Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Jujur aku cakap, kadang2 dalam menempuh hidup seharian ni aku cepat berasa cemburu atau iri hati terhadap orang sekeliling aku. Aku jealous bila member dapat kereta atau gadget petik jari je, sebab dia anak orang kaya. Atau pakwe dia hensem dan beriman. Haha, tak boleh blah contoh. Atau atau, dia terang hati, ilmu senang gila masuk. Atau, dia boleh travel pergi overseas waktu cuti semester. Atau, dia naturally cantik dan kurus. And the list goes on...
Hakikatnya, manusia ni memang susah nak puas dengan apa yang dia ada.Contohnya, aku lah. Aku asyik pandang kelebihan dan rezeki orang lain, sampai aku lupa nak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku asyik merungut bila scholarship JPA lambat masuk, sedangkan aku patut bersyukur aku masih dapat sambung JPA even aku tukar kos dari medic ke mathematics, sebab ada senior medic yang tukar kos tak dapat sambung JPA. Aku cemburu orang lain kaya, sedangkan keluarga aku tak sesusah mana.
Benar, kita perlu diingat kan selalu. Bangun pagi, perkara pertama yang perlu diucapkan adalah bersyukur kerana masih terus bernafas hari ini. Masih sihat, masih ada keluarga yang tak boleh ditukar ganti, masih ada sahabat yang sangat ambil berat, masih boleh melihat, dan masih boleh menaip entry ini....
Maka, TOLONG INGATKAN AKU., sebab aku tak sempurna.