Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, January 22, 2013

Broken Heart

Mak: Akak, kawan kamu, Z tu dah beli kereta.

Aku: Owh..

Mak: Lawa kereta dia, myvi putih. Best la mak dia, senang nak gerak gi mana-mana.

Aku: Hurm

Mak: Anak dia amik degree 3 tahun je, dah dapat kerja kat Ipoh. Gaji boleh tahan, dah boleh tolong mak dia dah.

Aku:........*sambil merenung kosong tv depan mata

Mak: Harapkan akak, entah bila mak nak merasa.

Aku:......*Bangun masuk bilik.

Mak: Hah, mak cakap sikit masuk bilik. bla bla bla.

Aku: *tutup pintu bilik. Bukak 9gag.

Ah, benda macam nih membuatkan aku benci cuti lama2.

Sunday, January 20, 2013

Tuan Puteri

Assalamualaikum w.b.k

Dagu rasa panas sebab tadi potong cili api, lepas tu secara tak sengaja terpegang dagu sendiri. Mak aku kata, tangan aku ni tangan tuan puteri sebab sensitif sangat. Cili padi adalah paling pantang, sebab terkena sikit je tangan akan rasa pijar. :/ So kalau tolong mak, part buat sambal belacan bukan tugas aku lah. Cuma, disebabkan mak nak goreng bihun esok, aku gagahkan jua potong cili padi nak buat cili jeruk!

sumber: google

I love this!!!

Tapi dinasihatkan jangan makan selalu sebab tak elok untuk kesihatan perut ye pembaca sekalian. 

Hari tu pernah sekali aku tolong mak cucuk2 belimbing buluh, nak buat jeruk jugak. Sekali air buah belimbing tu terkena tangan aku, tumbuh bijik halus kat tangan. Ruam kot. Ah terus serik aku pas tuh sebab amik masa 2 hari kot nak baik. 



Next, abah aku kata ada kerja kosong kat pasaraya kat pekan Bidor. Well, nak mintak ke tak? Aku serik sikit nak kerja kat pasaraya nih. 

Hurm, alangkah bagusnya kalau aku boleh kerja kat kedai haiwan. It will be awesome! Tolong menggembala kambing pun boleh. Haha, i am so desperate.







Saturday, January 19, 2013

Cuti cuti cuti.

Assalamualaikum w.b.k

Wah, sudah genap seminggu aku bercuti. Ini adalah fasa menggemukkan badan dengan tidak sengaja. Huh. Setiap hari bangun tido dengan azam ''Aku akan diet mulai hari nih! '' Tapi 20 minutes after that tengok makanan atas meja sambil kata ''takpe esok masih ada'' Hahaha damn it fatihah.

Anyway, line internet laju gila. Ilmu yang baru aku dapat dari my sweet big brother waktu cuti nih, adalah ilmu mendownload movies.  Serius Along adalah sweet sebab selalu belanja makan burger. Hewhewhew. Eh wait that also spoil my diet! o_0

Serius weh, sebelum ni asyik meminta-minta ''weh ko ada movie baru tak?'' kat manusia yang aku jumpa. But now, i am proudly may download all the movies I want!!! Wuhu! 

Haha, crap. Aku dah habis download season 4 The Vampire Diaries sampai episode 10, and guess what? Like the other girls, I am totally in love with Damon.Yeah, kind of predicted am I? Damon serius seksi. His eyes! Tolong lah jangan pikir benda lain. Tapi tapi tapi, aku jugak in love with Klaus, the most sweetest villain has ever exist with his cute dimple!

Sementara tunggu episode 11, sekarang tengah download season 8 Supernatural, Gilmore Girl, and the list goes on..

Sorry for my bad writing, semenjak tengok The Vampire Diaries nih asyik nak speaking je. ;) Well. practice makes perfect right?

In the other hand, kewujudan internet yang super duper awesome nih membuatkan aku rasa makin malas nak cari kerja. Waargh, I need money! Dengan mak yang menggalakkan aku dok rumah je, macam mana nak dapat kerja nih?

Takpe, sementara nih tolong uruskan Telekung Zaifa dulu, hari Isnin nih nak gi highway cari kerja kat R&R Tapah. Wish me luck! First time nak masuk highway sejak dapat lesen nih. fuh.


Wah, aku memang random and full of repekan. Nak sambung tengok Supernatural. Adios!


Sunday, January 13, 2013

Assignment= Telekung Zaifa

My mom asked me to create website for her telekung business. Whoaa.. Feel like assignment MGM during holiday! Haha

Anyway, within a night i manage to do fb fanpage and blogspot for her. But  both still incomplete, because there a few post about the type of telekung not post yet.

After a few discussion, we have come out with company name TELEKUNG ZAIFA. It is awesome, right?
Zaifa is a word combination from Zaiton and Mustafa.

So, with besar hati*i dont know how to translate that  do visit our online website.















Aaaa, penat la speaking nih.Grammar berterabur. Damn.

Wednesday, January 9, 2013

23 23 23.

Officially 23.

