Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, April 30, 2011

Apabila photoshoot bersama matahari.

Assalamualaikum.

Ni gambar2 kreatif yang aku jumpa kat tumblr. 

image

image
























Cantik kan? Kreatif betul manusia yang amik gambar ni. 

Friday, April 29, 2011

Lelaki berwatakan perempuan.

Semalam aku gi bookfair pwtc, gambar akan diupdate kemudian, kalau aku rajin. Hehe.

Anyway, aku nak cerita pasal benda yang aku nampak semalam kat kfc. Lepas habis kitaorg jalan2 kat bookfair, kira2 dalam jam 4 petang aku, cik ama dan cik zati bergerak ke the mall untuk membeli makanan. Setelah berlegar2,  kitaorang serbu kfc. Line beratur sangat panjang, mengajar erti kesabaran yang amat dalam. 

Sambil menunggu tu, aku perasan something. Cashier kfc kat depan line yang aku tengah beratur ni, sekali pandang macam perempuan. 2 kali pandang baru aku sedar dia adalah seorang lelaki. Ya kawan2, dalam erti kata lain pondan. Muka dia putih bersih, mata galak, hidung mancung terletak. Nama kat name tag dia Ame***, tapi sekali dia bersuara...fulamak, tersedak air mineral yang aku tengah minum waktu berbaris tu. Serius rasa nak gelak, tapi atas dasar profesional terpaksa dicover sehabis mungkin. Yelah, nanti kalau cashier tu perasan, kecik hati pulak. Tapi serius la, memang kalau dia lelaki tulen memang hensem habis. Mesti jadi lelaki yang bermuka jambu. Hahaha...tapi malangnya dia memilih untuk bergaya seperti perempuan. Cuma yang aku respek la kan, muka dia tak henti senyum melayan customer, muka penat cuba dicover sehabis mungkin, Dan ungkapan terima kasih tak lekang dari mulut dia, Memang sangat bersopan-santun la. Kalah aku yang perempuan tulen ni.

Bila sampai giliran aku, aku pandang muka dia, dan aku kehilangan kata2. Haha. Speechless, sebab dia sangat bersopan. Kalau ada borang customer service kat situ, mesti aku dah vote dia untuk markah yang paling tinggi.


Aku benci pondan, tetapi tak bermakna aku benci manusia yang menjadi pondan tu. Macam kita benci maksiat, tetapi jangan la kita membenci orang melakukan maksiat. Kita kena tarik orang yang macam ni kembali ke jalan yang benar, atas nama saudara se-Islam.
Kalau kita jumpa seorang pondan atau tomboy, jangan begitu judgemental dan terus hukum hamba Allah ini.  Ada sebab yang menjadi mereka sebegitu rupa. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku ada seorang kawan perempuan yang berwatakan seperti lelaki. Kawan aku ni menjadi manusia seperti itu disebabkan sejarah hitam sewaktu kecil. Jadi dia cuba menjadi kasar supaya boleh defense diri sendiri, tanpa mengharapkan orang lain.


Aku harap ada orang yanng berjaya mengubah cashier kfc yang aku jumpa tu. Kesian kat dia, maybe ada something dalam hidup dia yang merubah dia menjadi manusia yang begitu.




Wednesday, April 27, 2011

Fall in love.

Assalamualaikum.


Omg, i fall easily with guy that love animals.
Seriously.


Kalau jumpa je lelaki camni, terus nak ajak kahwin la..Boleh kita bela haiwan byk2, sampai jadi zoo..lalala*statement berani mati...;p

Tuesday, April 26, 2011

Penakut.

Adeh...abah aku baca blog aku siot. Ingatkan abah aku pandai main fesbuk je. Rasa tak best la nak terus berblog macam ni. Aku rasa macam nak delete blog la, tak pun private. Boleh aku mencarut sorang2..haha. Takpun aku buat blog lain, tanpa reveal identiti. Kunun2nya misteri la.

Hak tuih, satu blog ni pun tak terjaga.


Aaaaargh....delete or private?
Korang rasa?


Monday, April 25, 2011

Bertukar!!!

Template bertukar kepada putih, untuk mendapat feeling snow white. Tiada motif.

Dan header ikhlas dari org pemalas, iaitu aku.

Sekian berita hari ini.

The worst condition ever.



