Blogroll

Tuesday, November 6, 2012

Segmen : 6 perkara tentang aku

Walah, dah siap assignment kemahiran berfikir yang mengambil masa aku dari sabtu lepas sampai jam 1. 47 pagi tadi. phew.. Aku terpaksa tangguhkan revision subject differential equation, algebra linear yang ku sayang, dan statistic&probability semata-mata untuk assignment kemahiran berfikir nih. Dr Shima, tolong lah bagi full mark kat saya berikutan menjadi part time zombie selama beberapa hari nih. *buat mata kucing. haha

Mata dah layu, tangan dah longlai. Tapi aku nak menaip jugak setelah genap sebulan blog tak update. (-_-)

Oh ya, sebenarnya saje nak jawab tag pha is, setelah aku menyemak kat wall dia mengadu tak idea nak update blog. Well, sebenarnya idea tu ade je 24 jam sehari, tapi kuncinya di sini adalah KEMALASAN nak menaip yang sangat melampau.



Sebelum merepek diteruskan dengan lebih lanjut, nah 6 perkara pasal aku. Err, more kepada 6 perkara yang terbaru pasal aku kot. Kih kih.


  • Manusia yang baru kenal aku akan kata aku pendiam, skema, serius, bla bla... tapi diorang akan rasa tertipu dan bertukar persepsi 180 darjah setelah kenal aku dengan lebih rapat. Haha, aku tak salah wei. Aku tak leh halang apa orang nak fikir pasal aku. Aku pulak suka buat muka ketat kat orang yang aku baru kenal, yelah tak kan tetiba nak mesra alam pulak kan. Rasa macam misteri bila buat macam tu. KAH KAH. Tak tak, aku mengarut je. Bukan misteri, tapi aku takut nak mesra alam sangat, sebab aku akan tengok dulu orang tu macam mana before aku decide nak rapat or open mind dengan dia. 
  • Oh yaa, seminggu ni aku jadi OBSES kira kalori makanan yang aku makan. Seronok weh, tambahan aku suka kira-kira ni. Mathematics is my soul you know. Hehe. Anyway,  aku jadi concern sebab aku nak turunkan lagi berat ke 45 kg, my weight goal. Which is a long journey to go. Aku dengan semangatnya dah beli ebook Kevin Zahri dan dah khatam baca 3394483 kali dalam masa seminggu. Ye, time buat assignment kemahiran berfikir aku curi-curi baca ebook Panduan Kurangkan 5kg dalam masa 5 minggu. Haha, dan semangatnya aku ajar orang sekeliling aku kira kalori makanan diorang sekali. :p
  • Err, apa lagi eh? Aku tak sabar nak balik rumah sabtu ni, sempena cuti midsem seminggu! Tengah counting sambil campak barang dalam beg balik kampung. Tapi hari ni baru hari rabu. Cepatlah jadi hari sabtu :(
  • Mak aku cakap, walaupun aku nampak keras dan agak kasar dari luar, tapi sebenarnya aku mempunyai hati yang sangat lembut dan senang dipujuk. Ye, jangan risau, aku pun geli macam korang jjugak dengar statement dari mulut mak aku. Tapi apa yang mak cakap tak leh bangkang kan, nanti jadi anak derhaka. So kita accept je lah statement ni, ok? (-_-')
  • Baru-baru ni aku masuk gua tempurung. BEST GILA WEH! Eh, aku patut buat satu entry pasal tu. Tulis kat sini kang jadi karangan cecah lantai pulak.
  • Last but not least, dalam masa sebulan ni aku perasan aku kerap sangat sakit kepala. Sakit yang macam berdenyut-denyut macam nak pecah lantas aku akan baring sambil tekup kepala dengan bantal. Dan akan end up bangun mintak panadol kat rumate. Bila sakit, aku tak leh studi langsung. :'( Bila cerita kat facebook, kena tegur dengan member sebab kerap amik panadol. Tapi nak buat macam mana, bila makan panadol tu baru aku boleh tido. Kalau boleh hilang dengan hantuk kepala kat dinding, dah lama aku buat. Tapi aku tak berani, aku hantuk kat tilam je. Haha. Waa, malasnya nak jumpa doktor. Eh, jangan-jangan aku kena migrain kot? Pha is sila jawap. 
Nak tag sape ni? Nak tag adik syafiqah dia tengah exam SPM. Tak baik kacau dia. Hehe. Ah, sape2 yang terbaca ni dan rajin, andalah orang bertuah di tag oleh saya! Bangga tak? ;)

Mak, dah pukul 2.25 pagi!!! Esok kelas kul 8 pagi. Matilah eden. Chow.

9 Orang Macho komen:

abdooss said...

Ok dik,, semoga cepat baik! Jumpa doktor lah ye?

Pha Is said...

nk turun sampai 45kg? hmpir sparuh berat badan aku kot.. pergh, siap BELI ebook lagi.. smangat ko...

pasal migraine tu, err... err.. ala, ko kan mantan medic... pandai2 la cari jawapan sndiri.. hahah

kinara kinatara said...

wah..thanks sudi join..huhu:)


wah..budak math samelah kita..heyuuuw..huhu..

kina suka aktiviti lasak..

pening kepala 2 macam sama ja ngan kina..n i have migrain...
jadi gn jumpa doctor ya ayaunk..huhu..jangan biarkan lelama nanti melarat pulak..

thanks sekali lagi sebab sudi join taw..:)

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,chat box pakjoe x kira k hihihihi :P http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Misya said...

Hi dear! Wah best entri ni! ^^ Jom singgah saya pula.. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/me-as-gypsy-girl-in-urban-street.html

BidadariBesi [SYAA] said...

Kak, tengok ni :P --> http://ilhamdarilangit.blogspot.com/2012/11/segmen-6-perkara-tentang-aku.html

ELFarahin said...

Assalamualaikum. Morning. Follow here :)

Unknown said...

dtg dri segmen yg sama...selamat berkenalan...^_^

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

dr segmen yg same,,

nmbo satu tu kite samelah,,xknal maka xcinta kan,heheh