Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 28, 2012

After exam

Tak sempat nak update blog sebab kena jadi babysitter sekarang. 


Haha, alasan baguih betul.

Tapi serius, aku bersilat dengan budak2 kat rumah ni waktu pagi. Petang keletihan lantas tertido. Line internet pulak lembab macam siput babi baru belajar mengesot. Eh?

Apa pun, aku tengah menikmati cuti 2 bulan setengah ni sepenuhnya.

Nak amik lesen kereta. Any tips? Dah 22 tahun baru nak amik lesen, ye tak yah cakap aku memang lembab. Kah kah kah. Nervous sebenarnya oii. 

Bye.



Thursday, June 21, 2012

Meluat.

Sangat kelakar bila  jumpa manusia yang sangat childish, cerewet, mengada-ngade sampai even benda yang remeh temeh pun nak dikisahkan. Maybe comel bagi sesetengah orang, tapi pada aku sangat annoying. Serius. Sabar jelah wahai hati. Nasib tak baiklah kau buat perangai time aku tengah stress begini, memang cari pasal. Time of the month combine with I have exam tomorrow, sangat 'menyeronokkan'. Dan kau pulak hadir menduga hati. Damn betul.


Monday, June 18, 2012

Perkongsian ilmu.

Sebagai manusia, ilmu yang kau dapat hari ini kau kena kongsi dengan manusia lain. Ilmu yang bermanfaatlah, jangan pulak kau kongsi ilmu nak merompak bank, itu cari pasal namanya.

Ok, berbicara pasal perkongsian ilmu ni, skop dia sangat luas. Meh dengar tips daripada budak yang tak berapa nak 4 flat ni.

Jangan sesekali kedekut untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang lain, terutama sekali bila waktu exam menghampiri mengcengkam jiwa lantas tertekan meronta-ronta. Amboi drama. (-_-') 
Sebab, teori mengatakan bila kau ajar orang lain pasal ilmu yang kau tahu, ilmu tu tak hilang ye wahai rakan-rakan sekalian, tetapi semakin melekat dalam otak. Bahasa mudahnya,. ajar orang lain adalah salah satu cara untuk buat kau lagi cepat ingat. But maybe tak praktikal bagi sesetengah orang. 

But, jangan lah sesekali kedekut ilmu nak mengajar kawan-kawan lain kurang paham. Bantu-membantu tu kan amalan mulia. Lepas ni adik-adik sekalian pakat-pakat cari geng buat studi group, dan amik part terangkan kepada kawan-kawan lain subjek yang korang paham. Trust me, discussion help a lot! Sambil belajar. dapat pulak eratkan silaturrahim. Cewah.

Eh, tapi waktu medic dulu tak pula daku praktikkan benda ni. Ngeh ngeh. 

Paper last hari jumaat nih. Lepas tu nak kawin. Eh tak lepas tu nak amik lesen. Apa ni lari tajuk. Bye. ;)

Sunday, June 17, 2012

Cara buat cheese cake paling mudah dalam dunia!


Assalamualaikum. Kita kembali ke rancangan masak-masak bersama chef yang paling kurang ilmu masaknya (dear future husband dun worry saya dalam proses menambah ilmu di kepala hehe) plus pemalas, mahu berkongsi ilmu bagaimana caranya membuat cheese cake semudah ABC.

1. Ok step pertama, klik link ni. PEEKABOO CHOICES.

2. Order tepung instant cheese cake yang berharga RM25(400 g)

3. Tunggu tepung instant tu sampai depan beranda rumah.

4. Pergi kedai, beli susu segar dan biskut marie.

5. Balik rumah, ajak adik-beradik atau mak buat cake secara jemaah di dapur. Sambil buat cake, boleh bergosip. Tak lah bosan sangat. Hahaha. 

6. Hancurkan biskut marie. Cairkan marjerin dalam kuali, then masukkan biskut marie yang dihancurkan tadi. Masukkan dalam bekas yang nak letak cake, then simpan dalam peti ais selama setengah jam. Kalau tak nak buat layer pun tak pe, abaikan step ni. 

7. Campur susu segar 250 ml dengan tepung instant cheese cake tu, mixer sampai gebu. Nak guna tangan pun boleh kot. 

8. Tuang adunan cake atas lapisan biskut yang dah keras.. Simpan dalam peti ais selama 3 jam. 

9.  Masa menunggu 3 jam tu boleh diisikan dengan aktiviti bermanfaat, seperti mengemas rumah, kacau mak tengah menjahit baju customer, ataupun terlentang di depan tv seperti bayi. Oh comelnya! (-_-') Anak sapelah yang tak semenggah ni.

