Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, October 7, 2012

Kejayaan adalah milikku! Ok over pulak minah ni.

YEEEHAAA!!!!!!


Wah, 2 entry dalam masa satu hari?*clap clap clap

Aku pun tak percaya. Ngeh ngeh ngeh. Ok, buruk gila gelak macam tu. Sebenarnya nak update pasal sushi yang aku buat tadi. 

Ehem. Sila lihat hasilnya. Tadaaaaaaaaaaaa!!!!




Comel tak comel tak?


Aku buat dari jam 5 sampai maghrib tahu. Sampai dah teleng2 sakit leher sambil apply yoko-yoko.*sigh
Aku rasa ada la improvement dari first sushi roti yang aku buat kat rumah dulu. Yang ni lagi kawai. Hahaha. Ye la, nak jual kot, nak mampus buat cincai2. Macam mana nak laku ye dak?

Dan dengan bangga nya aku mengatakan sushi itu habis dijual! Licin! :')

Saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa yang banyak menyokong saya selama ini, kepada pha is dan adik syafiqa yang selalu datang blog ni. *eh, dah macam ucapan menang anugerah je. ;p

Mungkin aku patut buat part time jual sushi roti ni, ye la dengan keadaan biasiswa JPA yang tak masuk-masuk lagi ni kan. Boleh menjana pendapatan tambahan. Bijak! Hahaha. Masuk bakul angkat sendiri.


Sekarang, marilah buat revision untuk test 1 differential equation, dan probability&statistic dengan riang dan 
ria.





*yawn...
Maybe esok. Tengok note pun dah macam sushi roti yang bakal digulung.(-_-')


Good Night!
:D



Breathless

Nervousssss!!!!

Aku kena buat sushi roti untuk dijual malam ni, untuk subjek keusahawanan. Sorang-sorang. Demmit, aku cuak gila kalau tak jadi. Macam mana kalau tak laku?

Hahaha. Memang low confident level betul la kau fatihah. Stress aku macam ni. Aku kena buat sushi ni sorang2, sebab partner aku ada hal. Wahai partner, cepatlah balik tolong partner mu di sini yang comel! Eh lari tajuk pulak.

Barang-barang yang bakal diproses menjadi sushi.


Antara masalah aku yang paling besar  adalah fear of rejection. Sebagai contoh, kalau aku suka seseorang, aku lebih rela pendam sampai lebam, daripada aku luahkan apa yang aku rasa. Yes, i know it is not a healthy lifestyle!Tapi habit ni susah gila nak kikis. Aku takut nak mencuba sesuatu yang baru, unless aku terpaksa atau ada kawan temankan. *sigh sigh sigh

Minggu depan ada 2 test, dan assignment makin bertambah dari hari ke hari. Walaupun hari ni hari ahad, dada aku sesak bagaikan weekdays biasa yang sangat busy.

Ke sesak nafas ni berikutan JPA tak masuk lagi? Hohoho.


Wednesday, October 3, 2012

Duit oh duit

10.30 pagi, bersebelahan CIMB Bank kampus UPM. Hati sepanas cuaca mentari, setelah kepenatan asyik melihat baki akaun masih di takuk yang lama. Money is not everything, but everything need money. Dan duit JPA tak masuk lagi.

Aku: Assalamualaikum.

JPA: Waalaikummussalam. Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Aku: Saya Nurul Fatihah, pelajar UPM dalam kos bacelor sains matematik. Kenapa JPA still tak masukkan  duit ke akaun saya, sebab kawan-kawan saya yang lain semua dah dapat duit masing-masing.

JPA: Sebentar ya adik, boleh bagi number 1C?

Aku: 900109..... *sambil kaki kuis-kuis rumput

JPA: Nurul Fatihah..oh, adik ni yang tukar kos tu eh?

Aku: Aah, tapi saya dah dapat official letter kata scholarship JPA saya dapat diteruskan untuk kos baru ni.

Bunyi ketukan papan keyboard.

JPA: Ok, JPA adik memang dapat disambung. Nama adik tercicir untuk semester baru ni.

Aku: Tercicir?* sambil tahan nafas.

JPA: Pegawai yang key in data untuk proses ni tengah bercuti. Mungkin minggu depan baru boleh setel.

Aku: Ooohhhhh....

JPA: Mungkin dalam masa 2 minggu baru duit masuk ke akaun adik.

Aku: erk*sambil melepaskan nafas yang ditahan tadi. Kalau macam tu takpelah. Terima Kasih.

JPA: Nanti kami akan hubungi adik untuk maklumat lanjut.

Aku. Ok.

Telefon dimatikan. Handset dipandang sepi. Rumput yang dikuis tadi agaknya sudah mati. Demmit, mana aku nak cekau duit untuk hidup 2 minggu lagi?