Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 23, 2011

M.I.A

Aku akan menghilangkan diri seketika.Untuk memikirkan hala tuju selepas ini. Hmm, hidup ini macam roda, kerana sekarang aku berada di bawah dan berasa sakit. Bukan sakit fizikal, tapi minda aku yang perlu suntikan semangat. Berada di 2 persimpangan, yang mana aku sendiri tak mampu dan tidak berani untuk melangkah, memilih apa yang terbaik.

Aku doakan korang bahagia.

Dan tolong doakan aku ketemu jalan aku sendiri.

Maaf dipinta, kerana aku insan biasa. Terutama kepada housemate dan coursemate, kerana aku pergi begitu saja. Aku tak mampu nak cerita kat korang, sebab muka simpati kamu akan menyedihkan aku. Aku dah tak larat nak menangis. Maaf. Sorry. Apa lagi yang mampu aku katakan sahabat.




Dear fatihah, this is not the end of life yet..x)
Be strong girl.






Salam sayang.

Fatihah Mustapa

Nurul Fatihah.

Sunday, May 22, 2011

My kids.

Assalamualaikum.

Sesiapa yang kenal aku, tau la yang aku ni sangat sangat sangat suka kan haiwan. Tapi ikut jenis haiwan gak la kan, kalau ular, harimau dan buaya tu dah out of the list.

Aku tak berapa suka haiwan exotic.

Kali ni aku nak list pet yang aku ada buat masa sekarang. Masa hadapan tak tau la pulak kan.Harapnya bertambah la. ;p

1) Kura-kura





Inilah haiwan first yang aku bela masa kat UPM ni. Sepasang kura-kura yang bernama momoko dan kulen. Sebenarnya kura-kura ni aku beli secara share dengan rumate aku di mid valley. Yang jantan, kulen adalah aku punya. Kulen ni tak kuat makan macam si betina, momoko. Disebab beliau kecik sikit dari momoko, kulen ni selalu di buli. Kesian kulen. Kadang2 aku akan memberi amaran keras kepada momoko jangan membuli kulen, Dan rumate aku akan marah aku balik sebab mengancam momoko kesayangan beliau. Begitulah life cycle kami. Haha. Sengal. 


2) Hamster
yuka dulu
yuka sekarang. bulat.

aktiviti kegemaran yuka pada masa lapang. takde kerja budak ni.haha


Pet yang ke-2 adalah yuka. Yuka ni adalah hadiah besday aku oleh housemates, disertakan dengan pakej sangkar sekali.Yuka ni masa first dapat kecik je, sekarang dah bulat, perut pun dah 3 lapis. Yuka ni akan makan je apa yang aku bagi, dia tak memilih. Kadang2 kalau dia bad mood, sedap je dia gigit jari aku. Haha..tetapi dia sangat adorable dan suka tidur terlentang. Comel sangat. Sayang yuka.


3) Guinea Pig.

Asalnya, aku start tahu pasal guinea pig kat blog Silampuneon. Then, tergerak hati aku nak beli gp ni as birthday present untuk adik bongsu aku. After sebulan kat dia, mak aku dah bising sebab adik aku ni malas sikit dan tak reti nak jaga. Salah aku jugak la, sebab bagi hadiah tak sesuai untuk dia. Aku beli hamster lain untuk adik aku, gp tu aku amik balik. Kiranya aku la yang bela.

Gp first nama kiki, jenis short haired, american guinea pig. Umur dalam 3 bulan. Aku beli kiki ni kat Sahril Banting. Gp kat beliau cantik dan murah. Kalau berminat gi la usha. Aku sayang sangat kiki sebab dia sangat jinak. Kalau pegang dia, dia akan jilat tangan aku. Kalau dia lapar, dia akan pergi depan cage dan berbunyi2. Aku suka dengar suara kiki, sebab aku rasa comel. Kiki pun tak memilih sangat sayur2, dia akan makan hampir semua sayur yang aku bagi. Kalau lepas dia main2 kat lantai, tak cukup tanah dia lari, then dia akan patah balik masuk sangkar dia. Pandai kan? Haha.. Kiki sangat suka kalau aku bawak dia outside untuk makan rumput.

kiki tengah syok makan rumput.


