Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, March 1, 2015

Perubahan waktu mengandung.

Assalamualaikum.

Eh tak tak, aku tak beranak sepuluh lagi. Muahahaha. Tetiba up entry baru kan.. ;p

Nah kita belanja sikit gambar baby.





Semua kata ikut muka walid dia. Haish takkan takde muka ibu langsung kot?





Reason utama sebab rajin dok belek blog ni sebab sekarang tengah amik cuti panjang, dan hubby pulak tengah kerja. So goyang2 kaki jelah kat rumah sambil membesarkan badan. Eh? Tapi sesungguhnya aku rindu gilaaaaa nak masuk kelas. Tiap-tiap hari tengok je folder fyp (final year project) dengan perasaan bercampur baur. :(  Pujuk hati kuat2, takpela berkorban demi baby. Lagipun sekejap je. Bulan 9 nanti sambung studi balik. Lambat la aku grad. T_T

Aku perasan waktu preggy ni banyak gila perubahan. Yelah pembawakan budak kan. Ni haaa aku listkan untuk ingatan sendiri pada masa depan. Korang nak buat rujukan pun boleh kot? (haha motip sangat sapela nak buat rujukan) Tapi ni pengalaman aku jelah, jangan jadikan rujukan scientific fact pulak.
  • Alhamdulillah aku takde alahan langsung waktu first trimester dulu. Tiada muntah langsung, cuma loya sikit-sikit. Cuma, selera makan dari awal mengandung sampai sekarang sangat kurang, tak boleh nak makan banyak macam sebelum preggy dulu. Aku paksakan diri makan jugak, biar sikit tapi kerap. Risau baby kelaparan. Ada la jugak teringin nak makan makanan tu makanan ni, tapi kalau tak dapat pun takde la sampai aku buat drama air mata ke apa. HAHA. Hubby kerja jauh, so agaknya mindset aku ni latih diri sendiri jangan dok mengidam benda pelik-pelik sangat, nanti takut menyusahkan orang lain. Susahkan hubby sendiri takpe. Wakaka. So baby kita tunggu walid balik baru mengada mintak macam-macam ok? Hihi
  • Eh tapi berat badan tetap naik dengan jayanya. Jangan risau. (kena ke bagitau? Haha siot)
  •  AIS. Suka pepak ais. Pepak atau term lainnya, kunyah. Rasa macam keropok yang sejuk lalu kat tekak, sampai ke perut lalu baby menendang-nendang keriangan. Makan ais banyak effect pape tak waktu preggy? *gulp
  • Emosi tak stabil. Haha normal la. Even kalau tak mengandung pun, tiba time of the month tu pun rasa nak mengamuk jugak. Perempuan kan. Kaum lelaki kat luar sana sila lah cuba memahami. ;p Benda-benda kecik pun nak emosi lebih. Tengok drama angin syurga pun rasa emosi sebab geram kenapa kaklong tu baik sangat. Tolonglah garang sikit. Geram tau tak. Haha. (Tapi kaum hawa sekalian, emosi macam mana pun, cubalah control. Jangan ikut hati sangat.  Ikut hati mati, ikut perut gemuk)
  • Kuat tido. Hoho.Pantang baring sikit nak terlelap. Risau jugak sebab orang tua-tua kata nanti payah nak bersalin. Tapi acane asyik penat je...tu yang rasa nak tido je.
  • Panas panas panas. Tapi maybe sebab cuaca panas sama sekarang. Rasa nak migrate ke negara bersalji sekejap, pas bersalin nanti balik la Malaysia balik, boleh? -_-'
Kena tukar la bahasa blog ni, dok rasa macam anak dara lagi. Padahal dah nak jadi mak orang dah. Nanti anak2 baca, mesti kata amboi bahasa mak aku ni leh tahan jugak rempitnya. Bahaha.

Bye.