Hai geng. Aku menaip dari Kedah. Dalam keterpaksaan aku sudah pun sampai sini.
Malam ni aku nak bercerita pasal salah seorang adik aku.
Aku ade 3 orang adik, dan salah seorang adik aku bernama Fahmi. Berumur 18 tahun, dan sekarang bekerja kat kedai makan mak saudara aku di seberang perai.
Menariknya pasal budak ni, dia di waktu sedang meniti alam kebudakkan yang kurang comel sikit daripada aku, dia agak gemuk. Sebenarnya kami berdua gemuk. Kah kah kah. Tak nak mengaku pulak tuan blog nih..
Dan dia ni la teman gaduh aku waktu kecik2. Gaduh yang dimasukkan di sini bukan setakat berperang mulut, malahan bertumbuk, cubit-mencubit dan beberapa aksi extreme lain yang tidak mampu aku nyatakan disini.
budak gemuk teman gaduh aku
Dan kami memang selalu bergaduh, sampai la aku masuk asrama waktu form 4.
Aku memang jarang jumpa dia, except waktu aku cuti je la kan. Tapi sekarang dah tak gaduh dah, malah dia amat rajin membantu buat kerja2 rumah.(terharu adik lelaki buat kerja rumah)
Pagi tadi aku jumpa beliau setelah 3 bulan terpisah sejak beliau mula bekerja. Macam jejak kasih pulak.
Aku tak puas hati. Kami sama-sama gemuk dulu, tapi dia telah berubah menjadi KURUS dan meninggalkan aku gemuk sendirian. Ini tidak adil!!!KENAPA?KENAPA?KENAPA?
beliau sekarang...(gambar pagi tadi)
Sekarang beliau dengan bangganya boleh mengutuk kakak kesayangannya gemuk,sebab beliau sudah kurus..
Nampaknya saya kena diet untuk jadi kurus macam beliau!!!
Go go go, u can do it fatihah!!(excited tiba2)
Lecturer aku cakap kalau doktor gemuk macam mana nak nasihat patients nanti. Ibarat ketam suruh anaknya catwalk lah.
Baiklah, mari mengamalkan pemakanan seimbang dan exercise sekarang...yosh!!
Daa~~.
12 Orang Macho komen:
omg! comelnya duck tu... sama comel ngn duck yg ada kat belah kanan atas tu.. anyway.. blog anda sungguh menarik buat saya tertarik.. suka dan follow anda
Ini entry terbaru saya..
Cara cepat tingkatkan traffic
Fakta mengenai MyKad
Cara Mudah memikat WANITA (hanya untuk lelaki sahaja)
Teknik yang mungkin anda tidak tahu untuk Turun Berat Badan!
Nak Tahu Berapa Nilai Blog anda??
Ranking of Malaysian's Heroes, Safee, Shahrul and Fahmi
Skuad MALAYSIA berjaya Benam CHELSEA 3 - 0
Saya Jamin Shampoo anda guna boleh bawa Penyakit!
Mari lah ROGOL saya!
wah...thanks a lot!!!
huhu..banyak gila link entry awak tinggalkan untuk saya..muahaha.
baiklah, saya akan baca satu persatu okeh..
thanks again..x)
niesz nk mintak tips kat adik awk ley..hehe..mau slim gak..haha..
wah...dah macho memang blh berlagak poyo dengan kakak...hehehehe...
adik saya selalu kata saya pendek...saya taulah diaorang semua tinggi2....huhuhuhuhu.
New enter: Aku rindu drama korea
niesz
dia memang diet dan rajin bersukan..sebab tu cepat kurus..haha
kakak dia ni pemalas sikit..*sigh
zahidah dihaz
eh, samalah kita! saya pun paling pendek dalam 5 orang power rangers mi..huhu
No2 dan No9 tu kod untuk family kitaorang...boleh check kat sini: Entry pertama di tahun 2011
zahidah dihaz
wah, ada kod untuk family! macam agen pulak..hehe
wah..kurus kurus..
adek dhiya pon makin kurus..kaka die je..makin tembam HAHA
nur dhiya' aida
samalah kita...huhu.
mari berdiet dan exercise bersama2..xD
diet 2 leh pcaya lg..tp bab exercise ni. kurang pcaya.hahah. cik fatihah nak exercise? tnjk prove pas ni..bukti exercise.amacam?leh?
Syukri Hasshan
OMG..berani kamu meragui keazaman saya encik syukri.
okeh, saya akan cuba tunjukkan bukti exercise selepas ini.
nantikan..hahahaha
Post a Comment