Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, January 31, 2011

Aku nampak Encik Ben! Korang tak nampak...ngee.

Pagi-pagi tadi aku bangun, dan tersenyum lebar.
Hehehe... Aku nampak Encik Ben!
Sebelum tu, jap jap..Jangan salah sangka pulak. Aku bukan nampak face to face, tapi nampak dia add aku je. Kah kah kah.MySpace


Encik Ben add aku!!! Rasa macam berbunga-bunga pulak..hahahahaha


klik gambar untuk menjadi montel


Okeh okeh, serius. Tak de lah berbunga, excited je. Aku dah beberapa kali try add Encik Ben ni, tapi tak boleh sebab friend request dia banyak sangat. So bila beliau sendiri yang add aku, excited la jap..Ngeee....

Eh, excited lama jugak sebenarnya..ni masih excited lagi ni.;p

Okeh, maybe korang nak kata ape hal minah ni, itu pun nak kecoh?

Hohoho...aku bukan nak heboh, cuma menzahirkan kegembiraan aku je. Dan bila nak menzahirkan kegembiraan kegembiraan aku terpaksa la kecoh. Eh, nape semacam je ayat ni?

MySpace
Aaaarghh, abaikan.


Oh ya, hari ini mahu berangkat pulang ke rumah. Yeaay!!!!
Doakan aku selamat sampai okeh.
x)

Daaa~~~

Cara meredakan stress yang sangat berkesan.

Assalamualaikum.

Aku tension. Korang?

Tension gak?

Jangan risau, aku ada penyelesaiannya.

Ianya tidak memerlukan anda membunuh manusia atau menghentakkan kepala.

Hanya klik video di bawah, dan senyum bersama.

Nak ketawa kah kah kah pun boleh juga




Dah senyum?

Dah ketawa?

Belum?

Okeh, mari tengok video lagi.


Baiklah, aku sudah sakit perut. Sakit perut ketawa.

Sudah tidak tension lagi. Hip hip hooray!!!(macam kanak-kanak ribena)

Okeh, daa~~

Thursday, January 27, 2011

Saja nak update.


Assalamualaikum.

Aku tak sabar nak balik rumah. Yup, walaupun aku tak menyambut tahun baru cina, tapi aku nak balik jugak. 2 minggu kat sini bagaikan 2 sem..fuh(tiup rambut di dahi)

Semalam selepas hantar proposal research, aku dan housemate keluar ke Mines. Keluar melepaskan tension. Ceh, baru 1st draft proposal dah pening. Next week kena present proposal depan doktor, tapi kita lupakan perkara tu dulu buat masa ni.



Tiba di mines, destinasi ke-2 adalah pizza hut selepas membeli ticket movie. Perut sudah berdegum-degam kelaparan.




Minum dulu sambil cover ayu..(-_-')


Lasagna seafood! Nyum nyum..


Kami berempat tengok movie Gulliver's Travel. Yaaa, agak ketinggalan sikit. Sikit je manusia dalam cinema tu, tapi aku rasa nasib baik sebab ada part dalam movie tu membuatkan aku tergelak kuat+ agak kurang sopan. Berasa sangat malu. MySpace

Habis je movie tu, jalan2 dalam mines sampai rasa lenguh kaki. Dalam kepala dah set;

Aku 1: Fatihah, beli yang perlu sahaja. Jangan membazir!
Aku 2: Baiklah, saya cuba. Tak janji.

Oh, sungguh dramatik. Tak pun macam orang gila bermonolog dalaman walaupun ada 3 orang housemate di sekeliling aku.


Cak!Bergambar sambil menunggu salah seorang daripada kami memilih kasut. Yang kat tengah tu sakit mata ke?muahaha..


Sampai depan giant, ternampak kedai shawl.
Baiklah, aku tipu. Bukan ternampak, salah tu. Sebenarnya memang dah aim dari awal nak pergi situ.