Gp ke-2 aku adalah  ucop, jenis abbysinian gp. Ucop ni aku beli kat midvalley, berumur hampir 2 bulan sekarang. Ucop ni senyap sikit, dan pemalu. Ucop ni suka tidur atas riba aku, sambil aku study, atau baca buku. Si ucop ni sangatlah kuat makan, tapi agak memilih sayur2 yang aku bagi. Ucop ni kalau lepas dari sangkar, dia tak nak dah kembali ke jalan yang benar. Maksud aku, dia tak nak dah masuk sangkar dia balik. Dia akan masuk bawah katil aku atau katil rumate, dan menyorok kat situ. Ade sekali tu, dia menyorok dalam beg balik kampung aku, kelam kabut aku mencari. Nakal sungguh budak ni..haha.





my lovely 'kids'





peminat2 kiki..berebut2 nak bagi dia makan..huhu


nyum nyum..


kiki posing maut

Gp aku ke-3 adalah chubby. Chubby ni jenis sheltie gp, seperti yang aku cerita dalam entry aku sebelum ni. Chubby ni masih menyesuaikan diri dengan new environment. Budak ni pun kuat makan. Huhu.





Ni pet ke-4 aku..hahaha. okeh tipu. 

Ni kat tempat juat rabbit kat convo fair tahun lepas. Sangat comel la rabbit ni, tapi nak bela macam melampau la pulak kan. Nanti jadi zoo pulak bilik aku. Fuh. Tapi satu hari nanti aku nak bela gak arnab ni. Tak tahu la bila satu hari nanti tu. Haha, bajet kalau dah jadi doktor nanti, ko ade masa ke dengan pet semua ni fatihah??MySpace


Aku suka sangat bela haiwan ni, sebab aku rasa macam melatih diri aku bertanggungjawab. Yelah, kalau dah decide nak ada pet ni, kena lah take full responsibility. Jangan separuh jalan je. Ni pun makhluk Allah, kena jaga and treat mereka elok2. Kena sayang sepenuh hati. Kena spare duit untuk makanan dan medical fees in case kalau mereka sakit. Kena alert dengan kesihatan dan behaviour haiwan yang korang bela.

Bela haiwan bagi aku macam satu terapi, latihan untuk aku. Dan aku boleh rasa aku ade bond yang kuat dengan pet aku, sebab aku dah anggap pet aku ni macam kawan dan anak aku sendiri.. x)

Sekian, thanks for reading.
Bye.









Mr Chubby.

Assalamualaikum.

Berabad rasanya tak update blog. Aku tak tahu nak tulis apa, memandangkan keadaan aku yang tak berapa stabil sekarang. Banyak benda yang berlaku, tapi tak tergerak jari jemari ni nak menaip nak meluahkan rasa, seperti keras hendak bercerita.

Aku dah bukan diri aku rasanya.

Haha. Manusia berubah, itu lumrah alam la kan. Sama ada berubah ke arah lebih baik, ataupun ke dark side.

Anyway, sebelum aku melalut lagi, aku nak memperkenalkan ahli keluarga aku yang baru.


Memperkenalkan, Encik Chubby!


Chubby yang sgt chubby

Chubby ni aku adopt daripada seorang pecinta haiwan jugak. Aku kenal beliau kat fb.Asalnya beliau nak jual je Encik Chubby ni, dengan harga RM180. Aku berminat jugak, tapi memandangkan aku pun takde duit masa tu, aku macam pandang je guinea pig ni dengan mata bersinar2 penuh gemerlapan. Mr Jason pemilik gp ni ade 18 ekor gp  lain di rumah beliau! Wow, is that great? Kan bagus kalau aku dapat cari pakwe macam ni...haha, lari tajuk nampak. Nasib baik mr jason ni chinese..;p

Mula2 mr jason ni nak reservekan untuk aku, tapi aku terpaksa menolak sebab aku tak duit lagi masa tu. Tambahan pulak aku tgh bz dgn exam. Dan berjanji nak contact dia after setel semuanya. Then, tetiba dia mesej,

u nak tak gp i kalau i bagi dengan harga RM60 je? 

Aku pun wow, betul ke ni?Sambil terlompat-lompat suka...haha. Best giler arr, sebab kalau kat luar mahal kott..sebab gp ni jenis sheltie(bulu panjang)Dalam RM200-300 jugak la kalau kat pet shop. Aku pun taanpa ragu2 terus say yes kat dia dengan hati berbunga-bunga seperti dilamun cinta. HAHAHA. Aku kalau bab haiwan ni memang suka sangat la..aku tak tahu nak habaq macam mana.

Mr jason ni ajak aku jumpa kat bukit jalil pada 19 mei lepas untuk collect gp ni. Dan dengan rasminya pada hari tu aku menamakan gp ini CHUBBY sebab dia tersangat-sangatlah chubby! hik hik.


