Hah, kebelakangan ni aku Nampak macam banyak je segment kenal antara u ni. Tak leh jadi, maka aku dengan menganggukkan kepala macam orang jepun pun nak join jugak!!

Maklumat lanjut klik sini eh.
Soalan yang perlu dijawap adalah seperti berikut.
1.Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
Aku belajar di UPM, a.k.a universiti paling mahal. Eh tak lah, tipu je..ngeee. A.k.a Universiti Putra Malaysia. Jurusan perubatan, dan dalam tahun ke-2.
2.Asal mana ? Umur ?
Berasal dari Bidor, Perak. Kalau korang tak tahu Bidor kat mana aku sekeh kepala. Hehe... Umur 21 tahun, yeaah, dah dewasa sebab boleh mengundi...;p
3.Kenapa amik jurusan itu ?
Soalan cepumas ni. Kalau tanya kat mana budak2 medic pun. Diorang akan bagi jawapan skema macam ni,”kerana saya mahu membantu insan yang dalam kesusahan”. Well, jawapan aku pun macam tu jugak. Cuma tambah aku memang minat gila dengan darah(macam vampire)...haha, tipu je.;p
4. Cita cita .. peewwittt ..
Tak paham kenapa encik ben letak perkataan peewit...hehe.
Cita2 aku nak jadi doktor dalam masa 3 ½ tahun lagi, dan mahu bukak klinik sendiri satu hari nanti..insyaallah. Doakan lah ye..nanti saya bagi diskaun baek punya.;p
Daa~~