Kakak di kedai shawl tu sangat ramah, dan aku dah berasa bersalah pulak kalau tak beli. Kah kah kah. Alasan.
Terbeli 2 shawl, dan beberapa inner. Berasa bersalah mengkhianati Aku 1.

1/2 jam kemudian.

Baru teringat niat asal sebenarnya nak beli purse. Tak nak purse girly, nak purse kachak sikit. Dan hasilnya,


tadaa...


Kachak kan?
ngee..

Para housemate sekalian sudah mengangkat kening kerana berasa syak wasangka yang tinggi, adakah aku mahu beli purse yang sebenarnya wallet ini untuk seseorang?

Jawapannya tidak.

Wallet ini untuk aku lah...aiseh.MySpace
Takkan perempuan tak boleh pakai wallet macam ni kot?
Skeptikal lah korang ni.
MySpace


Berasa macho selepas berjaya membeli wallet kachak.
MySpace

Sudah sudah...merapu betul. Aku tengah tension ni, rasa tak sedap hati.MySpace Aku harap ini hanya mainan perasaan semata.

Daa~~





Monday, January 24, 2011

Kisah yang aku tidak banggakan.

Assalamualaikum.

MySpace

Wah, susah betul nak cari masa untuk menaip sekarang. Hari ini free, before tomorrow going to be busy again...fufufu


Sebagai pelajar, korang pernah ada pengalaman tak suka dengan cikgu atau lecturer garang ? And later korang find out that lecturer tu sebenarnya tak segarang yang korang sangka? Malah lecturer tersebut sangat baik hati dan bersungguh-sungguh mahu membantu.


Yaaaa, aku tengah mengalaminya sekarang. Dan aku rasa nak hentak kepala bantal sebab rasa bersalah kerana perasaan tak suka tersebut.MySpace

Lecturer yang diperkatakan, bernama Prof R... Hahaha, mengada-ngada pulak aku tak nak bagi tahu nama sebenar. Macam la lecturer tu baca blog picisan aku ni. Kah kah kah. (gelak sendirian)

Prof R mengajar batch aku sem lepas, dan beliau sangat garang. Okeh, kalau nak kata sangat garang tu macam dramatik sangat. Baiklah, beliau agak garang. Prof R ni macam ada aura garang sekeliling dia. Jadi student yang pengecut macam aku ni tak berapa berani nak dekat. Tambahan, memang aku tak de urusan pape yang menyebabkan aku kena jumpa Prof R selalu. Jadi aku amat bersyukur.

Tapi langit tak selalunya cerah...MySpace

Aku sangat-sangat terkejut masa awal sem ni aku dapat tahu yang Prof R ni adalah co-supervisor group aku untuk research. Supervisor aku adalah clinician gynecologist di HKL, dan beliau sangat sibuk. Disebabkan itu, aku akan kena jumpa Prof R selalu untuk mendapatkan nasihat.

MySpace

One word-àMatilah aku. (eh, ini dah two words)

Memang masa tu rasa macam nak demam, sebab kena deal dengan Prof R ni. Demam ketakutan agaknya.

Dan, bila proposal dah siap aku kena juga jumpa Prof R untuk pembetulan, sekiranya proposal kami menyimpang dari jalan yang benar.

Ya rabbi, masa nak jumpa tu jantung aku rasa dah nak gugur, gamaknya macam orang baru lepas pecut 100 meter. Sampai ahli group aku pun tegur, muka aku pucat sebelum masuk bilik Prof tersebut. Sebelum masuk tu aku dah berselawat, memotivasikan diri sendiri bahawa segarang mana pun beliau, Prof R tak makan orang. Remember that!

Pintu diketuk, kaki melangkah masuk setelah mendapat izin. Prof R greet kami dengan senyuman manis, dan mempelawa kami duduk.

Ok, this is a very good sign, aku bermonolog sendiri. Seterusnya, beliau menyemak proposal kami, dan membuat pembetulan. Dan sesi tersebut berlangsung dengan suasana yang aku tidak jangka langsung. Prof R siap bercerita lagi dengan sense of humour, dan sering kali mengingatkan kami bertanya apa yang kami tak faham. Dan bonus, disertakan dengan motivation sekali.

