Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, September 17, 2011

Chubby dan ucop~ Outdoor time!

Lately rasa nak hentak-hentak je kepala kat laptop ni sebab ketandusan idea nak update blog pasal apa. Ini serius. Asyik cerita pasal aku je, walaupun blog ni tajuk cerita pasal aku, tapi kalau diceritakan semua, apa yang aku nak simpan untuk diri sendiri. Tak semua benda kita leh cerita kat dunia maya ni.

So, untuk menghilang ketandusan idea yang melampau, aku rasa macam nak share gambar anak-anak aku kat sini. Aku dalam proses nak buat guinea pig stories macam sebelum ni, tapi amik masa la kan sebab aku pun berebut nak uruskan hidup aku jugak. Hehe. Makanya, korang layan la gambar chubby dan ucop ni dulu. Ada beberapa gambar yang aku dah letak kat fb. Zass zass zass, layan..*kau ingat melodi ke fatihah?haha



Play pan ni aku buat sendiri tau. Menggunakan bahan  dawai2 yang terbiar kat belakang rumah. Nak bangga pun tak layak sebab play pan tu selekeh gila. haha. Buat cukup syarat je.

Bebudak ni memang suka main dalam ni. Melompat2 suka tiap kali keluar main atas rumput ni. Kata mereka, sambil  main boleh makan rumput.




Chubby hidung besar. 
hidung besar dari tepi.

serius budak ni kuat makan. lagi kuat makan dari chubby yang debab tu.

sikit hari lagi sama besar dengan chubby la dak ucop ni.

Kau tengok sape yang tersesat masuk sekali dalam play  pan chubby dan ucop ni.

Oh, adik aku rupanya.(-_-')

Chubby dan ucop: Aaargh, kami terpenjara la mama.Bebaskan kami. 
Aku: Ah dramatik la korang. Makan je rumput tu.

Aku: Ucop termenung apa tu?
Ucop: Ucop memikirkan masa depan ucop. Bila ucop boleh jumpa selena gomez?
Aku: (-_-')

posing manja dari chubby 
Posing seksi dari ucop

alala comelnya anak mama kongsi makanan.. xD


Sebenarnya gambar2 ni dah lama. Semua gambar ni masa bulan puasa lepas. After habis tolong mak aku masak untuk bukak puasa dalam jam 6.30 petang, aku cepat-cepat amik budak 2 ekor ni bawak main kat laman tepi rumah. Kalau tak kesian asyik terkurung je.  Lagipun diorang suka makan rumput2 kat situ.Then terhasil lah gambar ni sambil bertemankan nyamuk serta bertepuk tampar dengan mesra dengan nyamuk2 berkenaan (-_-’).

Ok, semoga tido dibuai mimpi indah bloggers sekalian. Chow.




Friday, September 16, 2011

Lets change our habits& follow the sunnah


sumber: tumblr

Title-less. Haha.

Sekarang perut tengah penuh dengan makanan. Aku pun tak tahu kemanakah azam diet aku telah dicampak? Haha. The real thing is, aku kat rumah sepupu aku, tengah attend open house. Faham-faham jelah, kalau dah nama open house tu, makanan tersangatlah banyak. Dan aku pun termakan makanan yang tersangat banyak itu. Gulp. Baru hilang beberapa kg last week sebab banyak jalan pergi kelas, hari ni gain balik kg2 tersebut. Ah, lantaklah.



Hari ni first time makan apam polka dot yang comel nikat open house rumah sepupu aku ni, tersangatlah sedap! Haha excited lak bagi tahu. Serius sedap. Aku bukan peminat apam pun, tapi apam polka dot ni sangat menarik perhatian dan rasanya pun nyum nyum menyelerakan!

********

Berakhir sudah minggu pertama sem baru ni. Eh, baru first week. Gaya cakap macam dah habis satu sem je. Haha. Aku sangat suka dengan apa yang aku belajar. Untuk sem ni aku amik calculus dan algebra. 2 kecintaan aku tu.

Dan yang tak berapa bestnya, disebabkan aku fail exam medic sebelum ni, aku kena ulang amik subjek universiti seperti titas, kenegaraan, english, bla bla...fuh, again. Dan tidak dilupakan kokurikulum. Rasa macam azab je nak amik balik semua subjek tu. Aku tak boleh nak buat pengecualian kursus, sebab kat sini kalau gagal subjek utama macam medic, dikira gagal SEMUA. Diulangi, SEMUA.

image

Tapi, aku mengingatkan diri aku berulang kali, marilah kita memandang hal ini dari sudut yang positif. At least aku boleh baiki result aku balik untuk subjek universiti tu, sebab sem ni aku target 4.00. 

Oh yaa, minggu ni gak buat record peribadi sendiri, sebab selain berat yang hilang akibat berjalan kaki secara berlebihan, kasut aku yang baru beli tu pun dah jahanam. Sadis melihat kasut terbabit sudah lingkup dengan bergayanya. Dah la beli masa tengah sale....

image

Takpelah, dah takde rezeki.*memujuk hati sendiri..


Lepas ni nak beli kasut macam nilah, baru tahan lasak dan dan tahan berat badan aku ni...MySpace


Oklah, nak pergi sambung makan apam polka dot. Bye.