Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, December 1, 2012

Sweet Dream.

Semalam aku bermimpi aku curi-curi bela anak kucing kat kolej kediaman aku ni. Aku rescue kucing ni dari monster yang aku tak ingat dalam mimpi tu. Tapi serius monster tu menakutkan!


Anak kucing tu sebijik macam ni. Aku siap main, tidor dan mandikan beliau dalam mimpi tu.

Then, bila bangun pagi ni aku kecewa gila! Sebab aku ingatkan betul-betul aku bela anak kucing.Tapi mimpi semata-mata. Waaaaaa. :'( Aku tak nak bangun dari mimpi tu boleh?

Dan sekarang aku tak sihat, macam nak demam. Adakah ini akibat kekecewaan yang tragis? Hahaha. Dramatik betul.Tapi serius aku tak sihat.

Dan assignment berlambak-lambak.*sigh


Thursday, November 29, 2012

Nomnomnomnom


 Model: Ucop Ventimiglia dan Chubby Cruise



Gerakan perlahan chubby dan ucop bila nampak rumput yang aku petik/cabut. Serbu!!! Kata mereka berdua.

Seluar penuh dengan cat. Ni masa cat rumah waktu cuti midsem lepas. Chubby makin chubby kan? :D

nomnomnom

nomnomnomnom

nomnomnom
*hahaha dah tak tahu nak letak caption apa. 

Bibir chubby cekci! 


And lastly, entry di taip dengan memakai shawl terbaru dan terhangat di pasaran. Sila dapatkan segera.

Muahahaha. kantoi katil penyidai loker berselerak!
 Macam mana nak jadi bini orang nih. (-_-')


Random gila entry nih. Dari budak 2 ekor tu nomnomnom ke bilik aku yang serabut. ;p

Bye.






Monday, November 26, 2012

Susu kotak yang hilang.

Assalamualaikum.

Hai hei hoi.

Hehe. 

Setelah beberapa hari beremuk rendam, hari ini aku rejoice! Haip, bukan rejoice syampo tu. Rejoice di sini bererti aku bergembira riang ria seperti burung terbang di awangan. I feel like i want to dance. Cewah.

Pencetus perasaan gembira ini berikutan markah test 2 Diffferential Equation(DE) yang sangat memberangsangkan! Hehe. Rasa berbaloi gila mengorbankan cuti midsem aku selama 3 hari semata-mata untuk studi DE dan statistik minggu lepas. :DDDDDD

U feel my excitement? *wink




Walaubagaimanapun, kegembiraan ini dibunuh apabila susu kotak yang aku baru beli petang tadi hilang lesap tanpa khabar berita. Weh, tak kelakar!

susu kotak yang besar pulak tu! kalau kecik aku tak la ralat sangat.

Macam ni ceritanya.

Pagi tadi selepas kelas DE, aku beli susu kotak ni dengan niat untuk di makan waktu breakfast bersama dengan fitness cereal aku yang masih berbaki separuh. Di bilik, kira-kira pukul 5 pm aku simpan susu ni frezer bertempat di pantry. Dah siap label dengan nama, no bilik dan tarikh pembelian. Nak di jadikan cerita, malam ni susu tu dah hilang! Aku tak buka lagi weh! Sakit pulak hati kita ni.

Fyi, ni bukan kes kecurian pertama kat floor aku ni. Dah banyak kali dah. Aku tak berani la nak tuduh sesiapa, tapi kepada yang amik tu, 

AKU TAK HALALKAN SELAGI KAU TAK MINTA MAAF KAT AKU!

Serius, makanan curi ni jadi darah daging kot. Tak takut ke balasan Allah?*sigh

Emo pulak malam-malam buta ni. Aku sedih tak leh breakfast dengan fitness cereal esok. :( Macam mana nak hadapi hari mendatang tanpa sarapan yang berkhasiat? Waaa...

Hahaha. Rasa lawak pulak. Dah la, aku nak tido. Mungkin esok redha la kot rasa marah+sedih ni.