Tahun ni aku buat experiment, di mana aku hide notification birthday aku kat fb, dan buat-buat tak tahu birthday aku hari semalam. Haha, buang tebiat. Tapi sebenarnya aku nak tengok sape yang betul2 ingat birthday aku. Kalau sebelum ni beratus yang wish kat fb, tapi tahun ni not even a single wallpost birthday pun yang aku dapat! Sedih kot.

Ternyata fb memang main peranan besar mengingatkan birtday setiap orang.

Tapi, pagi semalam one of my best friend since primary school, muza call wish birthday! Sungguh tak sangka aku ingat semua orang lupa. Semangat je dia call pagi2, dah la aku tengah tido lagi.. Jawap dalam keadaan mamai

"hah, oh birthday aku..ko ingat eh?thanks...ZzZzZ" sambung tidor.

Waima parents dan siblings aku pun tak ingat. Tapi tak kisah la sebab family aku tak sambut birthday sangat.Aku pun selalu terlupa birthday my bro..teett.

Bilangan yang wish boleh di kira dengan jari


  • Muza
  • Yan
  • Mimi
  • Ex housemate kat medic, najwa, faiqah, ama dan elida*serius terharu sebab lama tak jumpa diorang..:')
  • Zizie (floormate)
Thanks for the wishes. Alhamdulillah masih bernafas pada saat ni. This will be a great year insya Allah. :)




Conversation dengan dia.


Hahaha, macam apa je kan promote besday sendiri. Terus dia call kan.




So, perasaan pada usia 23? Dah tua beb. Tapi memang rezeki aku la kan setiap kali besday, mesti serentak dengan exam. So, di isi dengan perkara yang bermaanfaat iaitu melakukan revision untuk  statistik. Oh forgot to tell u, only one more paper left!!!!!!!!

Freedommmmmmmmm!!!!!!!!!!


Bye.

Saturday, January 5, 2013

Tilikan


Sesi perkenalan dengan keluarga angkat. Perbualan yang paling aku tak boleh lupa. Bapak angkat slang jawa. Eh, jowo. ;) Tapi aku tak ingat secara tepat slang beliau.


Bapak Kosnan: Bapak nak buat tilikan.

Aku: Tilikan apa bapak?

Bapak Kosnan: Ni tilikan semata-mata lah ye.*senyum

Kami menunggu.

Bapak Kosnan: Bapak rasa antara kamu berlima ni, yang paling cepat kawin anak ni.* sambil menunjuk kepada salah sorang anak angkat. Bukan aku.

Kami: Ohh....*cover gelak. 

Aku minum air.

Bapak Kosnan: Yang kedua cepat kawin, anak ni.* tepat jari ke arah aku

Aku: gulp*tersembur air

Haish...haha. Masin la mulut bapak kan. Rindu keluarga angkat. :')





Friday, January 4, 2013

Cant sleep.

Assalamualaikum w.b.k

Sebenarnya tadi dah off laptop, baring atas katil sambil update twitter. *perlu ke?  :p

Tapi tak boleh tido pulak sebab aku makan lewat sangat. Makan burger ayam cheese pukul 1 tadi. Kesian perut terpaksa bekerja keras malam buta sebegini*usap2 perut. Aku lapar sangat, terpaksa maafkan diri sendiri. Serius habis minggu studi week tak terkejut kalau berat naik. Asyik lapar je bila belajar dengan bersungguh-sungguh. Eh? Haha

So sekarang bangun on laptop, letak buku DE dan KB kat tepi. Update blog. Cuma aku tak tau nak cerita apa.

Okay, untuk membuang masa (sebab aku bukan boleh studi time macam ni) sementara menunggu makanan selesai dihadamkan, aku nak merepek sebentar.

Paper MGM(Asas Keusahawanan) 8.30 pm tadi best giler. Walaupun pada awalnya aku dok merapu kat twitter yang aku allergic membaca segala nota yang tertera, tapi alhamdulillah soalan tak la susah sangat. :) Memang rezeki aku kot, sebab sebelum masuk dewan exam tadi aku ada bincang sekali lalu dengan soleh kemungkinan soalan-soalan yang keluar. Tak sangka bukak je kertas soalan, 80% apa yang aku target keluar! Hah memang senyum depan soalan tu. Hehe.. Memang sehabisan aku menggoreng, sampaikan 2 jam aku rasa 2 minit je. Sedar2 eh, dah habis masa. Saya banyak lagi idea nih! *:/

Apa pun, aku bersyukur sangat boleh jawab, sebab aku tahu yang aku tak beri perhatian sangat kat subjek MGM nih. Aku banyak revise subjek math je. Ye, aku pilih kasih. You can say that.

Bukan apa, bila studi math aku rasa rilek sikit. Sambil studi, sambil tengok Merlin. Ops kantoi. Hak hak.

