Blogroll

Monday, November 26, 2012

Susu kotak yang hilang.

Assalamualaikum.

Hai hei hoi.

Hehe. 

Setelah beberapa hari beremuk rendam, hari ini aku rejoice! Haip, bukan rejoice syampo tu. Rejoice di sini bererti aku bergembira riang ria seperti burung terbang di awangan. I feel like i want to dance. Cewah.

Pencetus perasaan gembira ini berikutan markah test 2 Diffferential Equation(DE) yang sangat memberangsangkan! Hehe. Rasa berbaloi gila mengorbankan cuti midsem aku selama 3 hari semata-mata untuk studi DE dan statistik minggu lepas. :DDDDDD

U feel my excitement? *wink




Walaubagaimanapun, kegembiraan ini dibunuh apabila susu kotak yang aku baru beli petang tadi hilang lesap tanpa khabar berita. Weh, tak kelakar!

susu kotak yang besar pulak tu! kalau kecik aku tak la ralat sangat.

Macam ni ceritanya.

Pagi tadi selepas kelas DE, aku beli susu kotak ni dengan niat untuk di makan waktu breakfast bersama dengan fitness cereal aku yang masih berbaki separuh. Di bilik, kira-kira pukul 5 pm aku simpan susu ni frezer bertempat di pantry. Dah siap label dengan nama, no bilik dan tarikh pembelian. Nak di jadikan cerita, malam ni susu tu dah hilang! Aku tak buka lagi weh! Sakit pulak hati kita ni.

Fyi, ni bukan kes kecurian pertama kat floor aku ni. Dah banyak kali dah. Aku tak berani la nak tuduh sesiapa, tapi kepada yang amik tu, 

AKU TAK HALALKAN SELAGI KAU TAK MINTA MAAF KAT AKU!

Serius, makanan curi ni jadi darah daging kot. Tak takut ke balasan Allah?*sigh

Emo pulak malam-malam buta ni. Aku sedih tak leh breakfast dengan fitness cereal esok. :( Macam mana nak hadapi hari mendatang tanpa sarapan yang berkhasiat? Waaa...

Hahaha. Rasa lawak pulak. Dah la, aku nak tido. Mungkin esok redha la kot rasa marah+sedih ni.

8 Orang Macho komen:

Pha Is said...

"Macam mana nak hadapi hari mendatang tanpa sarapan yang berkhasiat? "???

hahahahaha.....

Fatihah Mustapa said...

hahaha. betul la kan. geram betul.

aku tak leh kalau tak breakfast. nanti jadi zombie.

Pha Is said...

hahaha.. by the way, aku pinjam entry ko ni kejap, sebagai contoh untuk "anak murid" aku.. hehehe

http://pening-pala.blogspot.com/2012/11/idea-untuk-tulis-blog.html

zaxx said...

huhuhuhu,,, susu hilang.. dont worry ada hikmah tu..:) anyway.. congrate for the exam..:)

Unknown said...

Halaaa...ciannya...emmm..ada hikmah kot.mngkin nk dpt rezeki lain kan?salam ukhuwwah...

Fatihah Mustapa said...

zaxx
thanks! hihi. tulah, pujuk hati kata ade hikmah di sebalik semua ini.

ELeEa
salam ukhwah!! sedih makanan hilang, tapi takde rezeki kan. huhu

imantizz_truper said...

salam ukhuwah! bru jejakkan tapak kaki dekat sini...hehehe...

sabar ja la ya? ^_^

Fatihah Mustapa said...

imantizz_truper

thanks singgah! :)