  1. Rasa nak menangis sebab exam kurang dari 2 minggu dari sekarang. Fine, sebenarnya dah nangis petang tadi. Tiap2 hari.
  2. Research yg memeningkan kepala, walaupun dr shiran suruh abaikan je research, tapi tak sampai hati nak pas suma kat ahli group yg lain. Susah berhati pendek ni, kalau hati panjang mesti aku dah buat.
  3. Geram, sebab apa yg dibaca, tak leh ingat. Dan rasa fed up gila. Rasa nak maki orang, tapi manusia sekeliling saya tak bersalah. Jadi terpaksa diam seperti orang patah hati bercinta.
  4. Nak mengadu kat mak, mak tak sihat. 
  5. Sedang berpura2 dengan semua orang konon2 tabah, walaupun tiap2 malam menangis sebab rasa down sangat sebab rasa bodoh dibandingkan dengan orang lain yang lulus exam.
  6. Bila kelas revision, terpaksa menahan telinga apabila pensyarah membebel betapa banyak yang aku tak tahu bila ditanya.
  7. Bila JPA nak masuk ni. Eden dah pokai ni.
  8. Jeles dengan kawan2 yang lain sedang bercuti, bergoyang kaki, melancong..aaargh.
Ok, aku dah lepaskan semua. Fuh.

Kadang2, aku rasa aku ni ego dan bongkak. Sebab aku dah biasa jadi top student kat sekolah and matrik(top ke?haha..boleh sepak saya sekarang), bila masuk u aku rasa sgt2 down sangat bila aku jadi dummiest antara semua. Sadis kan. Sampai aku lupa, bahawa ilmu tu milik Allah. Sekuat mana pun aku berusaha, rezeki tu Allah yang beri. Aku buat silap. Dan sekarang bila diberi kesempatan nak betulkan, aku biar je peluang tu berlalu macam tu je. Manusia yang rugi tu adalah aku. Aku kecewa sangat, sampai aku terfikir, patutke aku give up je, dan lepaskan semua. Astaghfirullah, pendek sungguh akal hamba mu ini ya Allah. Memang patut aku kena ulang exam ni, memang padan dengan muka aku sendiri.

Bila aku diuji macam ni, iaitu student yang paling lowest markah dalam batch sendiri, aku rasa sangat berat untuk bangkit. Sangat berat sampai aku rasa macam nak tido, dan tak nak bangun sampai bila2, Aku rasa takut nak hadapi kenyataan, x'(

Sekarang, aku rasa tak nak pikir apa2, studi setakat mana aku mampu, dan tawakal seadanya. Sebab aku dah tak larat nak menangis. Aku penat.

Dan banyak lagi orang yang lagi berat dugaanya dari aku. I know.

Maka aku nak jadi manusia yg bersyukur. Doakan aku.

Friday, April 22, 2011

Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam

Terkejut lihat doktor hospital kerajaan bertugas 34 jam

SAYA bersetuju dengan pendapat 'suami doktor' yang disiarkan pada 13 April lalu bahawa kebajikan doktor diabaikan. Pengalaman saya ketika menjaga ibu di wad, mengesahkan andaian ini. 

Seorang doktor muda yang ‘on-call’ melaksanakan tugas murninya dengan penuh dedikasi sepanjang malam dan keesokan harinya. Apabila saya bangun dari tidur, doktor berkenaan masih berada di wad itu. Raut wajahnya kelihatan tidak ceria ketika bertugas pagi itu, yang memberi isyarat bahawa beliau kepenatan.

Yang mengejutkan saya, tugas doktor muda itu tidak terhenti pada pagi itu saja, tetapi berlanjutan sehingga jam 5 petang. Cuba bayangkan profesion apakah dalam dunia ini yang menuntut pekerjanya bekerja 34 jam tanpa henti?
Dalam kepenatan, sudah pasti beliau tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan. Apakah jaminan beliau tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tugas? 

Kita tidak mahu melihat malapetaka menimpa pesakit akibat kesilapan yang mungkin dilakukan.
Saya juga pernah terjumpa seorang doktor yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari bekerja. Beliau tertidur seketika kerana terlalu penat dan mengantuk kerana malam sebelum itu beliau ‘on-call’. Beliau masih bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun keretanya rosak teruk. 

Nasib baik juga kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Bagaimana sekiranya kemalangan itu membabitkan kematian? Mungkin selepas berlakunya malapetaka sebegitu barulah pihak bertanggungjawab ada sedikit keinsafan untuk menyemak semula pelaksanaan prosedur lapuk di hospital di negara ini. 

Jarang sekali kita nampak keluhan daripada doktor sendiri dalam akhbar berhubung kebajikan mereka. Adakah doktor tidak mempunyai saluran untuk mengadu hal kebajikan mereka? 
Kita juga tidak pernah mendengar sebarang pembelaan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang membela nasib doktor dari segi kebajikan atau waktu bekerja.
Justeru, tidak hairanlah berlakunya penghijrahan doktor ke hospital swasta



Sumber




Fuh..memang menaikkan 'semangat' aku betul time nak amik exam macam ni. (-_-')


Nak tukar kos boleh?-soalan mintak pelempang..MySpace
Jap jap. habis tu sape nak jadi laki aku nanti?hahaha...takde sape nak kawin dengan doktor la camni?haha..


