Blogroll

Sunday, January 1, 2012

Gadis Itu.

Gadis itu,
Telah jatuh hati kepada jejaka impian,
Menjadi pemuja berpaksi hati yang tidak keruan,
Sering menyimpan angan-angan,
Menabur harapan bak puteri khayalan,
Berdoa dirinya adalah rusuk kiri jejaka pilihan.

Gadis itu, 
Berbunga hatinya
Apabila jejaka rupanya turut berperasaan sedemikian
Mengirim salam perkenalan
Bermula sms dan panggilan
Terasa diri di awangan
Pelajaran mula diketepikan
Pesanan keluarga turut diabaikan

Gadis itu,
Dalam masa yang sama lupa akan ketentuan,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Manusia ini hanya mampu merancang,
Hakikatnya Tuhan juga menentukan.

Gadis itu,
Patah jiwanya,
Apabila jejaka terlibat dalam kemalangan,
Kembali ke sisi Tuhan,
Tanpa sebarang pesan.

Gadis itu,
Mula menyalahkan ketentuan takdir,
Yang tertulis sejak azali,
Menyoal kenapa, mengapa dan apa salahnya, 
Menerima nasib sebegini.

Gadis itu,
Tersedar satu hari,
Apabila melihat seorang manusia mulia,
Seorang ibu yang kematian suami,
Membesarkan zuriatnya sendiri,
Dengan tabah dan bersyukur seadanya nasib diri.

Gadis itu,
Merenung kekhilafan diri,
Dia yang hanya kematian si kekasih hati,
Yang belum sah menjadi suami,
Rintihannya mengalahkan si ibu tunggal yang ditemui tadi,
Malunya kepada Allah tidak terluahkan oleh kata hati.

Gadis itu,
Terasa jauh dia pergi,
Dari rahmat Ilahi,
Sedangkan manusia disuruh mencari,
Memohon hidayah dari-Nya,
Sebelum ajal menjemput diri.


Gadis itu,
Mula mendekatkan diri,
Menunaikan solat 5 waktu tanpa jemu di hati,
Membaca Al-Quran yang selama ini dibiarkan sepi,
Berusaha berubah kearah menjadi muslimah sejati.


Gadis itu,
Bersabar menanti jejaka,
Yang beriman dan soleh dalam erti kata sebenarnya,
Seorang pemimpin untuk keluarga impiannya,
Menyunting dirinya dengan matlamat,
Bersama menuju ke Jannah,
Dan menjadikan redha-Nya sebagai keutamaan,
Di dalam kehidupan yang singkat ini.

Dan gadis itu berusaha menjadi calon isteri yang terbaik,
Kerana perempuan yang baik itu, hanya untuk lelaki yang baik.

Insyaallah.(>_<)




Related Posts:

  • Lelaki berwatakan perempuan.Semalam aku gi bookfair pwtc, gambar akan diupdate kemudian, kalau aku rajin. Hehe. Anyway, aku nak cerita pasal benda yang aku nampak semalam kat kfc… Read More
  • Update ke book fair PWTC.Assalamualaikum. Hari jumaat yang lepas, aku telah dipaksa ke book fair pwtc. Ecece, ayat nak dramatic. Tak delah dipaksa, rela je I ikut..(miza jang… Read More
  • BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST klik sini untuk maklumat lanjut. Entry yang menjadi pilihan saya, adalah Buah hati saya yang bernama yuka. Saya suka entry ini sebab ianya… Read More
  • Fall in love.Assalamualaikum. Omg, i fall easily with guy that love animals. Seriously. Kalau jumpa je lelaki camni, terus nak ajak kahwin la..Boleh kita bela h… Read More
  • Apabila photoshoot bersama matahari.Assalamualaikum. Ni gambar2 kreatif yang aku jumpa kat tumblr.  Cantik kan? Kreatif betul manusia yang amik gambar ni.&n… Read More

2 Orang Macho komen:

abdooss said...

Dik,

Ada Prof/lecturer komen;

"Hari ni dah mula exam bebudak di UPM ni. Macam kesian je tengok muka mereka yang serabai dan tak cukup tidur. Tak, aku tipu. Aku tak kesian pun. Saper suruh baca buku last minit. ***" -Dr Notts

(http://aammwa.blogspot.com/2012/01/itulah-sebabnya.html)

hahaha.. sabar ye.. jangan hilang fokus ye, dik?

Fatihah Mustapa said...

haha..dak aiih, saya cukup je tidor. :p

thanks anyway..:)