Blogroll

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, December 31, 2010

LARA HATI-KATON BAGASKARA

Tiba-tiba bangun pagi teringat2 lagu ni.

Jom layan lagu ni dengan aku...best!!!jiwang mahsyuk sih...


LARA HATI- KATON BAGASKARA

Yang tertinggal
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Ditemani dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua telah berlalu
Yang tersisa
Rinai tawa mu
Di sudut benak ku
Seperti kau
Masih di sini
Larut di pelukku

Prahara menerjang
Kekasihku terhanyut
Menghilang
Ku semaikan duka
Kau tak pernah kembali

Oh... angin malam
Bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Kerna kenangan

Yang tertinggal
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Ditemani dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua telah berlalu


Pernah dengar tak lagu ni? Lagu indon ni..tapi aku tak sure tahun bila lagu ni..
Nah dengar lagu dia, tadi layan lirik je kan.


Best kan?best kan? walaupun jiwang, tapi aku suka gile lagu ni. Suka gile, gile pun tak macam ni.

Eh, korang jangan kata aku putus cinta pulak, takde kaitan okeh..aku buang tebiat je ni. Takde kaitan antara hidup dan mati...xD

Ahah..entry perasan!!!;p

Assalamualaikum...xD


Baru-baru ni aku letak gambar profile pic aku kat fb macam ni.



Kunun2 perasan macho atau kachak la...hahaha..


And ade la beberapa feedback aku terima..;p(bajet betul ko fatihah)


Klik untuk gambar terbeliak..hik hik..











Tiada motif sebenarnya..aku tak de kerja.

Sekarang korang mesti tengah menyesal baca entry ni..hohoho.

Daa~~

hik hik..(gelak jahat lagi sekali)

Pelat yang tak comel, ditambah english yang berterabur..PERFECT!!!

Ahah, masa kecik2 dulu, aku selalu buat perkataan sendiri. Yelah, dunia aku, kanak2 tak cukup umur lagi. Perkataan yang aku selalu tukar(yang aku ingat la) ketiak=tekiak..Huh, masa tu comel kot kalau pelat..

Bila dah besar sikit, masuk sekolah menengah, aku ingat waktu presentation sejarah aku tersalah sebut tokyo. Aku pronounce dengan jelas dan amat yakin tokyo sebagai TOK-YO, bukan tokio seperti kebanyakkan manusia lain...waaa, aku digelakkan sepanjang sesi presentation tersebut oleh classmate aku. Cikgu sejarah aku waktu tu pun tumpang sekaki..tak patut sungguh.

Maybe diorang bayangkan atuk tua tengah bermain yoyo..phew..

Sekarang, walaupun dah masuk universiti, aku masih jugak tersalah sebut. Kebanyakkan words english la. Correct pernah aku pronounce sebagai korek, cotton sebagai keten, dan banyak lagi la. Aku tak bangga, tapi bernasib baik orang sekeliling aku banyak bantu aku membetulkan sebutan aku. Tapi bayarannya adalah menerima ketawa berdekah diorang dengan penuh ikhlas.

Hahaha..secara jujurnya english aku tak bagus, walaupun aku amik medic. Malu nak mengaku sebenarnya.. Tengoklah beberapa ayat english aku dalam blog nih, grammar pun berterabur. Aku waktu kecik2 dulu ada englishphobia. Serius, dari tahun 1 aku asyik dapat cikgu english yang garang, jadinya aku cukup anti subjek yang satu ni masa sekolah rendah dulu, cukup cukup benci. Agaknya kalau ade persatuan KAMI BENCI SUBJEK ENGLISH kat sekolah, aku boleh jadi presiden yang berwibawa waktu tu.

Hasilnya?? korang boleh tengok result UPSR aku, 4A 1 C.. Hah, C tu english lah..sob sob.

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, nasib baik aku dapat kesedaran, ok la sikit english aku. Meningkat la sikit markah ujian bulanan. Tapi PMR aku still dapat B dan SPM B3 untuk subjek berkenaaan.

Jadi adik2 sekalian yang pernah jadi macam aku, ambil iktibar okeh. Benci sesuatu subjek akan merugikan kita. Tak de guna pun.


