Blogroll

Friday, November 16, 2012

Hitam menawan.

Kulit aku dah makin tan, akibat berjemur di bawah terik mentari selama beberapa hari untuk mengecat rumah sambil merisaukan test 2 selepas naik cuti.

Maka aku terbeli produk berikut dengan harapan kulit kembali cerah. Cet. 
Ni namanya sudah terhantuk baru tengadah.



Sepatutnya apply sunblock sebelum cat rumah tu, bukan selepas. Dah gelap macam ni baru kelam kabut cari sunblock. Haha. 'Bijak' la kau ni fatihah.

Takpela, hitam tu kan manis.*pujuk hati sendiri.

Anyway, aku dah ada kat UPM ni. Semangat balik awal semata2 nak studi untuk test hari selasa dan rabu ni. Terpaksa korbankan cuti berbaki 2 hari. Sedih betul. Kalau kat rumah memang eden tak studilah. 

 Cepatlah rumate kesayangan balik! Bosan dok kat bilik sorang2. Nasib baik ada student sabah sarawak yang tak balik stay kat floor ni. 

Fatihah, jangan kau buang tebiat teringat cerita hantu time begini. Bye.

2 Orang Macho komen:

Pha Is said...

hahahaha
kim salam kat makcik jual nasi lemak tepi tingkap tu yer.. hahahaha

Fatihah Mustapa said...

demmit! hahaha. kau memang la kan..