Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, May 19, 2012

Cak bom bom

Budak ni sleep walking sampai ke times square. 
Believe it or not. Ngeh ngeh.





Tuesday, May 15, 2012

Senyum sokmo.

Kepala berdenyut-denyut, sebab stress agaknya. Takpun kurang minum air.

Everyone around you like a mirror, if you smile, they will smile back to you. Ok, pembetulan. Sesetengah manusia je yang akan senyum balik kat ko. Tapi hidup ini kena optimis, takpelah kalau mereka tak senyum pun, senyuman itu kan sedekah. You have nothing to lose.*optimis aku besertakan makian yang lembut. ;p

Aku ada 2 test, dan 1 presentation hari khamis ni. Serabut hati ini, seperti ikan yang sesat di ampaian. Eh ampaian? Ikan buat apa kat ampaian? Ah kau fatihah, mental betul.

Korang tahu tak, ok memang korang tak tahu sebab aku tak bagi tahu lagi. Haha. Aku pernah terfikir nak deactivate fesbuk, dan delete blog ni. Sebab sometime secara tak sedar, aku banyak bercerita personal life kat sini, dan aku agak kurang selesa bila someone yang aku tak suka baca blog ni. Aku pernah terfikir nak buat blog baru dan guna identiti anon. Pengecut kan aku? hahaha.

But, the real thing is aku rasa bodoh pulak bila fikir balik. Biarlah orang tu nak kata apa, aku bukan boleh block apa yang orang nak fikir. Lantaklah. Pergi mampus. Eh eh I mean pergi jalan.


Sunday, May 13, 2012

Every single day


Every single day

Yeah, sebenarnya aku yang tertekan ni. Mencik mencik.
Hahaha, bapak gedik.(-_-')


Thursday, May 10, 2012

Hate is strong word.

Hati aku akan jadi kecik sekeciknya bila someone yang berjanji dengan aku bagai nak rak, tetapi cancel kan janjinya dengan muka selamba pada saat-sat akhir. Without even say sorry. Just hoping I understand her or his reason even realize how important the promise for me.

Yeah, buat lah lagi. Patah kan lagi hati ni. 

Supaya aku jadi kuat, dan biasa berhadapan dengan peel manusia sebegini.



 


Wednesday, May 9, 2012

!@#$%^&*

Part 1

Dia: Tehah, kau dapat tak buat soalan tutor advanced calculus no 6 ni?

Aku: *semak jawapan. Tak sure. Jawapan aku salah ni.

Dia: Kau pergilah tanya demo.

Aku: Eh awat kau tak tanya sendiri?

Dia: Alah aku takut lah.

Aku: (-_-')


Part 2

Dia: Markah test kau berapa? Mesti tinggi kan? Yelah kau budak pandai. Rajin studi. bla bla bla

Aku: Cukup-cukup makan je markah aku.

Dia: Ala gi tau la. Mesti markah kau paling tinggi kan? Bagi tau la bagi tau la.

Aku: Pffft.




Ah kenapa aku emo sangat ni?

Tuesday, May 8, 2012

Roti Sushi.

Manusia yang rapat dengan aku tahu betapa aku gila akan sushi. Ye, aku suka gila makan sushi. Tapi aku tak tahu nama-nama untuk setiap jenis sushi yang wujud. Aaargh, tak kuasa aku nak amik tahu. Banyak kerja lagi yang aku kena buat daripada amik tahu jenis-jenis sushi yang wujud kat dunia ni. Yang penting rasa sushi tu sedap. haha.


Anyway, bila aku tahu kewujudan roti sushi, semangat aku berkobar-kobar nak buat benda alah ni mengalahkan semangat untuk mengorat lelaki yang hensem. Haha. Tapi serius, senang gila nak buat roti sushi ni. Aku je yang tak tahu. (-_-')

Maka masa balik rumah last weekend, aku mengajak along aku yang ohsem teman aku beli bahan-bahan yang diperlukan, dan upah sebagai driver aku membelikan beliau tempe 5 ringgit. Haha. Ini kisah benar.


Bahan-bahan nak buat roti sushi:


  1. sebarang jenis roti, aku guna gardenia.
  2. telur, berapa biji sukahati. haha fail betul kau nak bagi resepi.
  3. timun
  4. carrot
  5. sosej
  6. isi ketam, filament crab bahasa omputihnya
  7. mayonis
  8. seaweed
Resipi ni kawan aku yang bagi, except carrot tu aku tambah sendiri. Haha sukahati aku je.





seaweed. Kalau nak guna brand lain pun boleh. sedap dimakan begitu sahaja.
Adik aku dah rasmi dulu seaweed ni, bertuah punya adik!



Potong carrot, sosej, isi ketam dan timun secara horizontal. Haha, maksud aku secara panjang. Nanti kan nak gulung dengan roti. Potong agak2 panjang roti. Then masukkan sosej, isi ketam dan carrot tu dalam air mendidih sekali lalu. Jangan lama2 sangat nanti lembik. 

Telur korang campak ke dinding. Haha, tak lah. Telur tu korang goreng hancur.


Seaweed yang aku beli ni besar gedabak, maka aku patahkan seaweed ikut saiz roti. Sapu mayonis both side roti, then letak roti atas seaweed.


Susun bahan yang dah dipotong tadi  ikut firasat masing-masing atas roti. Then gulung dengan bersungguh-sungguh.


Potong roti yang telah digulung, agak2 sebesar sushi yang sebenar. Satu gulung tu aku potong kepada tiga. Part potong ni memang aku fail betul, habis seaweed tu bercerai-berai. Aaargh tension masa potong ni. 


Lepas tu susun cantik-cantik atas pinggan untuk amik gambar, then update dalam blog! Haha damn. 
Selekeh gila aku punya keje. Orang jarang masuk dapur macam ni lah. (T_T)



Lepas tu dah malas nak susun, campak-campak je atas pinggan. Mak aku tengok mengucap panjang sambil berkata, akak kamu ni nak buat kenduri ke? Boleh habis ke?




 Well, walaupun roti sushi tu serabai gila. tapi habis ok. Haha, abah, yana dan aku je yang dok pulun makan sebab mak tengah sakit gigi, dan along sibuk dengan tempenya.

Walaupun tak sesedap sushi sebenar, tapi bolehlah sebagai gantian bebila mengidam nak makan sushi.

p/s-  Nak belajar buat cheese cake pulak. Fulamak sejak bila pulak aku rajin ni? ;p