************


Eh, aku perasan ada blog unfollow aku la..nak terasa tak, terasa tak nak? terasa tak?

hahaha...takdelah, suka hati korang la. Aku tau blog aku tak best...

Okeh, kesimpulannya aku dah tahu apa azam tahun baru aku. Nak mantapkan sebutan english aku, Ayuh confident!!!

Senyum lebar2..xD

Thursday, December 30, 2010

Kalau kamu sayangkan seseorang...

Assalamualaikum.

Hai..hari 31 dec, oohh...dah nak masuk tahun baru masihi rupanya..aiseh, cepatkan masa berlalu??

Aku masih ingat permulaan aku nak masuk sekolah rendah dulu. Sangat kelakar jika dikenang kembali. Hah, sangat merindui masa sekolah.

Apa azam baru korang? Azam aku nak lulus resit exam..hehe

Azam jangka panjang aku nak kuruskan badan, belajar rajin2..hahaha, sama je azam secara tak rasmi setiap tahun. Honestly, aku tak pernah amik serius pasal azam ni. Teruk kan??



************

Nak cerita yang hari ini aku terkena.

Mak aku tersayang telah refill botol ribena dengan kicap semalam. Disebabkan aku insan yang bertuah, dengan selambanya aku terbancuh air kicap hari ini, kerana disangkakan air ribena..demm!!

Sehari suntuk aku digelakkan..masin air tu kamu tahu, bersembur masa aku minum. Aku rasa maybe korang patut cuba..heh.



budak bertuah yang minum air kicap...waaa..GILA




************

Ahah, kamu sayangkan seseorang??Baca nukilan aku nih.


Kalau kamu sayangkan seseorang, pastikan si dia bahagia walaupun bukan dengan kamu

Kalau kamu sayangkan seseorang, lepaskannya si dia untuk bebas terbang dan jika dia kembali maka dia adalah milikmu

Kalau kamu sayangkan seseorang, cintai dia seumur hidup kamu

Kalau kamu sayangkan seseorang, jangan teragak berkorban demi kebahagiaannya

Kalau kamu sayangkan seseorang, luahkan isi hatimu seadanya

Kalau kamu sayangkan seseorang, ingatlah batasan dalam agama

Kalau kamu sayangkan seseorang, pastikan lafazmu jujur seiring dengan perbuatanmu

Kalau kamu sayangkan seseorang, prioriti kamu adalah untuk membuat si dia tersenyum bersama kamu

Kalau kamu sayangkan seseorang, terima segala kekurangannya dengan hati terbuka

Dan terakhir pesananku sebelum menyayangi seseorang pastikan kamu dapat menyayangi dirimu terlebih dahulu sahabat..


hahaha..jiwang lak fatihah ni. Tak tahu kenapa benda alah ni berlegar2 dalam kepala, tak sihat kot aku ni...;p



well, jiwang2 pun saya tetap bajet macho..huaahaha..


Dah2..stop entry syok sendiri..sorry , kalau nak info kesihatan sila bukak laman web ni. Bukan blog aku..;p

okeh, aku nak tido.

ESOK SAYA YANG RAJIN NI NAK MULA STUDI..HOHOHO(gelak kurang ikhlas)

Daa~~. x)



Tuesday, December 28, 2010

Berukband dan dilema kehidupan.

Hai geng..

Broadband aku kat rumah ni sudah bertukar menjadi berukband. Ya. Aku terpaksa maafkan beliau, kerana keadaan yang menjadikannya begitu.
Maka, aku tak dapat bergiat aktif disini, sekadar menaip di words, copy and paste di blog. Itu pun mengambil masa setengah jam untuk berukband aku menjalankan kerja beliau...beliau sangat tenat sekarang..sob sob..

Maka, niat suci murni aku untuk blogwalking tak dapat dilakukan secara giat. Maaf.

Sudah2, aku mahu menamatkan entry emo aku untuk beberapa hari ini..asyik sedih je.

Mari mulakan episod baru. Yakin.



*********



Dilema...semua orang pernah rasa kan?? Tipu la kalau kata jalan hidup dia straight je, tak de cabaran langsung. Tipu tipu..

