Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, January 11, 2012

Niat.

Lokasi: Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.


Masa: Studi week.

Aku membuat kembali tutorial polynomial theory, sambil otak berputar ligat merangka peta minda menyenaraikan theorem-theorem yang berkenaan. Sambil itu, kepala yang tidak gatal dilapisi tudung diketuk perlahan dengan pen, sambil memikirkan kemungkinan soalan final exam nanti.

Oh ya, aku ditemani A dan B di dalam library ini. Asalnya studi group aku dengan si B je, tapi si A join pada saat2 akhir.

Ketenangan pada saat itu diusik dengan suara A berbisik perlahan,

A: Fatihah, carry mark calculus kau berapa? 


Aku: Eh kenapa nak tahu? 


A: Ala, takkan tanya pun tak boleh.


Aku: Bolehlah, alhamdulillah


A: Alah, mesti tinggikan. 


Aku: *eh budak ni. Yang kau ni kenapa? Rezeki masing2 la. 


A: Ala, markah tinggi tak nak bagi tahu.*sinis


Aku: Hmm...*sambil tangan menekan2 kalkulator. B asyik sungguh dengan kerja dia, tak sedar perbualan kami.

A: Tapi kan, ade senior pernah cakap kat aku, carry mark tinggi pun tak guna. Sebab ade satu kes, student ni kalau ikut carry mark dia sepatutnya dia boleh dapat C dah untuk final, tapi bila result keluar dia dapat D.


Aku: Eh? Macam tu pulak. Kesian la kat dia. Tapi apa yang kau cuba sampaikan kat aku ni? 


A: *diam


Aku: pfff...fine.



Tuesday, January 10, 2012

1001 IMAGES OF CAT

Semalam sehari suntuk aku bertapa kat library, dari pukul 10.30 pagi sampai 8 malam. Jam 8 tu dah gerak gi dewan besar, exam calculus. Habis je exam, angkat mata pun rasa tak larat. Balik bilik terus melemparkan diri atas katil. Fuh.

Tinggal paper algebra je lagi, and then CUTI!!!! hohoho.. kali ni barulah merasakan nikmat cuti yang sebenar. Tapi aku ingat nak keje kot. nak amik lesen tak cukup duit lagi.

Kekeke. tak habis exam lagi budak ni sibuk buat perancangan cuti pulak la kan. Agak excited la sebab waktu medic dulu, orang lain bercuti riang-ria, aku kena stay kolej amik paper ulangan. Tiap2 sem muka aku ni la candidate untuk resit exam. Muahaha. Deyyy perempuan ni bukak cerita lama pulak dah.

Ok stop stop.



Main point entry ni, aku nak cerita pasal buku yang aku jumpa kat library semalam. Waktu tengahari on the way nak gi surau library, aku lalu kat tepi rak buku animal science. Kau teka apa yang aku jumpa?

Tadaaaa.......

1001 IMAGES OF CAT

Aku terus je memegang buku tu dengan mata bersinar-sinar.
Lepas solat zuhur, aku bawak buku tu ke meja aku.
Buku calculus tolak tepi jap. Kih kih.

Mari mencuci mata! Eh ni cara aku cuci mata, kalau orang lain, lain la cara dia...haha.Sengal.

Buku ni tak tebal sangat, tapi besar la.


Jom usha kandungan dia!

CHINCHILLA
Wah GEBU nya macam gula2 kapas!

 SPHNYX
Ni takde bulu. Aku panggil ni kucing macho, sebab muka dia ganas woo, tapi dalam hati ade taman. :)


 SCOTITISH FOLD
Yang ni macam ex-pakwe aku yang dulu.


 BRITISH SHORT HAIR
Muka kucing ni bulat macam muka aku. Ngeh ngeh.




AMERICAN CURL
Cuba korang tengok telinga kucing baka american curl ni, unik kan?



SOMALI


Jelitanya!!! Eh ade ke kucing jelita? Ah gasaklah.


BIRMAN

Alolo gebunya leher dia. Meh nak kiss sikit!


Kucing berbulu kerinting. Aku tak ingat baka apa.

Sebenarnya banyak lagi jenis kucing2 dalam buku ni, tapi tak larat la aku nak amik semua gambar guna kamera handset aku yang cikai ni. 


