Blogroll

Tuesday, May 8, 2012

Roti Sushi.

Manusia yang rapat dengan aku tahu betapa aku gila akan sushi. Ye, aku suka gila makan sushi. Tapi aku tak tahu nama-nama untuk setiap jenis sushi yang wujud. Aaargh, tak kuasa aku nak amik tahu. Banyak kerja lagi yang aku kena buat daripada amik tahu jenis-jenis sushi yang wujud kat dunia ni. Yang penting rasa sushi tu sedap. haha.


Anyway, bila aku tahu kewujudan roti sushi, semangat aku berkobar-kobar nak buat benda alah ni mengalahkan semangat untuk mengorat lelaki yang hensem. Haha. Tapi serius, senang gila nak buat roti sushi ni. Aku je yang tak tahu. (-_-')

Maka masa balik rumah last weekend, aku mengajak along aku yang ohsem teman aku beli bahan-bahan yang diperlukan, dan upah sebagai driver aku membelikan beliau tempe 5 ringgit. Haha. Ini kisah benar.


Bahan-bahan nak buat roti sushi:


  1. sebarang jenis roti, aku guna gardenia.
  2. telur, berapa biji sukahati. haha fail betul kau nak bagi resepi.
  3. timun
  4. carrot
  5. sosej
  6. isi ketam, filament crab bahasa omputihnya
  7. mayonis
  8. seaweed
Resipi ni kawan aku yang bagi, except carrot tu aku tambah sendiri. Haha sukahati aku je.





seaweed. Kalau nak guna brand lain pun boleh. sedap dimakan begitu sahaja.
Adik aku dah rasmi dulu seaweed ni, bertuah punya adik!



Potong carrot, sosej, isi ketam dan timun secara horizontal. Haha, maksud aku secara panjang. Nanti kan nak gulung dengan roti. Potong agak2 panjang roti. Then masukkan sosej, isi ketam dan carrot tu dalam air mendidih sekali lalu. Jangan lama2 sangat nanti lembik. 

Telur korang campak ke dinding. Haha, tak lah. Telur tu korang goreng hancur.


Seaweed yang aku beli ni besar gedabak, maka aku patahkan seaweed ikut saiz roti. Sapu mayonis both side roti, then letak roti atas seaweed.


Susun bahan yang dah dipotong tadi  ikut firasat masing-masing atas roti. Then gulung dengan bersungguh-sungguh.


Potong roti yang telah digulung, agak2 sebesar sushi yang sebenar. Satu gulung tu aku potong kepada tiga. Part potong ni memang aku fail betul, habis seaweed tu bercerai-berai. Aaargh tension masa potong ni. 


Lepas tu susun cantik-cantik atas pinggan untuk amik gambar, then update dalam blog! Haha damn. 
Selekeh gila aku punya keje. Orang jarang masuk dapur macam ni lah. (T_T)



Lepas tu dah malas nak susun, campak-campak je atas pinggan. Mak aku tengok mengucap panjang sambil berkata, akak kamu ni nak buat kenduri ke? Boleh habis ke?




 Well, walaupun roti sushi tu serabai gila. tapi habis ok. Haha, abah, yana dan aku je yang dok pulun makan sebab mak tengah sakit gigi, dan along sibuk dengan tempenya.

Walaupun tak sesedap sushi sebenar, tapi bolehlah sebagai gantian bebila mengidam nak makan sushi.

p/s-  Nak belajar buat cheese cake pulak. Fulamak sejak bila pulak aku rajin ni? ;p



7 Orang Macho komen:

pha is said...

firstly, aku skroll, aku tengok gambar dulu. then, aku terfikir, "ni sushi or lemang?" hahahaha

Fatihah Mustapa said...

hahaahahahaha.....aah, macam lemang pun ada. baru aku perasan.

Anonymous said...

sebenarnyer, kalo ko, potong tepi roti tu, n then ko penyekkan roti, nanti nmpak lagi kemas...
and kalo, nak potong sushi tu, potong slow2, supaya inti x trkeluar... cuba lagi...

-master chef-
hehehehe

muezz@blaz said...

damnnnn sedap seyh,,,
sy gak peminat sushi...
nk try gak nih !!!

Fatihah Mustapa said...

master chef
aku malas potong tepi roti, rugi woo. haha. dah habis slow la aku potong. hahaha

muezz
serius sedap! nanti kalau akak buat lagi akak bagi kamu sikit, nak? hehe

Mohamed Hatta said...

nampak sedap...cuba ngan rumpai Tae Kae Noi sedap jugak kot :)

Anonymous said...

Fatihah pemalas!!!!!!!!! hahaha... kalo buat mcm tu roti tu lbih compress, so luaran yg padat mmg masuk dgn inti yg bnyak area... lagipun nanti senang nak potong... komposisi tu pnting... mcm hamburger, komposisi nyer atas 40%, tgh 60%, bwh 50%... google kalo nak tahu... :D

-master chef-