Emo pulak..tapi betul la, cabaran tu yang mematangkan kita. Pilihan yang salah tu la yang mengajar kita membuat pilihan yang betul pada masa depan. Hidup ni tak selamanya indah dan tak selalunya suram. Pokok pangkal terletak pada hati kita untuk mencorakkannya. Kalau hidup atas dasar semata menyesali pilhan yang salah, maka pudarlah warna kamu.

Faham, apa yang aku cuba katakan jangan takut untuk menjadi diri sendiri, jangan takut untuk membuat silap. Kerana ianya pengalaman, dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Maka jadikanlah kesalahan kamu itu sebagai sesuatu yang kamu boleh pegang sebagai pedoman di masa hadapan



Ahhh, mudah untuk berkata-kata bukan??.. tapi itulah hakikatnya. Jangan tutup minda kamu, buka seluas yang mungkin, dan pandang hidup ini dari perspektif yang berbeza.

Salam sayang dari aku..daa~~

Monday, December 27, 2010

THE WORST DAY OF MINE

Hai..salam.

Ni entry emo dari aku. Sila jangan baca jika tidak anda tidak mahu terlibat.(macam cari gaduh pulak..hehe)

Ceritanya bermula begini.....drum roll please!!

Fakulti call aku pagi tadi, mengingatkan hari ini perjumpaan dengan lecturer dan student resit exam, sambil menekankan perkataan WAJIP HADIR ke dalam gegendang telinga aku. Disebabkan perrjumpaan itu ditangguhkan dari kul 8 pagi kepada jam 3 ptg, maka dengan berat hati aku decide untuk hadir jugak, Maka disinilah bad day aku bermula...

Aku naik bas ke bukit jalil jam 11.30 pg, sampai sana around jam 2 ptg. Aku naik teksi sebab nak cepat, sekali pak cik teksi yang SANGAT BAIK HATI tu cas aku RM53 untuk perjalanan dari bukit jalil ke kolej 17 yang tak sampai setengah jam tu..demm. Kan aku dah mencarut. Biasanya RM20 je. Bergaduh gak la aku dengan pakcik tu. Tapi sebab aku kejar masa, maka pejam mata aku bayar gak dengan tangan terketar2...


OKEH, SAYA BERSABAR.


Sampai je fakulti, aku terus gi bilik tutor tempat perjumpaan. Sekali eh, pehal takde manusia nih. Oh, nampak taufik, coursemate aku yang resit gak. 2 orang je yang hadir dari 8 orang. Kitaorang tunggu kat situ dalam setengah jam, lecturer tak sampai2 jugak. Orang pejabat datang kat kitaorang, inform yang lecturer ada meeting. Jadi lambat sikit la..takpe, kitaorang tunggu macam orang pandai.

Then 10 minutes after that, lecturer telefon. Tanya berapa orang yang datang, dan start membebel sebab 2 orang je yang ada....waaarghhh... Nape marah aku yang datang dari jauh ni? Gi la marah manusia yang tak datang tuh!!!! And the best part is je lecturer terbabit marah sebab aku balik rumah, beliau suruh student resit ni stay je kat kolej untuk studi, dan perjumpaan untuk hari ini ditangguhkan ke next Monday!!! Aku just diam dan iyakan apa yang lecturer cakap...dalam hati kalau lah aku boleh bertukar jadi raksasa masa tu...

OKEH, SAYA BERSABAR.

Selepas perbualan telefon yang kurang menyenangkan tu, aku gi pejabat kolej untuk amik kunci sebab aku kena stay beberapa hari for resit exam. Yang bestnya, orang pejabat kolej tu kata aku kena bayar RM4 sehari selama aku stay kat kolej nanti. What the??? Sem lepas aku resit tak yah kena bayar pun!!! Dah la lecturer yang suruh aku stay, and sekarang kena bayar pulak??

OKEH, SAYA BERSABAR.

Malas nak berbalah, aku amik je kunci dan terus gerak balik rumah. Aku naik train, sebab tawar hati nak gi bukit jalil sebab pakcik teksi yang baik hati tadi. Sampai kl sentral jam 4 ptg, Dan aku dapat beli train yang paling last ke ipoh, jam 9.45 malam. Fuh, dekat 6 jam gak la aku bertapa kat kl sentral tuh..