Ok, bye.

Tuesday, April 19, 2011

Jatuh hati kali ke-2.

Assalamualaikum.

Tajuk tak boleh blah. Sila baca sampai habis untuk  mengelakkan salah faham. x)


Korang kenal Fida Aishah? Ala, blogger yang cetus kontroversi pasal penggunaan gambar orang lain tu. Aku rasa kebanyakkan blogger tahu kot. Sebab, sebelum kontroversi heboh, aku suka bangat blog fida ni. Aku rasa macam addicted nak baca sajak dia, kisah hidup dia, dan pandangan dia tentang sesuatu isu. Bagi aku, penulisan dia sangat bagus, dan tulus.

Tapi, bila terbongkar je kes gambar tu, aku memang sentap habis arr...sebab aku rasa, sebagai pembaca aku di mainkan. Hahaha, sadis betul aku waktu tu.

Oh ya, masa aku dok stalker blog fida ni, aku masih belum ade blog lagi. Fida ni antara sebab la aku nak buat blog, kiranya macam sumber inspirasi gak la. So, korang leh bayangkan betapa besarnya effect penulisan fida ni kat aku dulu. 

Dan sekarang, aku dah kurang singgah blog dia, sebab aku dah tawar hati.  Sebab ade sesetengah blogger lain kata yang fida ni sebenarnya tak wujud pun. Dunia internet kan, fakers ni berlambak2. Aku tak tahu la mana yang betul, tapi dari situ aku belajar, jangan mudah percaya pada dunia maya ni.

Dan sekarang, aku dah jatuh hati kat penulisan seorang blogger ni. Seorang lelaki. Hah, jangan salah sangka pulak. Aku suka cara penulisan hamba Allah ni je. Tak tahu la kenapa. Haha, maybe sebab entry dia simple, nampak cam jujur, and direct to the point. Kiranya ni crush ke-2 aku pas Fida la...haha. Tapi sesetengah entry dia aku rasa tak senonoh sikit.

Habis semua entry dia aku baca, stalker yang berjaya tak aku? Jangan jawap. Blogger ni tak reveal muka dia, tapi aku tak kisah. Serius. 

********

Aku ade lebih kurang dari 3 minggu lagi nak exam. So, bahawasanya mulai hari ini, saya Nurul Fatihah akan online hanya 1 jam sahaja setiap hari. Sesiapa yang add aku kat fb tu, kalau nampak aku tengah oline dengan jayanya, sila marah sekeras yang mungkin. Eheh. 

Mari kita lihat sama ada azam ini berjaya atau menjadi alakazam!!!

Bye.

Monday, April 18, 2011

Alamak!!!!

Aiseh...aku selama ni sign in blog guna email yahoo..sekali bila aku dah tukar ke gmail, semua blog yg aku follow dah hilang. Diulangi, HILANG!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sob sob..masak aku nak cari balik dalam 400+ rasenya blog yang aku dah follow. Aduhai, korang jangan terkejut lak aku follow sekali lagi blog korang.

Baiklah, misi bermula!!1

x)

Thursday, April 14, 2011

Bila dah cuak tu, ape benda pun tak jumpa.

Assalamualaikum.

Haaa...rajin tak aku mengupdate dari kfc kl sentral? Silalah puji aku..haha. Ini semua adalah ihsan dari notebook rumate tersayang, kalau nak mengharapkan laptop aku, berhabuk la jawapnya.
Anyway, train aku lagi 2 jam, sementara tu boleh aku merapu-meraban jap.

Nak dijadikan cerita, aku and rumate bertolak dari kolej jam 4 petang tadi. Sampai komuter serdang, rumate aku yang belikan tiket komuter ke kl sentral. So, aku tak keluarkan dompet la. Dompet aku yg macam dompet jantan tu dok diam2 dalam beg dengan setia, di bahagian bawah sekali.

Then, bila sampai kl sentral, aku dengan penuh keyakinan yang amat tinggi membuka beg untuk mengeluarkan dompet. Dan, jeng jeng...guess what? Dompet aku tak de. Diulangi TIDAK ADE DALAM BEG AKU.

Aku mula panik. Jantung berdegup laju, heart rate meningkat, diikuti dengan blood pressure, dan peluh menitik-nitik dari dahi walaupun cuaca dalam kl sentral ni sejuk. Hah, dramatik betul aku ni.

