Wajah ummi dipandang sepi. Bebelannya bagaikan angin yang masuk ke telinga kanan, tersumbat tak
keluar-keluar di telinga kiri.
"Ummi, ainul nak
keluar sekejap."
"Hah, nak ke mana
pulak tu? Anak dara apa
kamu ni Ainul, keluar malam-malam macam ni. Tengok jam tu, dah pukul 11 kamu tahu? Nak ke mana
kamu? Ish, kadang-kadang ummi menyesal la bela kamu. Patutnya ummi biarkan je
kamu kat rumah anak yatim waktu kamu kecik-kecik dulu. Baru kamu tau tinggi
rendah taraf kedudukan kamu tu. Dasar anak luar nikah."
Kata-kata itu
menikam hatinya bagai bilah belati yang tajam. Mata, kenapa kau basah lagi? Hati,
kenapa sakit sangat ni? Aaah, persetankan semua ini.
Aku terus membuka
pintu, membiarkan bebelan ummi berlalu sepi. Motor dihidupkan, dan seperti
kebiasaannya, aku memecut selaju yang mungkin untuk menghilangkan galau di
hati.
"Dasar anak luar
nikah".
Suara ummi
bagaikan radio buruk, dimainkan berulang kali.
Aku berhenti di
penjuru jalan. Hon bertalu-talu dari kereta yang lalu tidak dihiraukan. Airmata
merembes perlahan. Esakan yang ditahan sejak tadi berubah menjadi tangisan
sayu.
******
"Ummi, Ainul mana?"
"Entah, keluar tak
balik-balik lagi. Tak sedar diuntung budak tu."
"Ummi, dah la
tu..kecik hati dia."
"Yang along nak
bela sangat dia kenapa? Tak sedar ke dia banyak bawak masalah kepada keluarga
kita."
Izham mengeluh
perlahan.
"Ummi, bukan salah
Ainul. Kenapa Ummi nak mengungkit status dia dari dulu, sampai sekarang? Cuba
letakkan diri ummi kat tempat dia, apa perasaan ummi?"
"Izham jangan cuba
nak mengajar ummi ya, ummi tahu apa yang ummi buat."
"Tak, ummi bukan
macam tu maksud Izham. Cuma..."
"Sudah, pergi naik
atas. Dah lewat ni. Biarkan Ainul tu, kalau dia ingat jalan balik, baliklah dia.
Kalau tak suka hati dia lah nak pergi mana."
Izham diam.
Umminya memang manusia yang keras hati. Kematiannya ayahnya 5 tahun yang lepas
mengubah umminya menjadi manusia yang hampir tidak dikenalinya lagi.
Pintu bilik
ditutup perlahan. Izham mencapai handset, dan mendail pantas nombor telefon
Ainul. Terdengar suara Ainul perlahan memberi salam
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam.
Adik, adik kat mana tu? Dah lewat ni..baliklah. ummi dah risau tu."
"Haha"Aku ketawa
sinis." Ye ke ummi risau, ke along buat cerita je ni. Ummi mana pernah risau pasal adik."
"Adik..janganlah
cakap macam tu. Adik kat mana
ni? Along pergi jemput ye."
"Takpe, adik
boleh balik sendiri. Along jangan risau."
Telefon
dimatikan.
Aku mengeluh perlahan.
Along, antara manusia yang begitu mengambil berat. Sejak kematian abi,
kemarahan ummi terhadap aku semakin menjadi-jadi. Aku sendiri tidak ingat sejak bila aku
mula sedar status aku sebagai anak angkat dalam keluarga ini, kerana ummi
dengan baik hatinya akan mengingatkan aku setiap hari sejak aku mula
menjejakkan kaki disini. Aku sah menjadi anak angkat mereka pada usia 2 tahun. Pada
usia dimana aku tidak tahu erti kehidupan.
Pada mulanya
memang aku menangis. Ummi akan cepat marah, waima atas kesalahan kecil sekalipun yang aku lakukan. Aku amat terasa sekali perbezaan layanan ummi
terhadap aku, jika dibandingkan dengan layanan ummi terhadap along. Along
ditatang bagai minyak penuh, selayaknya begitu kerana along anak kandung ummi
dan arwah abi. Aku ini hanya menumpang. Menumpang kasih dan menumpang sayang.
Malah, harta yang dilaburkan terhadap makan minum dan pakaian aku sering kali
diungkit oleh ummi.
Cuma, layanan
arwah abi terhadap aku membuatkan aku masih bertahan, kerana arwah abi sering
meminta aku bersabar dengan sikap umi. Arwah abi dan umi bagaikan langit dengan
bumi, kerana arwah abi sangat menyayangi aku dan melayani aku bagai anak
sendiri. Sama seperti layanan arwah abi terhadap along. Sering kali aku
bertanya kepada arwah abi,
" kenapa abi ambil adik sebagai anak angkat, sedangkan
ummi tak suka ainul?"
Dan arwah abi
akan tersenyum, dan menjawap perlahan.
"Ainul, bukan ummi tak suka. Kami memang suka sangat dengan Ainul, jatuh
sayang dengan Ainul ketika melihat Adik di teratak kasih dahulu, cuma adik
berilah ummi masa. Abi yakin, ummi akan menerima adik sepenuh hati satu hari
nanti."
Dan aku hanya menelan kata-kata arwah abi itu dengan pahit, kerana selepas kematian abi, sikap ummi semakin menjadi. Apa salah diri ini sebagai anak angkat? Dosa manakah yang aku harus tanggung sebagai anak luar nikah?
Aku menggeletar kesejukan. Rupanya sudah 2 jam aku disini pinggir jalan ini. Jam tangan pemberian arwah abi menunjukkan pukul 1 pagi. Aku melangkah ke motor perlahan.
Aaah, sudah...tak mahu start pulak motor ni? Cis.
Tanpa aku sedari, dalam kesamaran dinahari itu, sebuah kereta berhenti di tepi aku perlahan.
"Assalamualaikum." kedengaran lafaz salam dari pemilik kereta berkenaan.
Bersambung.
Wah, apa kejadahnya aku mengarang cerpen ni. Tengok la kalau rajin aku sambung. Hahaha. Bye.