, Rabu ni ada test fizik. Maka Hari buruh esok akan diraikan bersama note fizik yang marvelous.Rajin betul anak pakcik mustapa ni.*haha sarkastik, baru nak start studi sebenarnya. 


Wish me luck! :D




Sunday, April 29, 2012

Macho la sangat kan? ;p

Semalam di Mines,

Aku: Faiqah, aku nak beli kasut. Kasut yang aku pakai ke kelas tiap-tiap hari tu dah berlubang tapak dia.

Faiqah: Hah, ganas betul ko. Haha.

Aku: Teehe... orang macho memang macam ni. 

Faiqah: (-_-').

Masuk ke kedai kasut yang pertama.

Aku: Wah, kasut ni cantik

Faiqah: Tihah! Tu kasut untuk lelaki! 

Aku: So? 

Faiqah: If you notice, kau tu perempuan.

Aku: Tapi kasut ni smart.

Faiqah: Jom kita jalan dulu..mana tahu ada yang lagi cantik.*sambil tarik tangan aku.

Kedai kasut ke-2.

Aku: Wah, faiqah faiqah kalau kasut ni?

Faiqah: Tihah.... 

Aku: Apa?

Faiqah: Kasut macam ni ko tak minat ke?*sambil tunjuk kasut yang agak girly.

Aku: Eii, tak nak lah. Perempuan sangat.

Faiqah: Haha, wei kau tu perempuan lah! Masalah betul budak ni.

Aku: Ala... tak macho la pakai kasut perempuan tu.

Faiqah: Suka hati ko lah. *malas nak layan.


Hahaha. Mesti faiqah fed up nak layan aku. Well, aku tak la macho pun, perasan je lebih ni. Dalam hati ada taman, kuat menangis pulak tu. Tapi sesetengah perkara tu kita kena jadi diri sendiri. As long apa yang kita buat tu tak langgar batas agama, it should be ok.

Jangan takut nak expressi diri, sebab setiap individu adalah berbeza. Perbezaan itu mewarnai kehidupan, bukan memisahkan sesama insan.

Eh kenapa dah melalut macam nak jadi motivator pulak? Haha, random betul aku ni. Haish.

Esok Isnin. Argh tak suka! 



Saturday, April 28, 2012

Chester See I love you!



In  love with this guy.
 He has beautiful voice ever! And macho giler. Plus funny. Dan handsome.
Hahaha, habis angau la fatihah. Pathetic.

But seriously he is freaking awesome!

 Currently all his song in my playlist.












Biasalah  aku memang slowpoke. Baru tahu kewujudan Chester See ni. (-_-')


Thursday, April 26, 2012

Stupidity



Aku 1: Weh fatihah kenapa kau naif sangat? Tak reti nak fikir ke pro kontra sesuatu benda?

Aku 2: Hah, memang aku tak fikir pun. Hati aku terus suka je.

Aku 1: Bodoh.

Aku 2: Kebodohan sesuatu perkara tu berpaksi kepada cara kau berfikir. Kalau perasaan suka dan benci boleh kau kawal, maka kau kata kau pandai? Bijak? 

Aku 1: Habis, justifikasi kau terhadap sesuatu kebodohan tu macam mana?

Aku 2: Aku..... 

Aku 1: Nah, kau pun masih belum temu jawapannya. Wake up la, biar kebenaran tu tampar kau, daripada kau terus telan pembohongan. 

Aku 2: Kau betul, tapi hati ini sakit.

Aku 1: Hati yang sakit boleh diubati. Jangan risau, jam yang rosak pun akan menunjukkan waktu yang tepat 2 kali sehari. Masa yang baik akan berlalu, begitu juga masa yang buruk. This bad moment will end. You just have to endure it. 

Aku 2:  I know. :')

Tuesday, April 24, 2012

Pilihan yang tepat.


Cantik kan?(>_<)

Ni bukan aku lukis. Aku beli lukisan kat pasar tani UPM.

Lukisan ni sama harga dengan choc cheese cake yang aku suka. Haha. Dilema betul nak beli either lukisan atau cake. At the end aku pujuk hati ketat2, sambil kata fatihah kau tengah DIET sekarang. 

Dan lukisan ni make my heart melt. I wonder why. Sebab suasana kampung kot. :)

Nanti nak framekan. Lalala.

*excited sangat kau fatihah. ;p

Monday, April 23, 2012

............

Bila mata terbukak pagi ini, aku harap perkara semalam hanya satu mimpi. But the truth is hurt, yang pergi takkan kembali. Maybe some of you kata aku exaggerate, aku terima.  Masa kucing aku mati 12 tahun yang lepas, macam ni jugak keadaannya. Siap aku ajak adik2 aku berjemaah menangis bersama.
2-3 hari nanti back to normal la kot. Semalam lepas call faiqah dan menangis macam budak kecik terus aku sakit kepala, dan tarik selimut cuba lena. Nasib baik aku tak mimpi yuka, kalau tak mahu pagi ni aku sambung balik buat air mata. 