Eh, tak garang pun???

OMG, aku memang bersyukur, dan rasa bersalah.MySpace


Manusia tu memang senang nak judge orang pada first sight kan?Dan cepat je buat andaian sendiri.

Manusia itu adalah aku.MySpace

Aku belajar sesuatu yang penting, bahawa pengertian tak kenal maka tak cinta itu adalah benar. Jangan menjadi seseorang yang mudah meletakkan hukum pada orang lain tanpa memberi peluang kepada diri anda untuk benar-benar mengenalinya.







Aku harap cerita ini menjadi pengajaran kepada korang juga. :')



Saturday, January 22, 2011

Kami sedia membantu, kamilah WONDERPETS!

Assalamualaikum

Oh, hai!
x)

Rasa nak senyum lebar-lebar hari ini. Kenapa?

Well, ingat tak aku pernah cerita yang aku nak hamster sebagai birthday present?
Ianya jadi kenyataan! Jangan risau, aku dah cubit pipi aku berkali-kali bagi memastikan aku tidak bermimpi. MySpace


Housemate aku yang comel, cantik dan menawan yang bagi hadiah ni.(ini adalah pujian berlebihan yang ikhlas kerana terlalu excited mendapat hadiah)...ngeee..

Tapi yang menariknya hadiah ni, waktu diorang bagi hanya sangkar kosong yang comel. Diulangi, SANGKAR KOSONG. Warna pink lagi. Tapi mana hamster di dalamnya?

MySpace

Haha.. masa dapat sangkar kosong tu, i have to admit agak kuciwa la jugak. Nak letak momoko dan kulen ke dalam ni?

Tapi, sebagai manusia yang mempunyai nilai-nilai murni kita mestilah menjaga perasaan orang sekeliling kita sebaik mungkin. (Ceh, tak boleh bla ayat)

Maksud aku, dah orang bagi hadiah, terima jelah. Housemate aku dengan muka sedih mengatakan yang hamster tak sempat nak beli sebab waktu diorang pergi mid valley cari hadiah pagi tadi, pets wonderland tutup sebab tengah renovate.Aku percaya bulat-bulat kejujuran mereka.

Takpelah, lagi bagus aku boleh beli sendiri. Sebab aku risau harga cage tu macam mahal je. Puas gak la aku paksa sorang-sorang reveal harga cage tu, tapi diorang kata Biarlah Rahsia.



Dalam kepala aku dah merangka misi nak membeli hamster.

Nak beli jenis ape?
Bila nak beli?
Kat mana kedai pets yang terdekat?
Bajet pulak berapa?


Nampak sangat aku excited.MySpace

Beberapa jam kemudian, selepas balik dari tayangan movie shaggy dog kat fakulti, aku masuk bilik. Telepon mak sekejap, dan tiba-tiba diorang masuk bilik sambil bawak kotak comel.


Cuba korang teka apa dalam kotak tu.


Dah teka?


Betul, dalam kotak tu terdapat 2 ekor hamster.


Aku dah angkat kening setinggi yang mungkin. Aku pandang tepat-tepat ke dalam mata diorang.Apakah semua ini? Drama apa yang korang cuba mainkan?

Aiseh, dramatik gila aku...hahaha.

Rupa-rupanya diorang sengaja sorokkan hamster tu. Ceh, aku kena tipu hidup-hidup rupanya. Kalau la penipuan tu boleh menyebabkan aku mati, memang waktu dapat cage tu aku dah mati. Hahaha..

Kepada housemate aku yang memang selalu stalker blog ni, thanks sangat2 okeh.OMG, aku memang selalu mewar-war kan dengan lantang yang aku memang nak hamster sebagai hadiah. Tapi itu sebagai gurauan semata-mata. Serius!
Aku memang tak bajet langsung yang diorang beli betul-betul. Oh guys, aku rasa terharu sangat ni. Aku menangis terharu belakang korang tau tak. Sebab tak macho lah nangis depan-depan...ngee..


