Blogroll

Tuesday, January 31, 2012

HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu


Klik gambar untuk maklumat lanjut.


Cak! Lama tak join segmen-segmen ni.  Bosan ya amat rupanya cuti panjang macam ni, sebab tak dapat kerja, nak amik lesen pun tak de yang nak sponsor. Sadis betul macam ni. Rasa patah kaki dan jiwa duduk di rumah sambil terbesarkan badan tiap-tiap hari.  .

Haip haip. Muahaha, mula lah tu nak melalut lagi

Kembali ke jalan yang benar.

Aku nampak segmen ni kat blog faiz ni, tahu-tahu je kan aku sebab dia mention nama aku dalam segmen tu. Hoho.. Patut la aku asyik bersin je dari tadi.

Mari mulakan.

1)Nama anda sebagai blogger

Nama sebagai blogger, Miss Guinea. Nak tahu macam mana aku idea nak guna nama ni, klik sini. Nama sebenar aku adalah Cahaya Pembukaan. Hah, translate lah ke bahasa arab sendiri.

2)Nama blog anda

Nama blog? Cerita Tentang Aku seperti yang tertera kat header yang tak berapa nak macho di atas.. 99% content dalam blog ni memang mengisahkan cerita pasal aku, dan 1% lagi menceritakan hal-hal sewaktu dengannya seperti cerita aku frust fail exam misalannya. Eh, jap jap. Fail exam tu pun cerita pasal aku jugak kan? Cis.

3)Tagline blog anda (jika ada)

Tagline? Alamak derr....tak pernah terfikir pun nak buat. Tapi takpe, lepas ni boleh pikir. Contoh tagline Mari Merapu dalam Blog Sendiri dengan Berhemah mungkin? Muahaha....panjangnya tagline aku.

4)Ceritakan bila anda mula berblog, mengapa dan kenapa anda berblog. Apakah inspirasi anda untuk berblog?

Mula berblog pada bulan 2010. Kalau dicongak-congak dan dihitung-hitung dah setahun lebih la aku dah blog. Kalau baby setahun baru boleh berjalan-jalan dan bercakap sikit-sikit kan? Haa, macam tulah blog aku ni. Banyak lagi kena improve.
Sebab-sebab aku berblog? Sebab terpengaruh dengan kawan aku, Idati dan blogger-blogger yang seangkatan dengannya. Aku nak satu medium untuk meluahkan rasa hati. Nak melahirkan satu sisi diri aku yang orang lain tak kenal sebelum ini.  
Inspirasi untuk berblog? Entah..kalau ade cerita gigih la jari-jemari aku menaip, kalau tak bersawang lah blog ni. Senang kata aku bukan blogger tegar sangat lah.


Hah dah siap satu entry. Senang je segmen ni, wahai blogger-blogger yang rajin dan budiman marilah kita join untuk mengeratkan silaturrahim. Ecece, ayat tak boleh blah. 

Till then, bye. (>_<)


9 Orang Macho komen:

Lia Irdelia said...

wahahha,
nice...
salam singgah dari saya.. :)

Pha Is said...

laju je ko tau.. hahaha

atnur @ Iza said...

hi Miss Guinea aka Nur Fatihah (betul kan? Nur Fatihah tu Cahaya Pembukaan kan? kalo salah, sorry... saya x reti Bahasa Arab. x pernah Bahasa Arab masa sekolah dulu. :P)! :) salam perkenalan!

tergelak besar saya baca post awak. lol! so saya pun boleh dikira dalam kategori rajin & budimanlah kan sbb join segmen HH sama mcm awak? :D

Makwe Kintan said...

salam ukhwah...^__^

inapramli said...

slm sggah dan fllow.jomla fllow akak jgk.tq.

✿✿mamAuni✿✿ said...

salam ukhwah
join segmen ni & folo kamu sekali..ju dtg blog sy & slmt bekenalan..

Ayang Anim said...

salam kenal...

nur fatihah...
terjah dari segmen yang sama..
All the best..

Fatihah Mustapa said...

Lia Irdelia
ngee..thanks. :)

pha is
eh mesti! muahaha.

atnur @ Iza
hampir tepat nama tu. hehe. salam kenal.

Makwe Kintan
salam ukhwah juga. :)

inapramli
terima kasih. :)

✿✿mamAuni✿✿
salam kenal juga. :)

Ayang Anim
:) thanks.

Admin said...

As-Salam Cahaya Pembukaan ...
Ada sisi lain dalam diri ehh ... memang blog adalah medium untuk nyatakan sisi itu yang di dunia realiti agak sukar dilakukan.

Terima kasih atas kesudian join segmen di HASRULHASSAN.COM. Semoga bertambah rakan di dunia blogger ini dan dapat manfaat serta memberi manfaat kepada yang lain.

Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Terima kasih sekali lagi.
http://www.hasrulhassan.com