Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, October 27, 2011


For every beauty there is an eye somewhere to see it.

For every truth there is an ear somewhere to hear it.

For every love there is a heart somewhere to receive it.
















edisi buang tebiat.
sekian


Wednesday, October 19, 2011

Sebab aku tak cantik, so aku takde perasaan?

Assalamualaikum. Mesti ramai dah tengok video ni kan?

bukan semua cantik subjektif.




Well, sape tak kenal matluthfi ni, aku tak tahu la. Maybe korang baru sedar dari koma yang panjang.*joke

image
video tu serius kelakar. :D

Ok, apa yang aku nak luahkan ni ada kena mengena sedikit la dengan apa yang matluthfi cakap. Mungkin dari sudut yang berbeza, tetapi fokusnya still sama.

Cantik. Bukan aku. Tak bermaksud aku tak bersyukur. Alhamdulillah, Allah dah cipta setiap hamba-Nya dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kau tak cantik, maybe kau pandai. Kalau kau tak pandai, maybe kau cantik. Eh, itu perumpamaan je lah, tak semestinya satu fakta. Ade je yang cantik tapi pandai. Macam aku, tak cantik, tapi tak la pandai sangat. Haha.

image
Aku tak cantik, tapi comel.macam teletubbies ni.
Aku tak tipu sebab ex-housemate aku, faiqah suka compare aku dengan menatang ni.. demm..haha.


Bila dah masuk kos baru ni, aku dapat ramai kawan. Kawan perempuan lah. Aku susah gile kot nak cakap dengan lelaki secara berdepan, kecuali kalau memang dah kenal rapat atau ada hal2 yang tidak dapat dielakkan.  Ini bukan masuk bakul angkat sendiri ok. Aku memang ada problem communication sikit dengan kawan yang lain jantina ni. Mak aku pun cakap macam tu. Tapi kalau dalam facebook lain la pulak ceritanya. Haha. 

Dan salah seorang kawan perempuan aku ni memang cantik gile + baik. Dia satu kelas tutorial math dengan aku. 

Nak dijadikan cerita, dalam kelas tutorial math ni, tutor yang mengajar akan emailkan jawapan kat wakil kelas after discussion. Dan wakil kelas tutorial aku ni seorang lelaki.Lets call him mamat(bukan nama sebenar). Kerja dia after dah dapat email jawapan tu, dia akan forward jawapan tu kepada rakan kelas yang lain. Yang membuat aku rasa ralat sangat la kan, aku tak dapat email jawapan tu.Berjanggut aku menunggu. Finelah, mungkin email yahoo aku tu ade problem. Kita kena berprasangka positif ye dak? Ehemm.. 

Tapi, bila aku masuk kelas, alih2 aku tengok kawan aku yang cantik ni dah ada salinan lengkap jawapan tutorial tersebut.  
image
musykil.

Tanpa berlengah, aku pun tanya kat kawan aku yang cantik ni;

Aku: Eh, mana ko dapat skema jawapan ni? Aku tak dapat email pun.

Kawan aku yang cantik: Mamat tolong fotostat untuk aku.

Ok, takpe lagi. Maybe aku lambat dapat info. Maybe sebab aku tak rapat sangat dengan diorang, aku tak tahu mamat tu dah print out kertas jawapan tutorial tu, dan dah distribute kat hampir semua student dalam kelas tu. Fine.

Then, aku pun face-to-face dengan mamat ni,(ala, benda mamat ni dok kat belakang aku je, toleh belakang je lah kalau nak bercakap dengan dia..haha) nak tanya pasal jawapan tutorial berkenaan.

Aku: Eh, ko dah email eh jawapan tutorial yang ni kat semua orang?

Mamat: Aaah.

Aku: Tapi aku tak dapat pun.

Mamat: Mana aku tahu. Ko tak bukak email ke? Kalau ko bukak adalah, kalau tak bukak takde.

Aku: Aku check everyday kot.Serius takde.

Mamat : Ntah.

Notis: Mamat ni bercakap dengan nada yang tidak endah, poyo dan annoying.

Aku: ............ ok.