Rumate aku suruh aku bertenang, dan dengan baik hatinya mengoffer supaya beli tiket keretapi guna duit beliau. Aku terus sambung menyelongkar beg sandang dengan harapan dompet itu muncul dari celah2 barang2 yang aku sumbatkan dalam beg tersebut, dengan diperhatikan rumate beserta perasaan risau beliau.

Muka aku jangan cakaplah, RISAU, CUAK, TAKUT, BERDEBAR-DEBAR bergabung menjadi satu dan menghasilkan muka yang mahu MENANGIS. Yelah, dalam dompet tu, segala khazanah ade, duit, ic, ucop..eh, ucop tu tipulah. Tapi tukan barang penting. Mahu aku tak gelabah sepruh mati. Tengah2 kl sentral pulak tu.

Dan, setelah beberapa minit, dengan semena-mena(wujud ke perkataan ni?haha) rumate aku perasan something kt beg aku. Beg sandang aku ni, ade satu tempat letak barang kat belakang. Memang tersorok sikit arr. Kalau korang sandang beg tu, memang tak perasan zip terpencil tu. Rupa-rupanya dompet aku ade kat situ. Hahaha. Buat malu den je. Rumate aku ape lagi, senyum dan ketawa tanpa henti la. Dan time tu aku merasa cahaya mentari bagaikan bersinar di waktu pagi, menerangkan hidup aku kembali..LEGAAA.....

Pengajarannya disini, kalau hilang barang jangan cepat gelabah.. kita kena tenang, baru leh berfikir dengan rasional. Aku sebab dah cuak sangat, terus terlupa tempat terpencil beg yang letak dompet tu..x')

oklah, daa..x)

Malas nak pikir tajuk.

Lama tak jengah sini. Aku tgh siap2 nak balik rumah, tetiba rasa nak menaip pulak. Aku tengah berharap, kan bagus kalau aku pejam je mata, jeng jeng dah sampai rumah. Pemalas.

Doakan aku selamat sampai.

Sekarang ni tengah menabung, sebab nak kumpul duit nak kahwin.

Eh, bukan bukan. Haha. Tengah kumpul duit nak beli guinea pig aka tikus belanda jenis sheltie atau peruvian.

Korang leh kata aku kurang waras sekarang.lalala.

Okeh, nak sambung kemas. Ape punya update daa..

Tata

Sunday, April 10, 2011

Ucop saye. x)

Assalamualaikum.

Hai. Aku sudah kembali bersemangat. Err, walaupun baru studi ala kadar. Ala kadar disini bererti selak2 nota, dan mengambil berkat.

Semalam, untuk memulihkan semangat, aku diajak ke mid-valley oleh cik housemate, zati. Ceh, tak boleh bla nak memulihkan semangat. Cakap je la nak keluar melepaskan lagha di hati, kan senang.

Keluar rumah dalam jam 9 pagi, sampai mid je terus kitaorang serbu GSC. Nak beli tiket cerita Cun. Misi berjaya, dan terus ke food junction untuk mengisi perut yang berdegam-degum kelaparan.

Then, jalan2, cuci mata dan termasuk kedai Vincci. Fuh, ramai gila manusia kat situ, sebab tengah sale..70% beb, memang orang berpusu2 la. Kasut, dan beg, membuatkan mata aku berpinar2 seketika. Sebab aku perempuan. Tapi, nafsu untuk membeli berjaya ditahan sebab aku nak beli benda yang lebih penting. Nanti aku cite.

Kebetulan ade wedding exhibition kat situ, kami dengan excited terus pergi sebab nak mengusha je. Bukan nak kahwin. Lagipun ade persembahan kat situ. Yang tak bestnya bila aku masuk, antara kami bertiga aku yang paling banyak diserbu oleh wakil jualan kat situ. Sambil diorang mengedarkan pamphlet.



Aku tak puas hati betul. Muka aku ni nampak seri pengantin ke? Ahaks...hahaha. Tapi ade satu booth tu bagi doorgift coklat cadbury. Berbaloi la gak masuk semborono kat exhibition tu.;p

Semua pamphlet yang aku dapat aku bagi tanpa perasaan ragu2 kat seorang kakak yang kebetulan tengah nak buat persiapan perkahwinan. Aku jumpa kakak ni kat surau waktu nak solat asar. Coklat cadbury tu tentulah aku simpan. x)

Lepas solat zuhur, terus gi tgk cerita Cun. Komen? Ok la. Gelak la jugak.

Habis cerita cun, aku serbu gi pets wonderland. Sebab disini la aku nak beli benda yang lebih penting yang aku katakan tadi. Hehe(gelak penuh muslihat)

Aku nak cari guinea pig jenis abysinian sebenarnya. Nak melegakan keinginan hati yang membuak2 untuk membela makhluk Allah tersebut, disebabkan terlalu comel. Aku rasa aku nak angkut je semua piggy tu balik rumah. Haha, sekali sekala nak buat jugak kerja gila.

