Blogroll

Sunday, January 2, 2011

Menyibukkan diri menghantar budak sengal masuk asrama...


Hai hai…peace no war guys!!!(tiba2)

Esok dah start sekolah kan? Heh, walaupun aku tak sekolah dah, aku excited. Sebab hari ni aku antar adik aku MUHAMAD FARHAN ke asrama. Yup, beliau masuk asrama.

Walaupun bukan dengan keredhaan beliau, tapi disebabkan paksaan bertubi2 dari mama aku tersayang(gediks panggil mama..haha) beliau terpaksa menurut. Bak kata orang, rela dalam terpaksa, suka dalam duka...;p

Ini satu hijrah, sebelum farhan pergi itulah yang selalu mak aku titipkan. Adik aku sorang ni perangai dia ya rabbi, speechless...

Dia jenis tak suka merayau, memang suka duduk bawah ketiak mak aku je. Okeh, tapi dia kuat melawan dan kuat makan. Sangat kuat melawan bila berbalah sampai kadang2 aku nak sepak dia bertubi2 bila aku kalah dalam perbalahan mulut dengan dia. Korang boleh kata aku kakak yang bertimbang rasa sekarang.

Result UPSR dia sekadar cukup makan(bukan kutuk), tapi lepas la masuk asrama. Mak aku yang beria nak dia masuk asrama supaya dia jadi orang. Maybe mak aku konpius kot farhan ni dengan kucing kat rumah aku, so untuk meleraikan kekusutan mak aku terpaksa hantar dia ke asrama. (mak aku tak baca blog aku, jangan risau)

Maka, dia diterima masuk ke asrama...eh, aku lupa lah nama asrama dia. Yang aku tahu asrama kat sebelah smk hamid khan, tapah.

Aku bangun awal pagi tadi, excited ni nak antar adik aku masuk asrama. Sebelum ni asyik hantar aku je ke bainun, kmk or upm. Sekarang aku masuk angkatan tukang hantar.

Oh ya, asrama tu kira-kira 15 km kot dari rumah aku. Tak sempat enjin kereta nak panas pun...(-_-’)

Sepanjang perjalanan, muka adik aku ni memang dah cuak gile. Al maklum lah, tak pernah berenggang dengan mak. Heh, padan muka ko...hehe. Aku dengan adik perempuan aku, yana sempat lagi menyanyi2 dalam kereta tu..


dua suspek yang menyanyi


dan seorang suspek yang risau nak mati

Sampai je ke destinasi, daftar dan dengar taklimat...haish, fail la aku nak dengar taklimat ni. Aku boleh tertido lagi...(-_-')


cara nak hilangkan mengantuk, buat muka masa hadapan negara macam ni, tangkap gambar and pas tu gelak pelan2 dalam taklimat tuh..


Hah, adik aku memang cuak gila..kalau bercakap dengan dia pun dia buat tak tahu je..hehe. Dan muka dia sepesen je, tak caya usha gambar di bawah..


cuak+sedih=kenyang..dia tak makan pape pagi tadi walaupun mak aku buat breakfast feveret budak nih..(-_-')


Habis taklimat, makan tengah hari, dan gi kemas barang masuk dorm...fuh, cantik kot asrama beliau. Asrama baru, kos 8 juta kata penyelia asrama tu. Kiranya adik aku batch first la..cis, jeles tengok bilik air dan loker, macam langit dengan bumi dibandingkan dengan bainun dulu.


serius aku suka gila view koridor depan dorm dia...saujana mata memandang..x)


Habis je berkemas, aku memaksa budak ni tangkap gambar dengan aku..


nape ko buat muka cacat farhan?


sekarang 2 budak cacat..hahaha.;p

Bila nak balik, sesi memberi wasiat apa yang patut, dan say gud bye..alah, rumah dekat je, tak yah buat muka sedih ..fuh.

Mak aku diam je sepanjang perjalanan balik. Sampai rumah, beliau sudah mengungkit rindukan farhan. Walaupun pun adik aku tu kuat melawan, tapi dia lah yang menggamatkan rumah ni. Sebab tu mak aku agak terasa ketidakhadiran beliau..

Tapi aku rasa aman je..hahahaha





Okeh tipu...aku pun dah rindu budak sengal tuh...x(


Daa~~









8 Orang Macho komen:

Ayuni said...

hikhik, bestnye ader adik laki....

nur dhiya' aida said...

same la kite due,
perangai my bro pon hahaha
terkelu lidah nie -_____-
selamat dah budak tu msuk hostel jugak nyahahaha

idAti mALek said...

aku takde adik nak digaduhkan..

tp aku ade 4 ultraman nak digaduhkan!

nazihahisa said...

alahai muke dia macam tak rela je.. haha sekolah mana ni?

Fatihah said...

Ayuni

Hahaha..best la jugak, tapi selalu gaduh je..;p

Fatihah said...

nur dhiya' aida

sama?huhuhu...tapi bila diorg dah masuk asrama rindu pulak kan??

Fatihah said...

idAti mALek

woo, 4 ultraman??jenuh fire la korang..hahaha

Fatihah said...

nazihahisa

memang dia tak rela..kena paksa..
hahaha..sekolah kat smk hamid khan, tapah.huhu..