Aku boleh straight buat calculation selama 3 jam tanpa henti, dibandingkan aku hanya mampu baca(hafal) selama 30 minit. Yup, minah ni memang giler mengira. :o

Aku rasa jam 4 nanti baru aku boleh tidor. Adoi, menyesal nya makan lewat sangat! Baru target nak bangun awal esok. *sigh

note- semenjak ada twitter kemain lagi kau fatihah. Mentang2 tak ramai follow, macam2 aku merapu. Nak tulis kat fb tak boleh sebab banyak sedara mara sahabat handai. Hahaha. Jangan la diorang jumpa twitter aku. (-_-') Nanti tak leh merapu bukan2 dah..






Thursday, January 3, 2013

Pakcik Teksi.

Hooray!!Dah lepas satu paper, linear algebra petang tadi. Rasa gembira tu macam dah habis exam pulak. Hehe. Alhamdulillah boleh jawab smoothly..eh betul ke frasa tu? Gasaklah.

Okay, nak cerita pengalaman aku naik teksi baru2 ni.

So far sepanjang hidup aku kat UPM ni, kerap jugak lah aku amik teksi bila balik dari rumah ke UPM. Dari puduraya, aku naik lrt sampai station Sg. Besi. Dari situ aku akan amik teksi terus ke UPM Serdang. Nak jimat masa kononnya. Tapi duit pun melayang lah naik teksi kan. T_T

Nak dijadikan cerita, balik baru ni aku pun naik teksi macam biasa. Then, pakcik teksi yang bawak aku ni dalam lingkungan umur 40-an kot.

Biasanya kalau naik teksi, driver teksi yang aku jumpa selalunya agak ramah gak la. Tanya asal mana, amik kos apa, bla bla bla...

Tapi, driver teksi hari tu agak pelik sikit.

Driver Teksi: Adik orang mana? 
Aku: Perak. 
Driver Teksi: Perak kat mana? 
Aku: Bidor. 
Driver Teksi: Eh, sama lah kita. Saya orang Langkap
Aku: eh excited pulak Pakcik nih.*dalam hati. Berani ko nak cakap depan2? Haha
*perbualan dipendekkan. Sebab aku tak ingat. Banyak sangat formula Linear Algebra dalam kepala nih.*alasan. hehe

Driver Teksi: Adik dah makan? 
Aku: Dah
Driver Teksi: Alaaaa....baru ingat nak ajak adik gi makan
Aku: Err..
Masa ni dah sampai betul2 depan kolej kediaman aku.

Aku: Berapa tambang Encik? 
Driver Teksi: RM15. Nah ini kad saya 
Aku: *amik kad, terus hulur duit. 
Driver Teksi: Eh adik, saya dah bagi no tel tu, kalau nak kemana2 nanti telefon lah ye. Nak kemana2 pun saya boleh bawakkan.*memang ayat beliau sebijik 
Aku: Ok encik, terima kasih. 
Driver Teksi: Eh jap2. Saya dah bagi no tel ni, adik tak bagi no adik pun. Esok free? Jom lah saya bawak pergi makan
Aku: ........er.. Haha*gelak tak ikhlas 
Driver Teksi: Ketawa pulak dia. Saya serius nih. 
Aku: Ok, terima kasih encik.*sekali lagi. Amik barang tutup pintu teksi, lari masuk kolej.


Pergh, first time aku kena dengan pakcik teksi sebegini. Mulalah aku cuak naik teksi lagi lepas ni.

Kepada pembaca sekalian, berhati-hati lah naik teksi. Nasib baik aku dapat pakcik teksi yang terlebih ramah je. Ada sesetengah kes kat paper aku baca, yang siap kena bawak lari dan rogol pun ada. Ya Allah mintak simpang.

Kena cari pepper spray untuk keselamatan.


Ke nak bawak pisau rambo dalam beg? 
 
 


Tuesday, January 1, 2013

Hai 2013


Assalamualaikum w.b.k.

2013 diraikan dengan menggiatkan diri melakukan revision Linear Algerbra, Asas Keusahawanan dan Kemahiran Berfikir.

Ulang kaji di selang seli dengan komik lawak kampus, facebook dan youtube.

Dang!!!



Budak-budak sekarang advance sungguh eh? Hari ni adik aku yana, mengadu kat aku yang some of her friend menggugut dia kalau yana ni tak terima cinta dia, dia nak hack fb adik aku. Kah kah kah. Bengong je aku rasa. Mengarut sungguh. Masalahnya adik aku dan budak lelaki baru 12 tahun kot. UPSR pun tak lepas lagi. Apa kes?

Aku dah suruh adik aku block budak tu dan tolonglah cari kawan sejantina. Tak payah nak bercinta bagai. Aku 12 tahun sibuk main batu seremban lagi, ni aku tgk adik aku tu melekat je dengan handset. Padan la pun. (-_-'). Makin mencabar ye jadi ibubapa zaman sekarang nih.

Dan tak pasal2 aku jadi kaunseling cinta tak bertauliah. !@#$%^



Ok topik lain. Sejak kehilangan susu kotak besar hari tu, ni la jalan penyelesaian aku. Beli stok susu kecik byk2! Ngee..



Rasa bahagia dapat breakfast mcm ni. Macam kanak2 ribena. Hik hik.
Bye.