Dan hasilnya, setelah bertenggek depan aquarium guinea pig selama ½ jam, aku berjaya pilih yang paling berkenan di hati.



Ucop

Dan aku pulang ke kolej dengan hati yang girang sambil nyanyi lagu Just the way you are, ditujukan khas kepada piggie aku yang bernama ucop. ;)


Friday, April 8, 2011

Broken Heart

image

Aku pun manusia biasa. Kadang2 air mata tu tak leh tahan dari mengalir.
sebab,
kadang2 aku rasa macam tak de orang yang paham, ape yang aku tengah lalui.
(T_T)


Thursday, April 7, 2011

Syukur

Korang bersyukur tak dengan ape yang korang ade sekarang?

Pernah korang terpikir, atau terlintas di hati perkara yang korang kesal atau tak puas hati. Sebagai contoh;

Nape lah aku tak belajar rajin2 dulu, kalau tak mesti boleh gi oversea(padahal lepas je gi u tempatan.Tahu tak betapa ramai yang kat luar tu tak dapat masuk uni)

Aku rasa aku gemuk lah(padahal bmi ok je)

Aku tau la aku tak cun macam selena gomez(erk, nak kapel dengan justin ke?haha)

Nape la aku bukan anak orang kaya. (so, kalau kaya lagi la banyak tanggungjawab ko)

Kenapa la aku ni rendah sangat.(rendah tu comel tau tak?)

Bla bla bla......

Pernah tak? Kerat jari la kalau tak pernah terpikir langsung. Memang lumrah manusia tu tak puas hati dengan apa yang ade.Aku pun sama.

Kadang2 kita lupa, ape yang kita dapat, ape yang jadi itu dah Allah tentukan. Siapa kita hendak menolak qadak dan qadar. Allah S.W.T itu tahu ape yang terbaik, sebab itu ape yang berlaku ade hikmahnya. Cuma kita je, yang tak nampak atau saja2 buat tak nampak.

Jadi manusia yang bersyukur dengan ape yang korang ade, dan perbaiki kehidupan dari semasa ke semasa. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.

Tapi, jangan salah anggap pulak, yang kita kena stay je kat tahap kita tu sampai mati. Faham tak maksud aku?

Yang miskin boleh jadi kaya

Yang gemuk tu leh jadi kurus

Yang bodoh boleh jadi pandai

Yang kurang cun boleh jelita

Yang rendah....err, kena rasa rendah itu comel(haha, sebab aku pun rendah)

Get it? Memang Allah dah tentukan, tapi kita kena berusaha untuk mengubah hidup kita sendiri. Jangan asyik mengeluh je, tapi usaha haprak. Ko ingat Thomas Edison tu buat lampu tu dengan sekali experimen je ke?*tetiba

So, berusaha keras untuk ke arah yang lebih baik, dalam ape jua yang korang buat. Yakin bahawa rezeki itu ade dimana2, korang yang kena cari.

Wednesday, April 6, 2011

Burn Up!




Tinggal 33 hari lagi nak resit pro-exam. Aku rasa masih diawang-awangan, hanya merenung nota dan berharap supaya kemungkinan fakta2 dalam nota tersebut berjaya menyerap masuk dalam kepala aku tanpa perlu dibaca. Hanya tenung je sampai juling.

10 minit kemudian...

Tenung lagi.

1/2 jam...

Dah duduk tepi sangkar piggy sambil bersembang dengan piggy sekalian mengenai hal ehwal semasa.

Hahaha.Gila.


Tetiba aku rasa nak buat chart countdown. Macam waktu nak SPM dulu.


Siap ade kata2 semangat untuk diri sendiri. Tirulah macam saye!


Tadi jumpa prof Khatiza untuk revision, memang kena brainwash la sampai cuci calat. Fuh, sekarang rasa berkobar2 nak studi.

Baiklah, misi dimulakan untuk resit exam. Wahai Cik Fatiha, don't ever look back, keep focus and think u can do it! Go go go chaiyok.

Saye yakin boleh, maka saya akan lepas exam ini dan pergi clinical year. Wish me luck! x)

Tuesday, April 5, 2011

Girlfriend saye seekor serigala!!!!!!

Assalamualaikum!

Hai hai hai..

Dengan ini, saye mengisytiharkan bahawa telah habis ,menonton cerita korea, My Girllfriend Is Gumiho!!!


