Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, February 29, 2012

Faith.

Tuesday, February 28, 2012

Mamai

Aku tak tahu la apa yang tak kena dengan aku pagi ni, agaknya sebab bangun awal sangat dan masih mamai kot. Kerana aku dengan blurrnya menuang air panas ke dalam botol air nestea yang baru di beli ni. 

Habis kemek! (T_T)

'bijak' betul kau fatihah.




Saturday, February 25, 2012

Super duper ceria dan bahagia.

Assalamualaikum.

Setelah seminggu kelas bermula, semangat belajar makin membara. Huahuahua. Kau buang tebiat ke apa fatihah ayat skema sangat ni? (-_-')

Well, aku sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin baru. Dan ya, I love it! Kadang-kadang terfikir kenapa dari awal aku tak amik math? Tapi lepas tu aku tersedar sendiri yang semua ni kan dan ketentuan dari Nya.. Kan? Kalau aku tak amik medic dulu, aku tak berpeluang kenal dengan batch medic yang super awesome itu! Hehe..Ayat membodek nih. ;p.

The awesome people.


Sebenarnya kegirangan hari ini disebabkan duit scholarship JPA dah masuk. Maka misteri terbongkar sebab apa mood aku ceria macam kanak-kanak ribena ni.

Dan semalam waktu aku pergi merambu-ramba bersama ex-housemate ke Mines, akhirnya aku berjaya membeli produk muka yang aku idamkan sejak sekian lama. Aku memang target tunggu duit masuk je, then terus nak beli benda ni.


Hado Labo

Produk muka Hada Labo ni mahal gila siot. Dan aku memang guna lotion muka ni dengan amat berjimat-cermat sekali. Target aku supaya produk ni tahan selama 4 bulan. Dan aku ada baca review dari bloggers lain yang guna produk ni kata satu botol tu boleh tahan sampai 4-6 bulan. Sebab tu aku pejam mata beli jugak, walaupun harga dia RM40+ tapi boleh tahan lama. Maka berbaloi la kan? Hehe*pujuk hati sendiri sebab first time beli produk muka mahal macam ni.








Oh ya..aku nak mintak pendapat korang ni. Aku bercadang nak hantar entry Gadis Itu ni untuk pertandingan penulisan kreatif kat kolej kediaman aku. Korang rasa sesuai tak?  Ada perenggan dalam sajak tu yang boleh aku baiki?
Boleh bagi pendapat korang kat entry ni atau terus ke entry Gadis Itu. I really appreciate it!

Kalau menang boleh kongsi hadiah sama-sama. Ecece. Berangan betul kau fatihah! ;p

Have a great weekend everyone!

Till then.. Bye. <3

Wednesday, February 22, 2012

Nasib baik.

Assalamualaikum. 

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin darinya aku masih mampu mengupdate blog yang sudah mula bersawang ini. Ecece intro skema!

Hari pertama start semester baru, aku mencipta sejarah baru dengan menumpahkan kopi o ke atas laptop tersayang ini. Sehari suntuk aku tak boleh nak on laptop. 

Nasib baik boleh on jugak akhirnya, selepas aku puas berendam air mata dan sibuk call along, ama dan sape2 lagi sebab tak tahu nak handle macam mana. 

Dah la JPA tak masuk lagi, kalau laptop ni buat hal aku tak leh bayangkan macam mana aku nak survive semester baru ni dengan assignment yang berlambak2. Dan kalau laptop aku betul-betul rosak hari tu, memang blog ni akan diam kaku tak berupdate-update. 


Agaknya sebab dah lama cuti, hari ke-3 bermulanya semester ke-2 ni aku dah penat termengah-mengah. Stamina takde. Dah tu kat rumah asyik membuta je. 


tengok, jadual aku tak la pack mana pun, tapi jarak antara kelas tu masyaallah boleh buat aku kurus sebab kena jalan jauh. haha

Semester ni kena tukar bilik, dan dapat rumate baru.

Subjek semester 2:

  • Advance calculus
  • Probability dan Statistic 1
  • Physic 2
  • Hubungan Etnik
  • Pertanian dan Manusia
  • General Writing Skills
  • Batik Canting
Yosh, maru berusaha untuk mendapat 4.flat sem ni! :D

Bye.

Friday, February 10, 2012

Jujur

Mak aku: Akak akak, kamu balik UPM bila?

Aku: Esok.*selamba

Mak aku: Hah?*berhenti jahit baju dan pandang tepat-tepat mata aku.