Eh, kalau air mata boleh tukar jadi mutiara macam cerita dongeng tu dah kaya aku ni. Haha dah tak betul dah kau fatihah. Haish.


“Death ends a life, not a relationship.” 






I miss you already.


Yuka dah takde. Takde. Ya Allah, sedihnya! Aku tahan sebak je masa mak call tadi, dan sekarang aku rasa down gila. Nasib baik mati kat rumah, kalau kat bilik ni aku rasa dah banjir bilik ni.










Sometimes, we have to let go benda yang kita sayang. Ni baru hamster, kalau family members aku tak tahu la.

Kalau chubby? Ucop? Waaa..tetiba rasa nak balik rumah sekarang jugak.

:'(

R.I.P my dear yuka.


Sunday, April 22, 2012

Doraemon datang melawat.

Doraemon menjenguk diri balik tingkap. Beliau menggalas beg berwarna coklat, dan melompat masuk ke meja belajar tempat aku bertapa.

Doraemon: Hai!

Aku: Wehhh...doraemon kau buat apa kat sini?? Kau wujud rupanya! omg omg

Doraemon: Eh rileklah. Jangan excited sangat. Ni khayalan kau je.

Aku: Ohhh... no wonder kau pandai cakap melayu.

Doraemon: Aku dah saja melawat. Nah buah tangan.



Aku: Whoaaa... doraemon I love you!!!

Doraemon: Ye aku tahu. Haha. Lepas ni jangan tengok shin chan dah, tengok la cerita aku.

Aku: Hah? Tapi aku suka shin chan.

Doraemon: Kau nak ke tak sushi ni?

Aku: Eh nak nak..*sambil menyembunyikan komik shin chan bawah bantal. 

Doraemon: Sebelum aku pergi, kau ada permintaan?

Aku: Ala, kejapnya singgah... baiklah, aku nak kawin dengan lelaki jepun, boleh? Boleh makan sushi hari-hari.

Doraemon: Huk aloh. Kau jangan mengada boleh tak. Kalau nak makan sushi ni hari-hari kau belajar la buat sendiri. Kalau susah sangat, kau buat la sushi roti. Kacang je beb.

Aku: Ahh, kau yang suruh aku buat permintaan tadi. Huh!

Doraemon: Haha, aku saje test je. Ok aku pergi dulu.*doraemon ghaib

Aku:.........*sambung baca nota pertanian.


Friday, April 20, 2012

Just saying


Lebih baik sendirian, daripada bersama dengan orang yang salah.

eh annoying face tak jadi. (-_-')

Do you get it?
If yes, thank god. Stop asking me silly question.

I getting headache already. Seriously.

(-_-')

Monday, April 16, 2012

Once upon a time...


 Assalamualaikum bloggers! Dan juga kepada yang bukan bloggers yang suka skodeng blog aku ni. Haha. You know who you are.*bajet betul minah ni.;p

Lately, bila aku taip entry panjang2 yang tak berapa nak lengkap, mesti aku end up saving dalam draft. Dan ada 10 entry tak publish lagi.*sigh. I guess my writing and merepek skills sudah tumpul already.  Sorrylah waktu happy dan lapang sebegini memang susah aku nak hapdate. Tapi bila bizi nak mati dan jiwa penuh kesengsaraan rajin pulak jari jemari ini menaip. Ngee.
Tadi godek2 gambar lama dalam laptop ni, terjumpa gambar lama masa hantar adik aku paan ke asrama tahun lepas. Masa ni tak tukar kos lagi.  


Yaa, I know debab girl becoming fat girl on that time. Pipi tembam yang mahal tu. 

Balik kampung mesti kena bahan dengan sedara mara, I know I deserve the kutukan. Haha. Walaupun rasa nak ketuk sekor2 yang sesedap rasa membahan aku tuh. I mean it. 


Latest, gambar masa pergi times square meroyan dengan dayah, idati* the owner of hutan kabut, dan farid baru-baru ni. 



Susut la sikit. Kot. Ke korang tak nampak perbezaan langsung? Muahaha. Biarlah aku syok sendiri.
Lost 6 kg after semester 1.


Zoom sikit.
After 1 year.
Yes, pipi dan kurang sikit labuhnya. hahaha*gelak gaya shin chan. 



Maka aku boleh conclude biology badan diri sendiri, di mana 

Susah hati = Gain weight
Senang hati = Lost weight

Yup, aku jenis spesies yang akan senang gain weight bila hati dalam kesengsaraan. Stress make me eat more. Haha, but plus the other factors la kan. Lagipun sekarang aku banyak berjalan sebab kelas jauh antara satu sama lain, tak macam kat medic dulu, kelas 8 pagi sampai 5 petang dalam satu lecture hall je.


