Blogroll

Monday, June 18, 2012

Perkongsian ilmu.

Sebagai manusia, ilmu yang kau dapat hari ini kau kena kongsi dengan manusia lain. Ilmu yang bermanfaatlah, jangan pulak kau kongsi ilmu nak merompak bank, itu cari pasal namanya.

Ok, berbicara pasal perkongsian ilmu ni, skop dia sangat luas. Meh dengar tips daripada budak yang tak berapa nak 4 flat ni.

Jangan sesekali kedekut untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang lain, terutama sekali bila waktu exam menghampiri mengcengkam jiwa lantas tertekan meronta-ronta. Amboi drama. (-_-') 
Sebab, teori mengatakan bila kau ajar orang lain pasal ilmu yang kau tahu, ilmu tu tak hilang ye wahai rakan-rakan sekalian, tetapi semakin melekat dalam otak. Bahasa mudahnya,. ajar orang lain adalah salah satu cara untuk buat kau lagi cepat ingat. But maybe tak praktikal bagi sesetengah orang. 

But, jangan lah sesekali kedekut ilmu nak mengajar kawan-kawan lain kurang paham. Bantu-membantu tu kan amalan mulia. Lepas ni adik-adik sekalian pakat-pakat cari geng buat studi group, dan amik part terangkan kepada kawan-kawan lain subjek yang korang paham. Trust me, discussion help a lot! Sambil belajar. dapat pulak eratkan silaturrahim. Cewah.

Eh, tapi waktu medic dulu tak pula daku praktikkan benda ni. Ngeh ngeh. 

Paper last hari jumaat nih. Lepas tu nak kawin. Eh tak lepas tu nak amik lesen. Apa ni lari tajuk. Bye. ;)

7 Orang Macho komen:

republic of CENDOL said...

kalu ko nak kawen jgn lupe jemput aku dah yerk..he33

Fatihah Mustapa said...

hahaha. woi, calon pun aku takde lagi. nak kawin macam mana nya. ;p

Pha Is said...

yg tersasul tu datang dari hati.. hahahah.. kalau dah asyik pikir nk kawin, kawin la yg terkeluar.. hehehehehe...

Fatihah Mustapa said...

hahaha, biasa lah naluri sebagai manusia normal. alah, ko pun sama. ;p

Pha Is said...

erk? hahaha.. ok, maknanya aku manusia normal la tuh.. hehehe

betapa besarnya influence "kahwin" sampai entry bertajuk "perkongsian ilmu" pon, komen just cakap pasai kawen ja.. hahahahaha

Fatihah Mustapa said...

aah kan. wei aku memang suka lari tajuk.

takpe, nanti aku buat satu entry baru, topik khas pasal kawin je. leh la kita berdebat atau berbincang kat entry tu. hahahaha.

BidadariBesi [SYAA] said...

akak dah habis exam belum ni?