Assalamualaikum.
SELAMAT HARI RAYA!!!*capslock menunjukkan aku menjerit sekuat hati.
Tak tak, aku bukan semangat sebenarnya. Raya tahun ni aku tension. Amboi kau fatihah first perenggan pun dah berterus terang dengan setulus hati.
Anyway. aku minta maaf banyak-banyak, seandainya sepanjang aku berblogging ni bahasa aku kesat, atau sape-sape yang baca terasa dengan kekesatan bahasa aku. Eh, ada ke perkataan kekesatan?
Raya tahun ni aku beraya kat Kedah, dan aku menaip entry ni secara lintas langsung dari Lunas, Kedah.
Internet kat sini laju gila b**i. Haip haip, bukan ke baru mintak maaf tadi? Muahaha. Aku minta maaf sekali lagi.
Kita cuba lagi sekali.
Internet kat sini laju sangat. Sepantas aku berlari ke dapur apabila mak panggil untuk makan nasik. Bila dah laju sangat, aku pun tak tahu nak buat apa. Asyik refresh page 9gag je. (-_-')
Selepas zuhur tadi, aku dengan bosan menggodek-godek gambar-gambar lama. Terpegun melihat kelabuhan pipi dan kebulatan diri sendiri, lalu disertai oleh ketawa berdekah-dekah si yana. Yana gelak lawan tokey. Memang melampau betul budak tu. Siap kau kejap lagi.
Apa, korang pun nak tengok?*perasan
Tengoklah. Tapi janji jangan gelak. Janji tau.*geli pulak taip macam tu.
Yang paling kanan. (o_o)
Yang paling belakang. *tepuk dahi
Eh, dah janji tak gelak kan?
Lengan kalau goreng sodap ni*kata mak aku
Baiklah. Gelak lah sepuas hati. Aku bagi can ni.
HAHAHAHAHAHA*tekan perutHAHAHAHA*guling-gulingHAHAHAHAHA*ketuk kepala yana sebab gelak lebih sangatHAHAHAHAHAH*minum air.
Dah2, nanti orang kata korang gila gelak sorang-sorang depan laptop.
Sekarang, aku nak tunjuk gambar ni pulak.
Nak gelak lagi tak? ;p
8 Orang Macho komen:
ok. aku tak gelak pon.. aku senyum je.. (n_n)
hahaha..ala, baiklah. biar aku gelak sorang.
nmpk jauh beza..:)
hehe.. harap2 leh maintain lah
Yang paling utama diminta maaf ialah ; guinea pig / hamster yang disedekahkan kpd kawan-kawan. Kesian. Apalah khabar berita semua tu ye?
sedekah pada kawan2? eh saya masih bela chubby dan ucop. guinea pig saya tak pernah saya bagi kat sape2 pun. mana encik dengar berita ni ye?
AKAK DAH KURUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!
Wahhhh! Makin cantiklahhh :D
dah kurus sikit je. hahaha. still nak kena turun byk lagi..hehe
Post a Comment