Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, September 10, 2012

Normal

Assalamualaikum.

Semester baru, azam baru, semangat baru dan kasut baru. eh?

Pejam celik pejam celik, dah habis cuti 2 bulan. Lesen kereta dalam tangan, tetapi lesen motor sangkut. Haha. Sadis. Doakan lah aku lulus untuk ulangan test motor ni. 

Jadual sem ni boleh tahan. Hampir semua kelas waktu pagi. Hari ke-2 start kuliah, aku dah rindu adrina. Waa, rindu nak peluk budak kecik tuh. Rindu nak dengar dia nangis. Haha, bukan aku patut rindu kat family ke? Takpelah, dia mcm anak angkat mak aku jugak. Consider family lah tu.






 Untuk mengubati kerinduan, aku terpaksa membeli bedak baby dan cologne baby yg adrina pakai. ;p




Parah ni, tapi aku memang suka barang baby pun. Kih kih kih.


So, how's life treating you? Aku dah buat antara keputusan yang paling besar dalam hidup. Moga Allah tetapkan hati, dan permudahkan segala. Amin.

Tuesday, August 21, 2012

Tranformasi

Assalamualaikum. 

SELAMAT HARI RAYA!!!*capslock menunjukkan aku menjerit sekuat hati. 

Tak tak, aku bukan semangat sebenarnya. Raya tahun ni aku tension. Amboi kau fatihah first perenggan pun dah berterus terang dengan setulus hati.

Anyway. aku minta maaf banyak-banyak, seandainya sepanjang aku berblogging ni bahasa aku kesat, atau sape-sape yang baca terasa dengan kekesatan bahasa aku. Eh, ada ke perkataan kekesatan?

Raya tahun ni aku beraya kat Kedah, dan aku menaip entry ni secara lintas langsung dari Lunas, Kedah.
Internet kat  sini laju gila b**i. Haip haip, bukan ke baru mintak maaf tadi? Muahaha. Aku minta maaf sekali lagi. 

Kita cuba lagi sekali.

Internet kat sini laju sangat. Sepantas aku berlari ke dapur apabila mak panggil untuk makan nasik. Bila dah laju sangat, aku pun tak tahu nak buat apa. Asyik refresh page 9gag je. (-_-')

Selepas zuhur tadi, aku dengan bosan menggodek-godek gambar-gambar lama. Terpegun melihat kelabuhan pipi  dan kebulatan diri sendiri, lalu disertai oleh ketawa berdekah-dekah si yana. Yana gelak lawan tokey. Memang melampau betul budak tu. Siap kau kejap lagi.

Apa, korang pun nak tengok?*perasan 

Tengoklah. Tapi janji jangan gelak. Janji tau.*geli pulak taip macam tu.


Yang paling kanan. (o_o)


Yang paling belakang. *tepuk dahi
Eh, dah janji tak gelak kan?



Lengan kalau goreng sodap ni*kata mak aku


Baiklah. Gelak lah sepuas hati. Aku bagi can ni.
HAHAHAHAHAHA*tekan perutHAHAHAHA*guling-gulingHAHAHAHAHA*ketuk kepala yana sebab gelak lebih sangatHAHAHAHAHAH*minum air.


Dah2, nanti orang kata korang gila gelak sorang-sorang depan laptop.


Sekarang, aku nak tunjuk gambar ni pulak.




Nak gelak lagi tak? ;p

Sunday, August 12, 2012

Overdose penyakit 'M'

Aku dah sampai ke tahap menjadi seorang ignorant yang terlampau. Malas tengok tv, malas nak bukak facebook, malas nak update blog, malas nak belek handset, sampai berhari-hari handset off. Lambat baca sms yang masuk, maka aku malas nak reply. Malas nak check result exam yang dah keluar. Kau boleh bilang berapa perkataan malas dalam entry ni.

Nasib baik puasa rajin. ;p

Bercuti dengan bersungguh-sungguh nampaknya, sampai aku dah terputus hubungan dengan dunia luar, macam dok kat hutan belantara mana ntah.

Aku nak berhenti taip ni. Malas. Bye.