Tapi pertemuan aku dengan gary merubah segala-galanya. Eceh, macam cerita pertemuan sepasang kekasih je. Hahaha.
Cerita bermula apabila aku pulang dari kelas suatu hari, dalam jam 1 petang macam tu. Waktu nak bukak pintu, aku perasan ada sangkar kat sebelah bilik aku. Ada seekor anak kucing kelihatan macam lemah, dan kesian gila kat dalam sangkar tu. Atas sangkar tu ada sign ditulis dalam kertas A4, bertulisan tangan, UNTUK ADOPTION. Siap dengan nombor telefon lagi. Aku duduk berteleku kat depan sangkar tu, dalam setengah jam kot. Fikir pro dan kontra nak bela kucing ni. Kesian sangat. :( Mata dia sakit. Lepas tu dia mengiau2 mintak keluar.
Aku tawakal, bukak pintu sangkar tu then aku amik anak kucing tu masuk bilik. Aku agak2 umur dia dalam 2 bulan kot. Aku amik kapas cuci mata dia. Tapi selang beberapa jam lepas tu ada balik taik mata dia. Agak teruk la sakit mata dia sebab bengkak sebelah. Huhuhu.
tengok mata dia, nak bukak pun tak leh. Jadi kecik je.
Bila dah masuk bilik aku, anak kucing yang macam tak berdaya tadi mula terlompat2 dan mata dia kembali bersinar. Haha. Owh taktik ye nak bagi aku kesian tadi. Hihi. Tak kisahlah. Aku call owner lama dia, cakap nak adopt, then terus owner lama dia datang bilik aku. Rupanya kami berjiran je. Muahaha.
Owner lama dia, Nadz bagi tau yang dia rescue anak kucing ni dari kolam. Anak kucing ni ada defect sikit, dia jadi menggeletar bila dia nak makan atau jalan. Siap terbalik lagi kalau dia tak leh control. Tapi overall dia sihat je, aktif sangat2.
Nadz bagi lebihan makanan kucing yang dia ada kat aku,sambil bagi tau puas dia cari orang yang boleh jaga sebab dia tengah praktikal, takde masa nak jenguk kucing ni. Aku dengan JPA yang tak masuk lagi(sampai skrg tak masuk lgi wei!) bertawakal je nak bela dia. Aku kesian. Takpela aku bagi makan setakat mana yg aku mampu. Tapi alhamdulilah, setakat ni takde lagi la budak kecik ni kebuluran.
Aku bagi nama Gary. Reason? Entahlah sebab pengaruh spongebob kuat kot dalam diri, Hahahaha.
setelah tiga minggu
Mata dia dah makin sembuh, hooray! Haha. Tiap2 malam tido atas katil dengan aku. Mengada sangat tau awak gary, amik port kat katil tengah2 punya. Kesudahnya bila aku nak tido, kena kuis2 dia ketepi. Hahaha.
Doala jodoh aku dengan gary ni panjang hendaknya. Amin.
Gary selfie. |
Okeh, jumpa lagi. Tata!
3 Orang Macho komen:
aku igtkan tadi gary ni dah kahwin.. kot la, ko dah jodohkan dia dengan kucing lain ke..
walaupun syaa ni takut kucing.... tapi.... eiiii comelnyaaa!!! geramm!!!!
Gambar akhir tu,muka Gary tu nakal betul.. hahaha :D
Post a Comment