Aku:...........

Mak aku:........*masih pandang mata aku

Aku: Hahaha..ahad minggu depan la...awat?

Mak aku: Oh..*lega. Sempat la lipat kain baju yang berlambak tu..

Aku: Hah??? Lol. Mak ni, ingatkan sempat nak bermanja ke apanya. Ceh.*sambil amik kain untuk dilipat.

Tuesday, February 7, 2012

Balik oii!

Jitra, view dari beranda rumah maklang aku.


Dah 5 hari kat Jitra rupanya. Bak kat adik aku, boleh mati keboringan kat sini kalau suruh aku stay seminggu lagi walaupun access internet selaju kereta ferrari. Yelah, secantik mana pun tempat orang, akhirnya rumah sendiri juga yang dikenang. Home sweet home babeh. 7.45 petang ni aku akan naik train menuju ke my hometown tercinta. Orang-orang Bidor, nantikan kepulangankuuuu!!! 

Overreact betul minah ni. I just saving u from have to say it. (>_<)

Anyway, cuti semester aku berbaki lagi seminggu ni. Ahh, lega rasanya kerana aku sudah muak cuti lama-lama tanpa menghasilkan sesuatu yang produktif.

Till then. Bye.

Monday, February 6, 2012

Fakta vs Realti


Apemacam, boleh jadi mak budak tak? muahaha.

Fail.

Aku memang suka budak2, tapi budak2 tak suka aku.*sigh
Orang dah tak suka buat apa nak paksa. Haha

Bye.






Sunday, February 5, 2012

Aku tak paham.



Dunia, aku tak paham. 
Kenapa kalau isu pegang anjing ini kalian kecam dia begitu hebat sekali.

Pernah dengar perkataan samak tak?

Pernah dengar sabun taharah?

Tu, sesetangah artis yang selamba bersentuhan dengan bukan muhrim tu, macam mana pulak?

Boleh samak ke?

Lebih baik pegang anjing dari pegang lelaki bukan muhrim. Heh.

Sentuh ANJING jd persoalan hangat...sentuh BUKAN MUHRIM semua senyap..Dunia nk kiamat




Syukur.

Salam.

Aku kat jitra sekarang. Petang tadi ikut sepupu aku ronda-ronda jitra, hati ini teringat sangat zaman matrikulasi dulu. Once upon a time, aku pernah belajar kat Kolej Martikulasi Kedah, KMK. Dan juga merupakan matrikulasi yang terbaik kat Malaysia. Amboi pandai-pandai je aku bagi statement begitu. Haha. Rasa hati ni membuak-buak je nak melawat ke sana, tapi tak de orang nak bawak. :/

Oh ya, result exam aku dah keluar. Syukur alhamdulillah sangat-sangat, walaupun tak capai target nak semua A. BI dan calculus aku A-. Aku tak terkejut langsung apatah lagi terkejut beruk pasal calculus tu, sebab masa exam tu memang aku tak dapat nak buat satu soalan, yang membuatkan 10 markah terbang secara percuma. Yaa, percuma kau tahu!
Then carry mark untuk calculus aku memang agak rendah nak dibandingkan dengan carry mark subjek yang lain. Itu pun nasib baik tak dapat B. Bersyukurlah fatihah, bersyukur.

Maka untuk ini peringatan untuk diri sendiri, bahawasanya aku kena berusaha gigih lagi untuk subjek advance calculus sem depan.

Dan paper BI aku tu...no komen. Serius no komen. Eh macam retis pulak.

Yang kelakarnya bila bercakap pasal isu result exam ni, bila aku bagi tahu mak aku. Mak aku sebelum ni, walaupun agak redha bila bertukar kos, sekali-sekala beliau akan meninggalkan kata-kata yang berbisa jugak untuk anaknya yang comel ini. Seperti;

Tulah, dulu elok-elok amik kos doktor pergi gatal tukar kos pulak. 

Haha, aku tahu kadang-kadang mak aku hanya terlepas cakap. Yelah, seorang mak hanya nak yang terbaik untuk anaknya. Aku paham.

Tapi bila aku bagi tahu result aku tadi, mak aku dengan drastiknya berkata

Laa....kenapa dulu pergi gatal amik medic?

Pulak? Aku dah gelak guling-guling. Adoi, macam-macam la mak aku ni. :')

Bye.






Thursday, February 2, 2012

Too Fast.


~my sis~

Kejap je dia besar. Dah sama tinggi dengan aku dah. Cis. Padahal baru darjah 5.