OKEH, SAYA BERSABAR.

Aku sampai rumah kul 12 tgh malam, Hasilnya hari ini kawan2, aku just pegi ke fakulti perubatan tadi FOR NOTHING!!! Hanya untuk buang duit+ kena marah dengan lecturer+ dan jadi petapa yang tak bertauliah.


**********


Hahahaha...sadis kamu tahu, Tapi yang menariknya, aku tak menangis langsung. Aku rasa pelik dengan diri sendiri. Aku ni, kalau dah bengang sangat selalunya aku akan menangis sampai terhenjut2 bahu. Tapi kali ni mana entah gi air mata tu..(garu kepala)

Aku gagahkan menaip malam ni jugak sebab kalau esok for sure perasaan aku dah lain.

Aku nak kemudian hari aku baca entry ni semula dan gelak sorang2 mengenangkan pengalaman yang sangat sangat sangat sadis ni.

Okeh, sekian saja, Sorry ni entry emo dari aku..daa~~

Saturday, December 25, 2010

Cak!!! entry sengal...x)

Assalamualaikum.

Rindu aku tak? Rindu aku tak?

Hah, takde? Takpelah..nak bawa diri..x(

Bye..



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Cak!!!Kalau korang scroll ke bawah ni maksudnya korang rindu kat aku la kan?...hik hik..Okeh, boleh lempang aku pelan2 sekarang..nak cubit pipi pun boleh untuk statement perasan tadi..;p

Aku kat rumah. Aku ade 2 berita, baik dan buruk untuk diri sendiri.


Good news-à aku tgh bercuti..hoooray!!

Bad news--à Aku kena amik exam sekali lagi sebab fail viva..

Conclusion-à cuti+resit exam= studi+blog

Hahaha..hebat kan conclusion aku..

Yaaa, little bit upset la kena repeat paper. Tapi aku dah tau ni yang aku deserve to be. Aku tak pandai, so kena usaha lebih lagi, Kalau tak nanti aku jadi doktor yang membunuh orang pulak kan? Mesti korang tak nak dapat doktor macam tu nanti..

So untuk my dear future patients, i will take many exam no matter hard it to be so i can be a qualified doctor!!ceewah….

Dah dah.stop merapu pasal diri aku.

Eh, sebenarnya itu je la aku nak cite..hahaha.

Dah ni blog aku...;p

Daa~~

Thursday, December 23, 2010

200 blog !


Berminat? Apa ni? Hah, klik sini dengan senyuman menawan anda..x)



sempat gak nak menyibuk walaupun kul 9 nanti ade viva. Saya kan blogger sejati...;p


daa~~

Wednesday, December 22, 2010

Nervous.....x(

VIVA

MySpace

PAKEJ 8
tarikh: 24 Dec
masa: 9-12 tgh hari

MySpace

gambateh fatihah!!!

3 perkara aku buang tebiat hari ini...hohoho..

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh...fuh, senafas!!

Hai hai.. Rindu kat aku tak? Haha..sengal la ko fatihah. Ko yang rindu kat blog ni kan..

Hari ni hari Rabu, dan esok result exam keluar babeh! Eh, aku maksudkan bukan result PMR okeh! Tapi result exam final aku..wuwu..

Rasa berdebar, gemuruh dan gementar..apa nasib aku lepas ni eh? Aku dah habis usaha. Cuma tawakal je sekarang.



*********


Hari ni aku gi Mid Valley. Jalan-jalan menikmati kebebasan akhir sebelum result keluar dan balik rumah. Tengok Rapunzel, fuh, sangat comel cite tu seh...serius nih!!

Macam biasa, kalau sampai mid aku mesti paksa peneman aku gi PETS WONDERLAND..
Wajib!!Huhu...

Dan, jalan jalan jalan....tak jumpa barang yang berkenan di hati.

Geram-geram..

Makanya, demi melepaskan ketensionan aku buat benda yang bukan-bukan kamu tahu! Tahu apa yang aku maksudkan? Heh, meh aku tunjuk gambar.