Chubby syg mama

Aku rasa cukuplah 3 ekor gp aku setakat ni. Walaupun aku rasa nak bela banyak2, tapi keadaan tak mengizinkan. Sob sob.

Maybe satu hari nanti aku nak bela kucing, arnab, hedhog, sugar glider, chipmunk...MySpace waaa, nape aku tak amik veterinar je dulu? Kan senang..haha.MySpace

Sekian, thanks for reading!










Tuesday, May 17, 2011

Aman itu bahagia.


Aku manusia yang cepat jemu kamu tahu. Adakah itu menjadi satu kesalahan? Aku tak tahu. Yang pasti, sikap aku ini menyakitkan hati orang lain. Seperti sekarang, apabila aku berkawan dengan ‘seseorang’, pastinya berlainan jantina, aku akan jadi cepat jemu jika aku tidak diendahkan. Ataupun, dalam erti kata lain, seseorang itu sibuk. Sibuk dengan kerjanya. Aku akan jadi end up dengan ke- fed up yang melampau, lantas memutuskan untuk tidak mahu berbalas mesej, mahupun menjawap call.

Ya, aku manusia yang tidak bertimbang-rasa. Aku akui, dan tidak bangga. Tapi mengertilah bahawa aku mahu sendiri, sebab sendiri itu adalah aman untuk aku. Aman dari mesti memberitahu apa kegiatan aku, apa yang aku fikit hari ini, aku dah mandi ke belum...oh my, its boring u know. I am to tired, to answer that kind of question. Seriously. Takde ke manusia lain yang rasa apa aku rasa? Atau, adakah aku manusia yang paling rugi, sebab tak tahu menghargai?

Aaargh..persetankan. Kepala aku dah sarat dengan masalah sendiri, kenapa mesti difikir yang tidak pasti. Aku percayai, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Dan kepada kamu, aku tak pasti kamu baca atau tidak blog ini, aku minta ampun, dari hujung rambut ke hujung kaki. Sesungguhnya diri ini adalah insan kerdil yang tidak tahu mengawal rasa di hati, Moga kamu ketemu perempuan yang lebih baik. Seribu kali lebih baik dari aku. Sebab diri ini insan yang mempunyai seribu satu kekurangan, maka berpalinglah.

Aku tidak tegar memberi harapan palsu.

Betul la kata orang, single is simple.

Yeayy, single single single...*macam orang gila.

Aku aman disini, maka jangan diganggu gugat ketenangan aku kerana aku sendiri seperti laut yang tengah bergelora..hahahaha. hak tuih. Ape kejadahnya fatihah?


Eh, aku rasa aku dah kena sampuk hantu kesusasteraan la 2-3 minggu ni. Entry aku semua semacam je. Hahaha.









Thursday, May 12, 2011

Bantuan wonderpets diperlukan dari anda!

Assalamualaikum.

Hai, aku ade hal yang nak mintak korang tolong sesangat ni. Atas nama rakan2 blogger sekalian*ecece, aku nak mintak korang tolong aku. Bukan mintak tolong cari bakal suami, bukan bukan bukan..haha. Mula la aku nak start merepek.

Aku masuk satu kontest ni;


Tada..hoho.*excited

Tapi kontest ni habis 15 mei, tinggal 3 hari je lagi. Makanya aku sangat sangat sangat memrlukan bantuan korang untuk like 2 gambar yang aku pertaruhkan, iaitu----->



ucop



kiki

So, sahabat-sahabat yang comel sekalian, boleh tolong like? Hehe..jutaan terima kasih dari model2 aku ucop dan kiki  jika anda sudi. Haha, hadiahnya untuk hamba Allah 2 ekor ni jugak. ;p

Cara-cara untuk menolong adalah seperti berikut.,

1) like page tuan punya contest


2)Then, sila like both of them, atau salah satu daripada gambar ini, 



i) Ucop
 


atau

Kiki








 



Tolonglah ye...sangat2 menghargai kerjasama anda..

Sekian terima kasih.

Tuesday, May 10, 2011

Jiwa Kacau.


Cute little black kitty!!! Aww!
Submitted by iamachocolover


Rasa hendak menjerit. tapi tiada suara.
Rasa mahu menangis, tapi tiada air mata.
Bagai mentari pagi, hadir mahu menerangi semua, tapi malam akan tiba.
Siapa aku untuk berkata, sedangkan tiada kamu mahu mendengar.