Hamster yang diperkatakan.

Comelkan cage ni, siap ada reben lagi..MySpace

Eh, tak nampak hamster?

Zoom sikit.


Haaa, baru jelas. Wah, ahli baru A-4-12-3 nampaknya.


Aku asyik cerita pasal pet je kan kebelakangan ni. Huhu, aku memang suka haiwan. Nak buat macam mana. Kalau tak dapat medic dulu, 2nd choice aku veterinar. ;p


Tapi korang tahu, aku baru perasan something,

+ +MySpace

(Oh, anak ayam tu hanya di bela dalam blog ni)



Korang fikir tak apa yang aku fikir?



Ini yang aku fikir.





Aku dah ade pasukan WONDERPETS sendiri!!!

MySpace

Jom nyanyi bersama-sama.


Telefon.. telefon berbunyiii…
Telefonn.. kami datangg..
Telefon.. telefon berbunyiii…
Ade haiwan dalam bahaya.. ade haiwan dalam bahaya…
Ade haiwan dalam bahaya disana..

Wonderpets, wonderpets, kami datanggg..
Membantu binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy

Apa yg penting ,,,kerja sama,,,
Apa yg penting ,,,kerja sama,,,



Haha...lepas ni kalau pet korang dalam kesusahan, suruh la pet korang call no ni, 001. For sure wonderpets aku akan membantu!

Tapi ingat, perkhidmatan ini hanya terhad untuk haiwan sahaja..MySpace


;p...daa~~


p/s----> ada sesiapa nak hadiahkan aku anak ayam real?MySpace

























Friday, January 21, 2011

Blog kena mekap.

Assalamualaikum.

Hai hai hai.

MySpace





Blog ni dah berwajah baru. Aku dah jemu dengan template lama. Tapi aku sayang header yang kawan aku, Idati Malek buatkan. Maka aku simpan jelah header beliau, nanti boleh guna balik.

Aku dalam proses nak buat header sendiri. Atau sape2 yang berbaik hati dan comel nak buat header untuk aku pun di alukan jugak.(gila bodek)


OMG, aku tersuka pulak template kaler hitam pink ni. Hilang lah kemachoan aku macam ni.


By the way, hari ini hari jumaat.

Hello week-end! I LOVE U!





Terexcited pulak.MySpace


**********


Aku pernah cerita pasal pet aku, sepasang kura-kura yang diberi nama momoko dan kulen kat entry ni.

Mari imbas kembali gambar mereka.


Gambar dulu

.
.
.
.
.
.
.


Gambar sekarang







Perasan tak, momoko si betina membesar dengan cepat dari kulen si jantan!!!

Aku rasa jagaan di yang di berikan adalah sama, tiada unsur-unsur pilh kasih di sini.

Atau kulen yang mengecut sebenarnya??
MySpace

Mak aku kata kalau haiwan, yang betina cepat besar berbanding jantan.
Tapi aku kesian kat kulen asyik kena buli je dengan momoko.

Hehe..tak de keje aku cerita pasal ni kat korang.


Well, korang ada bela pet? Boleh kongsi kat sini.










p/s--->Nampaknya momoko kena exercise dan diet mulai sekarang.








Thursday, January 20, 2011

Siapa Najwa Latif? Suara dia macam ala-ala Justin Bieber lah!!!

Assalamualaikum.
Hai.
Waras?


Baiklah, aku masih waras walaupun dibebani assignment. Jangan risau, aku masih mampu membezakan hari-hari dalam seminggu.

Walaupun tak sampai seminggu memulakan sem baru, tapi aku dah rasa bagai berkurun lamanya aku bertapa di sini. Percayalah.

Sebenarnya aku nak berkisah benda lain.