Ecece..poster dia tak leh blah..(-_-')

Err..walaupun cerita ni sebenarnya tahun lepas dah tayang, tapi minggu lepas baru aku tahu kewujudan cerita ni.
Sebenarnya aku bukan lah peminat tegar cite2 korea, aku boleh je layan semua cite hatta cerita tamil sekali pun. Layan je.

Cuma aku rasa nak review sikit pasal cerita ni sebab cerita ni sangat comel!!!Serius.

Tapi ade kawan2 aku cakap cerita ni boring. Takpelah, citarasa setiap manusia tu berbeza.



Mempersembahkan, hero dan heroin My Girllfriend Is Gumiho





Lee Seung Gi sebagai Cha Dae Woong

Ye, dia tak hensem tapi sweet.




Shin Min Ah sebagai Gu Mi Ho
Lakonan Min Ah dalam cerita ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat COMEL!

Ambik kau, cukup tak perkataan SANGAT disitu untuk menggambarkan betapa comelnya Min Ah yang berlakon sebagai gumiho dalam cite ni. Rosak bahasa melayu aku..fuh. Min Ah ni siap ade lesung pipit pulak tu..*jeles



No Min Woo sebagai Park Dong Joo

Haa..yang ni hensem. Tapi watak dia sebagai hero ke-2 lah. Tapi bila tengok empat puloh empat kali aku rasa dia tak hensem pulak..*garu kepala


Sinopsis

Cha Dae Wong ni cuba lari daripada atuk dia yang kaya raya, semasa menghantar dia pergi sesuatu tempat (kat mana ntah aku lupa) supaya dia ubah sikap jadi matang sikit. Entah macam mana, dia leh terjumpa serigala berekor 9 yang terperangkap dalam sebuah lukisan di sebuah kuil, yang berumur 500 tahun.


Ekor 9!!!Gebu la ekor dia..;p


Tanpa mamat ni sedar, dia terbebaskan serigala dalam lukisan tuh, dan bertukar menjadi seorang perempuan yang jelita lagi menawan. Mamat ni pun cabut lari lah, sebab dia memang takut gila time tu.

Malang memang tak berbau, sebab waktu dia lari tu, dia terjatuh dan cedera teruk . Gu Mi Ho ni yang rasa terhutangkan budi kat dia,maka dia selamatkan wong tu, dengan bagi bead dia(aku rasa macam azimat serigala) kat Wong.

Then, Gu Mi Ho ni ikut je mana wong pergi, sebab azimat tu dia kena amik balik bila wong dah sembuh betul2. Masa ikut tu, memang kelakar la sebab Mi Ho ni suka sangat makan daging lembu. Wong pun terpaksa je la melayan dengan beli daging lembu kat minah tu..



Suka makan daging, yelah dah nama serigala takkan nak makan lobak pulak..haha

Pas tu, dipendekkan cerita, (sebab aku malas nak tulis panjang2) Mi Ho ni buat perjanjian dengan wong supaya tolong simpan azimat dia sampai 100 hari, dan Mi Ho boleh bertukar jadi manusia. Dalam masa yang sama, dia kena stay dengan wong. Dalam masa 100 hari tu diorang jatuh cinta dan mengalami pelbagai dugaan dan rintangan.

Err.. ending dia korang kena gi cari la cerita ni. Tengok sendiri. Hehe.

x)

Cerita pasal serigala berekor 9 ni memang cerita mitos kat korea. Kiranya kalau kat sini macam cerita genre bawang putih merah la.

Ok, thanks sudi baca.
Daa~~

Sunday, April 3, 2011

Err...

Everyone has a secret they haven't shared.

Everyone has a past no one's heard about.

Everyone has talents that people don't notice.

Everyone has weaknesses hidden inside.

Everyone has a story left untold, so never start judging someone thinking you know them back to front. Because the truth is, you probably don't.

Sumber: Tumblr

Setiap orang ade rahsia. Dan tak perlu menceritakan semua perkara yang berlaku kepada orang lain atau menceritakannya dalam blog, sebab sesetengah rahsia itu adalah aib kita.

Habistu, macam mana dengan orang yang suka menceritakan aib orang?

Ceh, cara aku menulis macam la aku baik sangat, Tak usah sembang kencang la fatiha, kau pun pernah terlepas cakap gak kan.

Dan aku minta maaf sangat kepada sesiapa yang mengenali aku kalau aku pernah buat silap dengan diorang. Aku manusia biasa. Kadang mulut ni laju je meluahkan rasa di hati, walaupun sesetengah perkara itu lebih baik didiamkan je.

Apa je la yang aku membebel ni. Fuh.

Hadiah yang dipulangkan semula. Tapi saye tak kecik hati pun.

Ahah, aku nak bercerita pasal pet lagi. Aaah, aku tahu. Maybe blog ni patut ditukar kepada haiwan peliharaan cik Fatihah je. Hahaha. Senang cite.