Tuhan, inikah dugaan
Aku memohon kekuatan.

Kerana kegagalan itu adalah titik permulaan.
Kerana sakitnya jiwa menerima kekalahan
Sakitnya hati menerima kutukan
Kerana kamu tidak paham
Kerana kamu tidak mengerti
Aku ini hanya insan sepi

Senyumku hanya untuk menyenangkan kamu
Senyumku hanya untuk memberitahu
Bahawa aku masih mampu untuk berdiri
Ketawa aku adalah satu penipuan yang nyata
dan
Gila-gila aku adalah untuk menutup kekhilafan jiwa

Bersyukurlah kerana kamu bukan aku.

Thursday, May 5, 2011

Anak ke-2.

Ini adalah note yang copy sejibik dari fb, mengenai perwatakan anak ke-2. Takdelah 100% tepat, tapi ade gak la kena mengena sikit2. Oh ya, fyi, aku anak no 2 dari 5 adik beradik. Aku cuba komen sejujur mungkin la berdasarkan perwatakan aku, maybe syok sendiri pun ya jugak. Heh..;p

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!
Ehhh....mana ade! Aku rapat je dengan both parent aku. Tapi waktu kecik, mak aku kata aku sgt close la dengan abah aku, asyik nak berkepit je, bila besar takdelah kan. I am a big girl now..ecece, perasan. Benda kalau fail exam, tersedu2 ,menangis ngadu kat mak..*sigh.

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..
Aaaa...yang ni aku tak sure. Maybe kalau parents aku sendiri aku yang kena jawap ni. Tapi yang aku pasti, sekali aku dah tawar hati tu,. memang aku akan down sampai ke mantel bumi paling dalam. Susah gile nak bangkit. 

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..
Ehem2..ni pun tak tahu sebab aku tak ade pakwe. 

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …
Ecece...gaya dah macam juliet pulak anak no-2 ni. Ye la tu, aku rasa kalau nak berkorban pun, biarla bertempat. Pastikan pengorbanan kita tu mendatang manfaat kepada semua pihak.

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi
Aku nak kata biru, biru la. Ape kaler hitam putih ni? haha...

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
Erk, yang ni macam betul je. Hahaha..memang aku ni secara tak sengaja akan tarik muka kalau org kondem aku. Saye tak sengaja. Hehe. 

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..
Oh, part berdikari tu betul la, tapi part terlalu ambik berat tu macam takde je. Positif.

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri
Eh, aku ok je keje bawah org. Tipu ni. Saya takde la gila kuasa ok, biasa2 je. Lagipun, nanti kalau dah jadi HO, memang berbakul2 arahan dari specialist dan MO. Mana boleh buat sesuka hati je..*tetiba emo. ;p

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah
Oh, yang ini sangat lah betul. Kalau aku dah marah tu, amik masa nak maafkan org yang aku marah tu.*sigh.

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....
TIPUU!!!!aku selekeh, serabai, selemut..eh, adake selemut? Hahaha..

Sekian mengenai anak ke-2. melaporkan dari meja yang penuh bersepah dengan nota central nervous system. Daa~~

Wednesday, May 4, 2011

Incomplete

Tadi waktu tgh godek2 folder music, tetiba terjumpa lagu ni. Aku teringat, waktu aku form 2-3 dulu, memang lagu ni agak berhantu bagi aku. Siap hafal lyric lagi, ko jangan main2. Walaupun BI aku waktu macam sampah, tapi lyric lagu ni aku ingat sepenuhnya. Aku ulang, SEPENUHNYA. Haha. Dah gaya saiko pulak. Layan je lah.




INCOMPLETE









Empty spaces fill me up with holes
Distant faces with no place left to go
Without you, within me I can find no rest 
Where I'm going is anybody's guess

Chorus:
I tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I've prayed for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be , incomplete

Voices tell me I should carry on
But I am swimming in an ocean all alone
Baby, my baby
It's written on your face
but You still wonder if we made a big mistake

Chorus:
I tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I've prayed for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be , incomplete

Bridge:
I don't mean to drag it on 
But I can't seem to let you go
I don't wanna make you face this world alone
I wanna let you go..........

Chorus:
I've try to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I've pray for this heart to be unbroken
But without you what I'm going to be is, incomplete...

Incomplete....





Haha, jiwang tak aku waktu sekolah menengah??Jangan jawap. ;p

Monday, May 2, 2011

BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST

Santai Bersama BEN ASHAARI

klik sini untuk maklumat lanjut.


