Assalamualaikum.
Oh my berkurun tak update blog! Hihi.
Sekarang dah cuti midsem pun...tgh berehat dirumah sambil download Criminal Minds. Heaven!
Ok, berbalik kepada tajuk entry ni, akhirnya cita-cita aku sejak 1st year masuk UPM telah pun tercapai, iaitu menjadi SUKARELAWAN ZOO NEGARA. Bila capslock ni, maksudnya excited. Haha. Manusia-manusia yang terdekat dengan aku tahu betapa tergedik2nya aku nak jadi sukarelawan zoo ni.
Nasib baik la coursemate sorang ni semangat nak ikut. I lap u lah soleh! Ada gak peneman aku.
Program ni anjuran Kelab Penyayang UPM, dan ada 5 sesi kesemuanya. Aku sanggup kosongkan jadual pada hari ahad untuk kelima-lima sesi. Semangat tak semangat? Ceh kosongkan jadual konon, benda hari ahad tido je kan keje kau fatihah? Haha
Aku dan soleh ditugaskan ke Children World. Awesome gila sebab rasa muda jap. ;p
Ni musang buah, ala yang nama swiper dalam dora explorer tuh!" Swiper jangan mencuri"
Tapi dalam gambar ni obvious sangat swiper ni tak nak bergambar dengan aku. Cis.
Ferret.
One word, cuteeeeeee!!!!
Nak menangis macam ni, rasa nak bubuh dalam beg bawak balik.
Dan paling aku suka, kuda padi 2 ekor yang sangat macho dan hensem dalam Children World ni.
Introduce, Wizard
dan Hobbit. Siap ada fringe lagi okeh.
Memang jatuh cinta dengan makhluk 2 ekor ni sebab jinak dan handsome. Oh ya, 2 ekor jantan. Jinak dan bila kau panggil nama budak 2 ekor ni, kuda2 ni akan datang dan hidu2 tangan kau. Sebab dia ingat nak bagi dia makan. Lol. Aktiviti aku bila dah habis buat kerja semua, datang belai2 fringe hobbit. :D
Lupa pulak nak cerita apa aktiviti aku untuk volunteering ni.
- Sapu sampah sekitar kandang dan sangkar.
- Tolong bawak makanan untuk monyet-monyet.
- Cuci kandang Hobbit dan Wizard.
Oh, basically macam tulah. Masa kat tempat badak air, kitaorang disambut dengan meriah apabila badak air jantan yang macho gila datang kat tepi kandang, dan berak dengan banyaknya. BUAHAHAHA. Aku dengan Soleh macam agak tergamam. Korang tahu tak badak air membuang macam mana? Sangat unik sebab sambil membuang tu ekor dia akan dikibas-kibas lalu sisa buangan terpercik merata-rata. Selepas agak tergamam tu, aku jerit kat Soleh: Woi, larikkkkkk! Hahahaha. Sampai sekarang sakit perut ketawa bila ingat balik. :D
Lepas habis kerja, kami dibenarkan melawat binatang yang ada. Tapi aku malas nak tangkap gambar dah, penat. Huhu
Souvenir.
Tapi yang pink je aku punya. Hik hik.
Aku rasa kau akan suka buat volunteer ni kalau kau betul2 minat haiwan. Kalau yang alah dengan benda kotor dan bau-bauan yang kurang menyenangkan, mintak maap je la. Satu sesi full day start jam 8 pagi sampai 4 petang. Tapi kena gerak dari UPM kul 6.30 pagi beb. Teringat pulak kenangan kena bangun awal nak pergi HKL waktu kat medic dulu. hoho.
Serius aku suka sangat2 buat aktiviti ni, walaupun pada masa yang sama aku agak sedih tengok haiwan-haiwan liar yang dikurung. Muka orang utan misalnya, sangat sedih dan lifeless. Harimau dan singa pun termenung je. Hanya Wizard dan Hobbit je yang nampak ceria sikit. Tak tahulah maybe perasaan aku je kot.
But i am looking forward for next sessions! Till then, adios. ;)
3 Orang Macho komen:
Souvenir tu omell sangattttt!!!!!!!!!!!
hehe akhirnya dapat gak jadi sukarelawan zoo :-)
Adik nak ke, akak leh belikan..hehe. serius ni.
muezz
yeaayyyy! Best gila kan..:D
Post a Comment