Awww, cekci!


Wow wow wow...kelas kau jah!



Aku dok usha buku tu sambil senyum sorang2, dah macam orang gila. Haha.
Niat di hati nak pinjam nak bawak balik, sekali tengok waa tak leh dipinjam buku ni rupanya...sedih la macam ni.

Rasa macam nak seludup keluar je. Muahaha.

Ok, algebra algebra algebra.
Update blog pulak budak ni. Aiseh. (>_<)

Till then.
Bye.

Sunday, January 8, 2012

22 eh?

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me....*clap2 


6 bulan, kot. 

Menyanyi seorang diri sambil ditemani backup singer iaitu yuka yang berdecit-decit kecomelan lantas menggigit tangan mamanya. Anak derhaka.

Eh, dah 22 tahun ye? Macam baru semalam sambut birthday yang ke-21.

Aku nak meluahkan rasa ni. Aku rasa memang nasib badan  la, sebab setiap tahun mesti birthday aku time final exam, atau final exam mesti nak time birthday aku. Kenapa kau mengekori aku kemana saja Encik Final Exam?*haha emo

Tahun lepas aku sambut birthday sorang-sorang gak, sebab waktu tu aku kena resit paper untuk final exam. Memang sorang2 la aku tercangak kat rumah kat k17 tu sambil mengenang untung nasib diri. Housemate semua tengah bercuti.

Memang takdir.

Fine la kan.

Tahun ini menyabut birthday dengan realiti esok paper calculus! Hip hip hooray aku nervous. Damm.



Eh cheer up la birthday girl!

2 tahun.

Ok2, lets forget about final exam first. I mean for a while, as the entry go on.. Aku nak tanya sekali lagi? 22 tahun? Bila boleh kahwin ni?*tetiba. Hahaha.

  • Macam baru semalam aku daftar masuk darjah satu sambil mendabik dada sebab aku tak menangis pun nak masuk sekolah rendah. Mak aku kata, aku siap suruh mak aku balik lagi. 
  • Macam baru semalam aku ade crush kat seorang budak lelaki ni waktu aku darjah 6. Eh gatal!Haha
  • Macam baru semalam aku genggam slip UPSR aku, sambil menangis kat mak sebab dapat 4A 1 C. 1 C tu, sedihnya macam mati laki time tu. ;p
  • Macam baru semalam aku masuk menengah rendah dengan perasaan bangga kunun2nya dah dewasa. Agaknya.
  • Macam baru semalam aku amik exam PMR, dengan target nak masuk sekolah berasrama.
  • Macam baru semalam aku menangis2 menyesal daftar masuk SMK Raja Permaisuri Bainun, sebab hari yang sama aku dapat tahu aku dapat tawaran masuk MRSM Terendak Melaka. 
  • Macam baru semalam aku jalani kehidupan asrama yang amat penuh suka duka, dan di antara precious moment of my life!*mengesat hingus
  • Macam baru semalam aku dapat result SPM yang cukup2 makan untuk lepas masuk matrikulasi, dan kecewa sebab tak layak nak fly ke overseas.
  • Macam baru semalam aku tekad nak tebus result SPM aku, dengan result yang cemerlang kat matrikulasi.
  • Macam baru semalam aku bermandi air mata sebab tak dapat nak ikut flow dalam bidang perubatan, dan aku tahu aku jerat leher sendiri ambil bidang yang aku tak minat sejak mula lagi. 

Doktor tak jadi. Hehe.

  • Macam baru semalam akulah orang yang paling gembira, kerana dapat tukar kos ke bidang yang sangat aku minati sejak dari sekolah rendah ni. Dan lepas azab menghafal nota tinggi mencecah pinggang aku waktu medic. 
Realitinya hari ini, seorang gadis 22 tahun menaip entry hari lahirnya sambil ditemani note calculus dan algebra tercinta. Sendirian lagi. Tapi Allah kan ada? (>_<)



Haha, along aku share video ni kat wall fb aku. Comel gila.


22.

Ah makin tua nampaknya.


Nak tido, esok kena bangun awal, nak bertapa kat library sambil sambut hari jadi sendiri. Sadis. 

Till then. <3
Bye.