1) Aku beli JAVA CHIP dari STARBUCKS.

Tadaa....




Oh yaa...fyi, aku tak pernah beli atau minum benda alah ni. Oh, sila kata aku kuno atau ape, aku tak kisah. Memang sejujurnya aku tak pernah minum. Berhenti jap jantung aku tengok harga dia. Fuh, dapat satu set snack plate KFC kot!! Disebabkan aku teringin, dengan bongkaknya aku beli yang paling besar. Haha..ya kawan-kawan, saya sungguh takbur sekali..sila tampar saya sekuat hati kerana JAVA CHIP itu tidak mampu saya habiskan. Hanya SEPARUH sahaja...

Okeh, tukar saya kepada aku semula.



2) Beli makanan kat SUBWAY.




Ni pun first time jugak.

Aku tak ingat apa nama roti yang aku beli, tapi ianya ade chicken di dalam dan boleh pilih sayur sendiri!!! Wawawa...suka-suka!! Walaupun kelihatan agak jakun dan sedikit cuak, namun aku berjaya membelinya!! Keluar dari kedai SUBWAY tu dengan perasaan yang sungguh bangga sekali. Hehe.

3) Shade.

Ahah....ni pun buang tebiat. Ingat dengan confident nak gi mid pakai shade. Tapi disebabkan cuaca agak redup, sangat la tak sesuai untuk memakainya. Tak sanggup meneruskan niat murni ini kerana takut dengan bisikan hati sendiri.



Last last pakai kat rumah dan snap picture sendiri...sadisss...x(


Agak-agak, aku boleh tido tak malam ni? Waaa..RISAUNYA SAYA!!!

Okeh, nak berguling kat depan tv sambil lipat baju.

Daa~~.





Tuesday, December 21, 2010

Award ke-2...x)

Assalamualaikum.

Hai hai. Dapat award lagi!!! Best best. Tapi sory kepada cik aki kerana aku baru perasan jemputan beliau untuk amik award nih. Huhu, thanks okeh!


serius comel!!


Okeh, update pendek khas untuk cik aki. Jom terjaah blog comel beliau okeh!

Thank sekali lagi.

Daa~~

Monday, December 20, 2010

Tarakucaca..tarakucaca..

AssalamualaikumMySpace


Today was a very looooooonnnggg day to me. Yup, looooooongggg. Please pronounce ikut ejaan berikut. (habislah BI korang)

Hari ni kitaorg(aku dan ahli group) kena gi HKL, appointment dengan doktor Renu, memerangkap sebagai advisor kitaorang untuk research project next sem.

Keluar rumah 6.30 pagi, sampai HKL jam 8, sarapan and then kitaorg bertapa kat library HKL dari jam 9 until 11. Studi sedikit pasal induct of labour and twin babies, selebihnya aku online and camwhore sorang-sorang..hehe.MySpace

Amaran, kalau sakit mata jangan tengok. Tekan butang pangkah kat atas, sebelah kanan okeh!MySpace Aku tak kan kecil hati.



mukadimah kena peace!!!




heh, macam ikan buntal




perasan ade orang sebelah pandang pelik. eh, ko pehal!!(dalam hati je la berani)





okeh, malu sebentar





ayu tak, ayu tak? alamak, lupa senyum..sekali lagi.





okeh, macam ni. Nak muntah tengok gambar sendiri pun ade.





Dah macam apa je aku rasa.MySpace Ini akibat kebosanan melampau.

Finally, kitaorang dapat jumpa doc pada pukul 1 tgh hari. Fuh, bayangkan betapa lamanya tunggu. Doc kitaorg ni dari department O&G, memang susah gila nak jumpa.

And habis discuss, kecewa sebab kena buat tajuk induct of labour, bukan twin babies..

Balik naik monorail, and tukar naik komuter, and naik bas baru sampai kolej...waa, sakit kaki!! Aku rasa maybe dah kurus sebab banyak berjalan hari ni. MySpace err...abaikan.

Sekarang aku tengah menaip sambil berselubung dalam selimut. MySpaceDah la kat luar hujan lebat, bagai menggalakkkan mata aku tertutup rapat.