Masuk semester 2 ni, aku dah mula consume Herbalife. Pasal Herbalife ni entry lain la kot. Lost another 5 kg after 1 month. Latest picture, jeng jeng..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 






tadaa...
hahahaha... terus bertukar jadi baby adrina yang comel ni.

Gua takde gambar latest yang sopan nak letak lagi la beb. Tapi rasanya lebih kurang je dengan gambar masa gi times square tuh.











Gambar paling kurus yang aku ada. Around 50 kg kot.  . Muka pun sangat innocent. Susah nak percaya ini adalah aku. Like seriously?
Masa ni kat matrik changlun,dan ini antara zaman kegembiraan bagi aku. So jangan la tanya kenapa lepas masuk UPM boleh naik dengan mendadak. 


Maka aim sekarang kalau boleh nak weight macam kat matrik dulu. In progress. Amin.


ps/kalau pasal lost weight ni berani la aku buat entry kan, kalau dan makin debab tu aku dok senyap2 je. Kah kah kah.



Saturday, April 14, 2012

I am back!

Ohoi, gua dah sampai UPM beb! Cuti seminggu memang cuti habis la, blog jadi bersawang dan fb pun sempat bukak kejap2 je. Kat rumah susah nak dapat internet.

Well, cuti seminggu yang sangat heaven bagi aku, tetapi sekarang nak tampar diri sendiri berkali2 sebab banyak assignment tak siap lagi. Sila jangan ikut contoh teladan daripada kakak fatihah yang comel ini. Muahaha. Geli pulak.

Ok, till then. Chow.


Monday, April 2, 2012

Its A Trap!

Pada suatu malam yang dingin, aku cuba menyelesaikan assignment yang di beri oleh lecturer advance calculus. Soalannya begini:

Soalan mengenai differential of higher derivative.


Maka dengan menggunakan kefahaman aku ketika lecturer ajar, aku selesaikan seperti berikut.


Then aku sedar. Eh, kenapa pendek sangat solution ni?

.
.
.
.
.
.
.



Tak mungkin solution soalan ni sependek ini.

Maka aku mintak tolong coursemate ajarkan, dan aku email Dr Radz (demo kelas tutor) untuk lebih faham. 



Dan solution sebenarnya adalah seperti ini:


Sambungan solution ke next page.


Muahaha..amik ko. satu page lebih kot. Solution awal aku tak sampai suku muka surat pun. Standard la bila buat math kan, kalau senang sangat tu ada la yang tak kena.




Sunday, April 1, 2012

New interest.

Yeay dah habis test 1 yang kebabom ini. Legaa.... tak tahu kenapa aku rasa stress gila test kali ni. Dan soalan semua subjek semua nak bunuh aku. Macam mana dengan impian suci murni tinggi melangit nak dapat 4 flat sem ni kalau test 1 kantoi? haish..haip, merungut ye fatihah. Lempang kang.*monolog dalaman disertai  hembusan nafas perlahan-lahan.

Anyway,  lately aku dah discover beberapa hobi dan interest baru.

1) Aku dah mula berjoging balik. muahaha. tak percaya kan budak debab ni joging? baik kau percaya. Sebenarnya aku rajin gak la berjoging waktu semester 1 kat medic dulu, tapi bila dah makin bizi dan kemalasan melanda dengan dahsyat, maka aku dah stop. sejak itu badan naik seperti di pam2. well, i deserved it. Dah la masa tu asyik makan fast food je. Tapi bila dah tukar kos ni, selepas satu semester aku dah turun 6 kilo beb, akibat banyak berjalan dan takde duit. Current weight rahsia*hahaha malu lah. But honestly, aku dapat rasa stress aku berkurangan bila aku joging. Doa la semoga budak debab ni consistent dengan aktiviti baru yang bermanfaat ni. teehee.

2) Hobi seterusnya, bila aku jalan-jalan aku suka sangat2 pijak rumput kering yang rapuh. Macam tak betul je kan? Hahaha. Suka dengar bunyi daun tu kruk krak akibat pijakan aku. Sampai orang kat depan dan belakang aku waktu tengah berjalan tu pun pandang aku semacam. Yelah, dok pijak2 daun kering tu macam budak dapat mainan baru. (-_-')

3) Next, genre music aku dah beralih paksi 180 darjah. Ni akibat jatuh cinta dengan lagu Avenged Sevenfold yang aku dengar kat blog adik syafiqah yang comel ni. Terus aku suka semua lagu Avenged Sevenfold yang bagi aku agak ganas tu. Kalau sebelum ni, aku cukup pantang dengan lagu-lagu metal. Tapi manusia itu seperti pantai. Haha. Tapi aku boleh layan Avenged Sevenfold je la, group metal yang lain aku masih tak leh terima.




Haha ni lepas gian merepek kat blog sendiri selepas kepala penuh dengan info pasal hubungan etnik. 

Tak sabar nak balik, cepatlah hari khamis!!!!

Till then, bye. :D