Waktu aku skodeng blog cik epal hari tu, aku ada terbaca pasal Najwa Latif. Cik Najwa ni baru berumur 16 tahun. Kenapa aku nak bercakap pasal beliau di sini?
Okeh, aku nak cerita lah ni. Dia ni selalu post video dia nyanyi sambil petik gitar kat you-tube.


Ini Najwa Latif.




Eh silap, ini Najwa Hada housemate saya!




Sekali lagi.




Ini Najwa Latif.


(sumber gambar dari google)

Comel budak ni, pandai pulak tu. Aku ada baca kat blog dia yang result pmr dia tahun lepas 7A 1B. Hebat lah! Dalam sibuk-sibuk menyanyi pun result maintain je. Diceritakan di dalam blog beliau, Najwa ni selalu dapat jemputan buat persembahan di merata tempat. Awesome la dik!!!x)

Tak percaya? Dengar ni.




Best kan?

Aku rasa suara Najwa ni mirip-mirip justin bieber la. Serius, korang tak rasa ke?Eh, bukan..korang tak dengar ke?

Antara lagu-lagu yang aku suka dengar beliau nyanyi la kalau berpacaran dan ost lagenda budak setan.Memang layan lah. Nak dengar lagi lagu-lagu beliau yang lain, sila ke you tube secepat mungkin. Oh ya, dia ada buat lagu sendiri tau, carta hati. Best!!





p/s--> kenapa aku rasa muka najwa latif dan najwa hada sedikit kemiripan?okeh, abaikan.x)

Tuesday, January 18, 2011

WAHAI ENCIK SEMANGAT, DATANGLAH KEPADAKU! DATANGLAH!DATANGLAH!

Hai

MySpace

Aku dah masuk sem yang dahsyat.(bukan merungut,percayalah!)MySpace

Sem 4 ni dah tak belajar benda heavy, sebab dah habis belajar semua teori anatomy,patologi, system dan sebagainya selama 3 sem sebelum ni.

Tapi, itu tidak bererti kami boleh goyangkan kaki, tangan atau kepala, tetapi rupanya sem ni memerlukan komitmen tinggi untuk buat research project. YA, RESEARCH!!!MySpace
OMG, first time aku kena buat research secara serius. Sebab lecturer high expectation yang hasil kajian kitaorang nanti akan dipublishkan. Ini serius!!!(nada wonderpets)
Korang pernah buat tak? Normal la kan kalau aku rasa tertekan? Atau sebenarnya aku mempunyai satu penyakit yang kronik sebab bila aku fikir je pasal research aku akan rasa panik dan sakit kepala. MySpaceAdakah aku allergic dengan perkataan research itu sendiri?


MySpace

Sudah sudah fatihah,jangan merapu.Nampak sangat cubaan mendiagnosis diri sendiri yang menyedihkan.






Baiklah, let do this.MySpace


RESEARCH

PRO EXAM 1

PBL(problem based learning)

ECE(early clinical experience)



PBL ni macam perbincangan case la antara student di dalam kumpulan, dan ditemani seorang lecturer. ECE pulak pendedahan awal ke alam hospital, disamping beramah mesra dengan patient dan kena marah dengan clinician sebab tak tahu banyak benda.MySpace

Ya Allah, sangat risau dengan pro-exam. Aku senak perut dengan note setebal 2 kaki tuh.MySpace
Agaknya kalau dah masuk clinical year nanti, aku mesti taip pasal tekanan menghadapi clinical year pulak kan? Dah boleh agak!!!MySpace





Yosh, aku boleh buat!Kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh?(cubaan memberi semangat kat diri sendiri)

Sorry aku merapu syok sendiri, sebenarnya entry ini untuk meningkatkan keyakinan diri yang kian pupus..MySpace


p/s-->Tiba2 aku rindu nak sem lepas. Walaupun ade test setiap minggu, tapi sakit kepalanya tak seperti sekarang. Aiseh, dramatik pulak saya..MySpace


MySpace
Akhir kata, tiada kata dapat diucapkan lagi.

Daa~~