Okeh, sesiapa yang pernah baca blog aku ni tahu yang bela seekor kura2 jantan-KULEN, dan seekor hamster betina yang bernama YUKA.

Well, dan aku jugak pernah cerita pasal Guinea Pig, hadiah besday kepada adik aku yana.

Hah, dan guinea pig tu, lebih senang aku panggil sebagai piggy, telah diserah kepada aku kembali. Yup. Mak aku bising sebab adik aku tak pandai jaga piggy dan agak berbau sikit kalau tak ditukar dengan kerap alas piggy tersebut.

Maka, setelah menimbang semasak2 sampai hangus, aku terpaksa la ambik balik piggy tersebut. Atau dalam erti kata yang lain, aku la yang bela.

Tapi aku bukan buruk siku tau, walaupun siku aku aku tengah ade bruise sekarang. Ha ha. Perlu ke cerita pasal siku ko fatiha?

Heh, tapi untuk menjaga hati adik aku, aku menggantikan piggy tersebut dengan hamster. Dan adik aku pun dengan senang hatinya menerima. Bukan yuka tau, no way aku akan bagi yuka my sayang.

Fyi, hamster lebih senang dijaga daripada piggy. No offense.

Walaupun sebenarnya bila mak aku suruh amik balik piggy tu aku memang terus setuju tanpa berbelah bagi.*kantoi. Berbesar hati je aku nak jaga piggy yang cute miut tu.

Pengajaran nya disini, bila nak hadiahkan something kat someone, korang kena pikir masak2 okeh. Pikir hadiah yang affordable, dan dihargai oleh someone yang korang hadiahkan tu. Jangan main hentam keromo je.

Aku pernah dengar, betul ke kita tak leh jadikan haiwan sebagai hadiah? Ade student vet tak baca blog aku, tolong jawap. Nanti saya belanja makan aiskrim.

Kalau tanya aku student medic, kita memang tak boleh hadiahkan manusia kepada manusia yang lain. Aku pasti. Itu, perdagangan manusia namanya. KITA KENA BANTERAS!


*Eh, nanti aku nak bercerita pasal piggy2 pulak la. Kih kih.Dah jadi zoo dah bilik aku. Fuh.

Friday, April 1, 2011

Keluarga saye

Assalamualaikum.

Tiba2 rasa nak bercerita pasal family terchenta. Asyik cakap pasal exam je, korang mesti fed up ye tak? Baik mengaku cepat..

Baiklah. Mari mulakan.

1) Encik Abah


Haa..inilah abah saya. Pemberi nafkah keluarga. Inilah dia. Haha. Kenapa aku asyik ulang ayat yang sama maksud ni.
Anyway, abah aku kerja sebagai cleaner di hospital. Abah aku ni, memang manjakan aku. Tapi waktu kecik dulu la, sekarang tak la manja dah. Tak macho la. Haha.
Abah aku ni memang susah nak tengok beliau marah. Beliau cool je menghadapi ape jua situasi. Dan selalu support aku, dan tegur mana yang salah. Begitulah abah saya!


2)Puan Emak


Ini adalah mak saya yang tersayang. Masakannya adalah yang terbaik di dunia!!! Serius. Kawan2 aku selalu cakap mak aku masak laksa sedap, tapi aku rasa tomyam mak aku adalah yang terbaik. Hahaha..lapar la pulak.
Mak aku ni, selalu kritik ape jua barang yang aku beli. Ala, barang2 perempuan macam baju, kasut, dan shawl. Jarang sangat la beliau puji, sebab taste mak aku memang tak sama dengan aku..
Tapi aku tahu kritikan yang mak aku utarakan adalah membina. Kebanyakkannya lah.


3)Along


]

Inilah snowwhite versi lelaki dalam family aku. Along aku memang putih sangat, sampai waktu kecik2 dulu kawan2 gelarkan si putih. Baiknya pasal along aku ni, beliau sangat pemurah dengan adik2nya yang seramai 4 orang ni, Kalau along aku tengah ada duit, cakapla nak makan ape, for sure beliau akan belanja. Tapi kalau tengah kering, tak dapeklah den nak menolongnya-kata beliau.

4)Kakak yang paling comel. Sayelah tu!!



Hah, inilah fatihah, anak no 2 dalam family ni. Beliau ni suka merapu, dan suka taip macam2 dalam blog beliau. Anak yang solehah, mendengar kata, dan bersopan santun. HAHAHAHA. Masuk bakul angkat sendiri.