Entry yang menjadi pilihan saya, adalah Buah hati saya yang bernama yuka. Saya suka entry ini sebab ianya menceritakan mengenai haiwan peliharaan saya yang, iaitu hamster yang bernama yuka. Saya suka sangat2 bela haiwan. Currently saya bela seekor hamster-Yuka, sepasang guinea pig- kiki dan ucop dan juga seekor kura-kura- kulen. Bagi saya mempunyai haiwan peliharaan ini bagaikan satu terapi di kala kita sedang tension. Saya harap encik ben seorang yang suka kan binatang, so encik ben kena pilih entry ini..hahaha. ;p


Tetiba terasa skema menggunakan ganti nama saya. 

Daa~~

Sunday, May 1, 2011

Update ke book fair PWTC.

Assalamualaikum.


Hari jumaat yang lepas, aku telah dipaksa ke book fair pwtc. Ecece, ayat nak dramatic.

Tak delah dipaksa, rela je I ikut..(miza jangan jeles..;p)

Tapi berbekalkan RM50, pemergian ke book fair tersebut hanyalah mencuci mata semata2. Scholarship tak masuk lagi. Makanya hanya meneman cik housemate zati, membeli-belah disana.

Kitaorang keluar dalam jam 9, nak bas-komuter-lrt and tadaa.....dah sampai pwtc. Dalam kul 10 lebih cam tu. Sebelum membeli-belah, aku menasihatkan cik izati dan cik ama supaya mengisi perut terlebih dahulu. Baru ade tenaga nak berjalan sepanjang hari. Kalau tak nanti pancit cepat. Ngeh ngeh.

Dan mereka setuju, tanpa berdolak-dalih kerana masing2 sudah kelaparan. Haha, ape lah aku ni. Yang tu pun nak cerita.

Well, kami ke McD the mall, sebelah je pwtc tersebut. Cik zati kepingin nak makan breakfast McD yang hangat diperkatakan dalam tv. Dan beliau dengan baik hatinya mengofferkan nak belanja aku dan cik ama. Hoyeh2. Aku menggangguk dengan laju2 tanda bersetuju. ;p




Cik zati yang baik hati. *bodek. haha

Pas mengisi perut, kami bergegas ke pwtc. Orang punyalah ramai. Destinasi pertama adalah karangkraf, masuk2 je cik zati terus hilang. Aku dan cik ama tercangak2 disitu.

Cik ama: kita nak kemana ni?

Aku: kita tengok jelah buku and majalah yang ade kat sini.

Cik ama: Ko nak beli tak?

Aku: Mana ade duit seh..aku nak beli komik je..ahaks. eh, buku ni cantik, cepat tangkap gambar aku. Mana tahu bertambah comel ke.



bajet comel..haha. perahsantan.sekian


Cik ama: (-_-‘)



Disebabkan cik zati masih membelek2 novel yang ade, aku dan ama keluar untuk ke booth yang lain.
Bila aku lalu booth lingua phone, seorang abang yang kiut telah menahan aku. Eh, abang ni nak mengorat  ape?-kata aku dalam hati

Abang kiuthaa..adik, meh abang nak terang pasal english language..bla bla bla..

Aku: ..........ceh.

Tapi aku dengar jugak penerangan beliau. Haha.

Habis je abang kiut membebel, aku terus cabut ke booth lain. Dan ternampak booth yang di cari2, iaitu GEMPAK.

Bersinar2 mata aku melihat komik2 yang ade.

Dan terus sambar 2 komik gempak, 1 komik lawak cambest. Yang tu je aku minat, kalau komik2 cinta ni aku tak berapa layan sangat. Tapi kalau lawak kampus memang aku suka. Suka sesangat. Aku sanggup beli majalah gempak ni, semata2 nak baca komik strip lawak kampus dalam tu je.



Ngee...gembira2.
Dapat beg yang comel pulak tu.

Habis je aku bayar komik2 tu, tetiba akak yang jaga booth tu kata:  kartunis2 gempak akan datang esok, adik datang la lagi.

Aku : hah....ala...x(

Takpelah...tak de rezeki. Kalau tak leh jumpa keith, yang buat cerita Lawak kampus ni.

Malu gak nak mengaku budak medic ni, pergi bookfair tak beli medical book pun. Beli komik je..adeh.

Kenapa la book fair ni buat waktu scholarship tak masuk lagi.

Takpelah, kita tunggu next year. x)