10.  Selepas 2 jam pertama, lari-lari ke peti ais, keluarkan cake tersebut dan letak topping. Aku guna topping jem blueberry, dan rembat buah anggur yang ada dalam peti ais. Gunakan kretiviti anda sebaiknya!

11.  Masukkan balik dalam peti ais selama sejam. 

12.  Selepas satu jam menunggu, keluarkan cake dan makan. Sambil puji diri sendiri 'Pandai gila aku buat cake ni'. Hahhahaha. Jangan lupa jamu bakal mentua anda untuk meningkat reputasi. Kah kah kah. Sengal.







Ya Allah, bersepai layer biskut tu. Sape punya keje nie?


Selamat mencuba! :D

************

Serius sedap macam cheese cake kat Secret Recipe. Tapi topping aku tak cantik sangat, aku maafkan diri sendiri sebab 1st time buat kan. Hahaha. Ni gambar yang aku amik dari owner page yang jual tepung instant cheese cake ni, memang gojes la beliau buat.






Yang ni layer dan topping dengan biskut oreo! Pergh meleleh air liur babe.
Aku nak try yang ni pulak kat rumah nanti. ^^




Akhir kata, benda ni memang mengganggu diet aku. Haha.

Bye.




Thursday, June 14, 2012

Kusangka panas hingga ke petang, tapi sekarang memang panas pun. Eh apa punya tajuk ni? (-_-')

Statistics yang disangka senang rupanya susah menikam hati, 

Dan Physics yang disangka susah rupanya senang sambil menyanyi. Eh, alhamdulillah.


So paper Hubungan Etnik(HE) esok aku nak sangka susah la. Mesti jadi senang.

HE susah, HE susah, HE susah..... 




Omg tak habis studi HE lagi!!! *pengsan. Eh kau sengaja buat-buat pengsan kan, sebenarnya kau dah mengantuk tersengguk2 atas meja keseorangan.



Wednesday, June 13, 2012

Terupdate ^^

Tadaaaaaaaaaa! I am back!


Y U NO MISS ME? 
Ok geli.



Wait, ada ke orang perasan blog ni kena private? Haha. Oklah, aku anggap je lah korang perasan. I got some issues dengan blog and facebook. However, aku tak boleh nak cerita kat sini. Since issues terbabit dah selesai, aku rasa takde harm kot aku menulis balik macam dulu.*pakat2 tarik nafas legaa...hehe

Anyway, walaupun niat di hati nak bukak blog ni selepas final exam(yeah aku dalam exam week sekarang), tapi disebabkan aku tension dan stress jawab paper statistic tadi, tangan ni gatal pulak ubah setting. Dan tetiba tertaip pulak. Hah dah siap satu entry.*drama

Speaking of statistic, aku rasa nak menangis penuh syahdu dalam dewan exam tadi. Kenapa susah sangat soalan dia? Why? Aku rasa macam nak tarik balik target A untuk statistic ni, kalau dapat A- pun aku dah bersyukur gila. Kalau dapat A satu miracle. Haip haip, tak molek cakap macam tu fatihah. Yang penting kau dah usaha. Haha, sendiri risau, sendiri jugak pujuk hati. Memang split personality betul aku ni. Tapi serius bersyukur gila aku akan further dalam mathematics, bukan statistics. Kalau tak maybe rambut di kepala akan bertukar menjadi blonde akibat berfikir dengan keterlaluan. Eh blonde? Amboi kau ingat ko genetik mat salleh? Hahahaha. Ok tak kelakar.

Dan esok paper PHYSICS 2! Which may become another nightmare for me. (-_-) Ya Allah permudahkan urusan hamba mu ini. 

Hari jumaat depan last paper, dan lepas tu merdeka selama 2 bulan setengah!!! Hooray. Ok tak payah nak hooray sangat la fatihah kau dah la cepat bosan dok kat rumah. Semoga emak tak baca entry ni.



Oh ye, aku baru tau pasal kematian arwah blogger Yasmin J Hunwick. Slowpoke kan aku, baru tau semalam. Al-fatihah untuk arwah. Aku adalah silent reader blog arwah, memang tak pernah miss baca. :'( Tak sangka kalau nak tarik nyawa kita, macam tu je. Tak expect langsung. Muda atau tua, kematian itu tak kenal sesiapa.*insaf