5)Pami



Ini pami. Adik aku sekarang yang tengah kerja kat Butterworth. Aku pernah cerita pasal beliau kat entry ni. Inilah kawan gaduh aku masa kecik. Ade je benda yang kitaorang tak puas hati, kadang2 benda yang tak masuk akal pun. Haha. Kebudakan.


Ni gambar pami sekarang. Sebenarnya tadi tak nak letak gambar ni. Nak letak gambar waktu dia gemuk je. Hahaha. Kejam la pulak kan.


6)Paan



Mak aku kata, antara adik aku 3 orang ni, paan ni lah yang paling banyak ikut perangai aku. Bangga jap. Hahaha. Sekarang dia kat asrama. Paan ni kalau aku balik rumah, rajinlah dia bukak buku dan tanya aku soalan yang dia tak paham, terutamanya math. Budak ni kalau dia dah start mulut tanya soalan, kadang2 tak terlayan nak menjawap. Kadang2 kalau aku geram aku buat macam ni...



Tipu je..aku kakak yang penyayang la..;p


7)Yana


Ini satu2nya adik perempuan aku. Aku ingat lagi, waktu dia ni kecik, kalau bawak gi jalan2 mesti ade orang tanya"Comelnya!anak jepun ke ni?"
Hahaha..nasib baik dia masih budak masa tu, kalau tak kembang kempis hidung dia. Ceh*jeles. Haha.
Yana ni ni memang skema dan penakut sikit. Maksud aku, kalau dia tak siap homework cikgu bagi, dia akan menangis dan sanggup tak pergi sekolah keesokan harinya. Kalau aku dulu rilek je, siap cikgu piat telinga lagi.. Budak nakal la kononnya..haha
Yana ni memang cepat tersentuh sikit. Maybe sebab dia anak bongsu, jadi perwatakan dia lain daripada kitaorg yang atas dia ni.

Kita sama tapi tak serupa..x)

Begitulah kisah family serba sedikit.Terbongkar lah misteri keluarga aku.
Aku tak leh la cerita lebih2, nanti tak de ape yang tinggal untuk simpanan aku. Haha.

Ok, take care. Daa~~

Kesekian kalinya.

Dalam hidup ini, kalau tak diuji memang kita akan lupa diri.

Lupa bahawa kita adalah manusia biasa yang tak lepas dengan kesilapan.

Lupa bahawa hidup bagaikan roda, detik waktu diatas dan detik waktu dibawah mengajar bahawa tiada yang kekal, melainkan takwa kepada Allah semata.

Dan, memang sukar untuk bangkit dari kekalahan, kerana ia amat menyakitkan.

Siapa aku untuk mendabik dada, sedangkan diri tak sehebat mana. Mungkin ini adalah balasan kepada kealpaan,

Peringatan kepada kejahilan,

Dan dalam diam, mencari insan yang bersimpati..sedangkan kepada-Nya yang harus diadukan segala duka di hati.

Tuhan, berilah kekuatan agar dapat ku teruskan perjuangan.























Cut, cut....

Apa ayat aku semacam ni....

Aaaargh..fail exam ni memutar belitkan kepala.

Dan, sila abaikan. Aku baru ade chance nak update blog ni, jadi carca merba jadinya. Aiseh.
Daa~~


Comeback dan Gagal Lagi

Assalamualaikum!!

Hai, whatzz up!

Hehe...lama doh aku tak post entry. Dah seminggu, bersawang dah blog aku. Fuh, aku balik rumah, memang senyap terus arr sebab encik broadband dah berpaling kasih. ;p

Benda dah berapa bulan tak bayar. Hehe*gelak bersalah kepada maxis

Okeh, dalam seminggu ni, dok kat rumah biasalah. Kerja aku tido, makan, mandi, layan cite, bergurau senda bersama keluarga dan membuli adik tersayang. Itu kegiatan wajib.

Exam? Result... itu..... perkara yang tidak patut dibangkitkan disini.

Sebab aku fail lagi untuk kesekian kalinya.

Ya, GAGAL.

Tapi masih ada exam ulangan untuk yang gagal. Aku masih ade peluang.

Tapi, secara jujurnya, aku terpikir, patutke aku tukar kos sekarang? Kenapa aku asyik gagal? Kenapa dan kenapa?

Ni ujian Allah. Aku dah berusaha sehabis mungkin yang aku mampu, tapi rezeki masih tak menyebelahi aku.

Dan aku rasa nak ketuk kepala sendiri bila yang aku sedar aku dah mula rasa give up time-time macam ni. Fatihah, antara ko dan clinical year hanya pro-exam ni sahaja yang memisahkan.
Please wahai hati, jangan give up sekarang. My journey just begin, why should i feel depressed already?

Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini.

*eh, tiba2 jadi serius..chill2..

Daa~~