Demm. Aku bengang gila kot. Ade gak orang yang ade masalah komunikasi gini. Ok, sabar lagi. Maybe dia memang camni kot dengan perempuan. Aku pun tawar hati nak mintak dia emailkan kat aku sekali lagi.

Dan beberapa detik lepas itu, mamat ni tegur kawan aku yang cantik ni.

Mamat tu: Eh (nama dirahsiakan), macam mana soalan yang bla bla..

Kawan aku yang cantik: Oh, kalau  soalan tu, bla bla...

FYI, masa dia cakap dengan kawan aku yang cantik ni suara dia time tu punya lah lembut, sopan-santun, intonasi yang betul, penuh prihatin dan pitch yang tepat. 

Hahaha, habis sarkastik kau fatihah.


image

Korang agak apa yang aku rasa time tu? 


Aku rasa MARAH. Aku rasa aku dah bercakap secara baik dengan mamat tu. Aku tak marah pun sebab tak dapat email tu. So, kenapa ade diskriminasi pulak?  I don't get it. Kenapa dengan yang cantik, kau boleh je cakap elok2? Dengan aku nak tak nak je.

Aku tak kisah kalau secara semulajadinya mamat tu memang payah nak cakap dengan perempuan, tapi dia boleh je cakap dengan kawan aku tu elok2. Maybe la diorang dah lama kenal, tak pun dia adore kawanm aku tu. Fine lah. Tapi aku ni patung ke?

Maybe benda ni takde hal lah bagi sesetengah pihak, tapi aku cukup alert dengan hal macam ni. Sebab aku mengaku awal2, memang aku sensitif. Tapi sensitif aku bertempat.

image
whatever la kan.

Dan kesimpulannya, aku nak bagi email aku terus kat tutor math tu. Kalau ade jawapan mintak dia emailkan ke mamat tu dan aku sekali. Tak payah nak berharap kat sape2. 

Aku pun tak sakit hati, dan riang ria rasa.
The End.


sumber gambar dicedok dari tumblr. sekian.

Friday, October 14, 2011

Random thing.

Waa, dah seminggu ye? Seminggu pindah masuk ke kolej baru.

Aku tengah ade test 1 sekarang, so kena fokus! Ecece, semangat!  Masuk bakul motor start sendiri. Pakai starter la katakan. Senang. Tapi waktu kecik-kecik dulu memang muat masuk bakul motor tu, tapi sekarang... jangan jawap.

Wei, melalut pulak kau fatihah. Haha.

Kat mana tadi? Oh ye, baru seminggu kat kolej ni. Aku rasa semua penghuni kat sini ok, dan alhamdulillah sangat2 aku dapat rumate yang sangat best. Faiqah, ini bukan bermaksud aku curang, ok? Haha. Kat kolej baru ni agak aktif sikit la. But thats not a big deal. :)

Oh ya, inilah bilik baru aku.


Cantikk kan?





Haha, hidup2 kena tipu kalau korang percaya. ;p
Takdelah cantik macam ni, ini dah macam bilik sendiri namanya.

Bercakap pasal bilik baru ni, nak dibandingkan dengan bilik kat kolej dulu, perbezaan ketara adalah dari segi saiz loker. Serius aku nak bagi tahu loker kat sini 2 kali ganda LEBIH BESAR daripada loker lama. BESAR, ok. Well, dah nama perempuan kan, so agak excited di situ. 1st time aku tengok loker tu, aku cakap kat mak aku,

Aku: Mak, akak pun muat masuk dalam ni. 
Mak: Eh, mak pun muat la.. jom kita masuk secara berjemaah.

Eh tak, mestilah mak aku bergurau. Gila roboh loker tu kalau kitaorang masuk. Haha. Memang takde keje.




But the things is, aku sangat rindukan ex-housemate aku sekarang. Serius. *sambik kesat hingus. Tak tahu kenapa, maybe ini dinamakan ex-housemate sick. Haha, memandai cipta istilah sendiri. Anyway, i will pass this phase. Just need to be strong.

Hari jumaat depan dah boleh balik rumah. Cuti midsem seminggu. Hip hip hooray!