Okeh, aku nak tido. Tak sempat nak update blog kerap rupanya lepas final sebab kena buat proposal research.MySpace


Kenapa kacau waktu cuti aku? Kenapa? Kenapa?MySpace


Dah dah..beria pulak. Redha je lah.MySpace


Sunyi sepi la blog aku pas ni..sob sob..MySpace



Daa~~

Sunday, December 19, 2010

Saya sempurna bila....


Assalamualaikum..MySpace

Haa..sihat tak? sihat tak?..hehe. Sunyi sepi je blog aku hari ini.MySpace

Okeh, kat facebook tadi, aku nampak post menarik dari ZERO NEGATIVITY DAY. Rasa nak join pulak.

Sempurna? Perfect? Semua manusia mencari kesempurnaan bukan? Dari sekecil perkara seperti memilih baju, sampai lah ke peringkat memilih calon suami.

Tapi, kita ni manusia. Siapa yang perfect? Siapa?MySpace Habaq mai kat cek..



Maka, saya sempurna bila....atau lebih tepat saya rasa sempurna bila..

  • cukup solat 5 waktu
  • saya dapat melepasi sesuatu target dalam hidupMySpace
  • dapat membuat parents saya tersenyum bangga mendapat anak seperti saya walaupun sedikit sengalMySpace
  • dapat kawan-kawan yang sekepalaMySpace
  • ada pet yang comel tak jemu mata memandangMySpace
  • ada pakwe yang memahami, kaya, hensem, smart dan bla bla...heh, materialistikMySpace
  • bila JPA memerangkap sugar daddy masukkan duitMySpace
  • and lastly but not the least, dapat grad jadi doktor, dan nak sambung psikatriMySpace
Bagi aku level of perfection tu terpulang kat diri masing-masing. Sempurna bagi aku tak semestinya sempurna bagi orang lain.MySpace

Dan, jangan la terlalu mengejar kesempurnaan, bak kata pepatah;

MySpace
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Bersyukur la dengan apa yang kita ade, kerana kita tak hidup selamanya.MySpace

Rasa skema lak hari ni.MySpace


daa~~~MySpace

Saturday, December 18, 2010

First award!!!!!!!

Hai hai..

Aku dapat award la..tadaa..first time nih! excited sebentar..MySpace



Thanks encik haw. Tapi sejujurnya aku rasa tak layak pun, sebab baru je kenal beliau. Sembang pun tak pernah. Hahaha..

Sory perasan award ni lambat sikit.

Pape pun, terima kasih bangat eh..mari saya belanja makan angin. ;p

Friday, December 17, 2010

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Assalamualaikum.MySpace

Walawei...suka bangat tajuk ni.MySpace Aku sangat suka bela pet tahu! Antara haiwan feveret aku lipan, kala jengking, tarantula, dan ular.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okeh, aku tipu...tak kan la aku nak bela makhluk camtu. Aku amat positif yang housemate aku sekalian akan bunuh aku kalau binatang tu dibiarkan berjalan-jalan dengan penuh keceriaan dalam rumah ni.MySpace


The truth is..........

MySpace
Aku SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SUKA KUCING!!!... SERIUS!













Arrgh....kawai!! MySpaceTapi aku tak boleh bela sebab keadaan tak mengizinkan.MySpace
Sebab cek ketegaq jugak nak bela, maka aku decide nak bela kura-kura. Ya, kura-kura. Aku pernah tulis kat entry sebelum ni.



Comel kan..peneman di kala kebosanan.

Dan waktu pegi MAHA lepas aku dapat dragon fish secara percuma. Maka tambah lagi ahli bilik kami..weee..MySpace




So, itulah kisahnya..Aku selalu berangan-angan yang bakal pakwe aku nanti akan hadiahkan seekor anak kucing yang cute gile kat aku.



Kepada sesiapa yang bakal encik bf nanti, saya harap anda baca entry nih..hik hik..MySpace


Okeh, itu sahaja..daa~~MySpace



Apa yang aku merepek nih??

Aiseh, sila refer entry ini untuk memahami..x)