Blogroll

Wednesday, February 25, 2015

Miracle do happen!!!


Wah....lebih kurang sebulan je lagi, genap la setahun aku tak update blog! Bahaha. Eh sekarang ni macam trend tau, kita update blog setahun sekali je. Jimat masa. ;p Pandai la ko fatih, cover diri sendiri. Even password nuffnang aku pun dah lupa. :/

Entah...dalam setahun lepas, kegilaan nak blog tu dah makin jadi hambar kot. Lepas tu kewujudan instagram menjadikan aku makin malas. Malas tu kata kunci utama. Instagram tu dah jadi macam blog mini aku. Hihi. Alah bukan aku sorang, banyak je blogger lain jadi macam ni kot. Blogger yang femes lagi tu. Tapi aku tabik la dengan beberapa orang kenalan yang still gigih dan maintain mengupdate blog ni. Serius kagum.

Tapi sejak nak masuk fasa mak orang ni (eh?), aku jadi gila stalker blog Namee Roslan. Tak tau la kenapa. Lepas dah hampir habis godek blog dia, baru teringat eh rupanya aku pun ada blog sendiri. Ha ha. Lawak hambar.

So setahun... setahun yang memberi impak besar dalam hidup. Sad news, my gary dah takde..


aaaaa..rasa nak nangis tengok gambar ni  T_T

 Mak kata gary merajuk sebab aku dah kawin.  Dia demam, pastu mati. Kat riba aku.. Kita jumpa lagi kat sana gary.. :')









And yeeeessssss...aku dah kawin. :3. Haha tetiba je kan. Dah pregnant 7months++ pun. Gempak tak tak update blog hampir setahun tetiba dah kawin pastu nak beranak. Hahaha.





Akad nikah 18/7/2014
Reception 23/8/2014
Sebenarnya tak plan pun nak nikah tahun lepas... walaupun mulut ni pung pang pung pang manakah jodohku (haha sadissss), tapi aku pikir atleast biarlah habis study dulu. Tapi dah jodoh, Allah kata kun fayakun, maka jadilah. Siapalah aku nak menolak jodoh yang mendatang. Ececece. Ayat.. Tampar nak? haha.


Sebulan lebih lepas nikah, kami (baca aku dan suami hikhik) dapat khabar pregnant. Eh aku la pregnant, takkan hubby pulak. Alhamdulillah. Rezeki. Bunting pelamin kot kata orang tua2. Haha. Even masa reception aku pun, sebenarnya dah bertiga tapi masa ni tak tau lagi. Ye dalam senyap rupanya baby nak makan lauk kenduri sekali dengan ibu dan walid dia. ;p

Sekarang menghitung hari nak bersalin. grrrrrr. Seram sejuk panas peluh gigil semua ada. Semua version bersalin yang best dan agak tak best aku dah dengar. Tulah padan muka sape suruh gigih baca pengalaman bersalin orang lain? Hahaha. Moga dipermudahkan. Tolong la doa sekali eh..



Maybe pasni update pulak pas dah anak sepuluh pulak kot. MUAHAHAHA. mulut kau fatihah.

Ok bye. :)

6 Orang Macho komen:

idati said...

amboiiii....setahun sekali nampakk..hahahahah...

best kan blog nameeroslan..kikiki

Fatihah Mustapa said...

Hahaha.. sementara ada masa lapang ni boleh la taip sikit2. Aku addicted weh dgn blog dia, hari2 bukak tgk.

abdooss said...

Oh, gitu ceritanya...

Tahniah, dan Barakallah alikuma wa baraka fikum... semoga baby sihat sejahtera hendaknya.

Errr... study camne dik? Tak cerita pun?

Pha Is said...

sedih sangat kalau nk tunggu anak sepuluh baru nk update. update la 1 entri untuk setiap anak. beranak je, update blog.. beranak je, naik 1 entri. cukup 10 anak cukup 10 entri.. hehehe...

Nurul Fatihah said...

Tq... tangguh kejap study.

Nurul Fatihah said...

Haha takdela mcm tu.. melawak je.