Blogroll

Sunday, November 28, 2010

Update ke MAHA

Assalamualaikum.

Ingat tak aku asyik berulang kali sebut MAHA dalam entry yang lepas? Hah, tak ingat??

Takpe, sebab aku rasa baik hari ini, aku ulang balik. Aku pergi ke MAHA pada hari Sabtu yang lepas bersama housemate. Walaupun bergelut dengan test CNS, kami decide untuk pergi juga. Dalam hati was-was banyak nota yang belum di baca.

Jadi awas, aku ingatkan ini entry yang banyak gambar.Kalau korang malas nak tengok, sila abaikan okeh. Aku tak sama sekali tidak memaksa. x)

Serba sedikit info tentang MAHA bagi yang tak tahu..
  • MAHA ini adalah pameran pertanian yang mengumpulkan usahawan dari seluruh Malaysia, mempamerkan dan menjual barang mereka di sini(Mardi Serdang).
  • Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.
  • Berlangsung selama 10 hari, dari 26 november lepas. Pameran pertanian ni masuk Malaysia Book Of Records, sebab pameran paling besar kat malaysia nih.
  • Disertai 28 negara, dan mempromosikan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di malaysia.
Fuh, dah macam duta MAHA pulak aku rasa, benda tak de kena mengena pun. Saja je nak menyibuk. haha..

Yang bestnya sabtu dan ahad lepas disertai oleh SUA RASA tv9, jadi hati meronta-ronta teringin nak pergi. (nak check, best atau tak).
Lagipun, sebelah kolej aku je. Dalam 3 km kot. (jauh la jugak kalau jalan kaki)

Kami gerak dalam jam 2 petang, setelah berusaha memujuk pak cik driver bas kolej 17 untuk menghantar kami. Yelah, jalan memang gila sesak, pak cik tu tak nak ikut jalan biasa ke Mardi. Lalu aku memberi usul supaya kami dihantar ke pusat kesihatan universiti, yang paling dekat kami boleh sampai. Dan dari sana jalan kaki ke Mardi.(tabah kan??)





Jalan kaki dalam panas terik, demi MAHA semua kami sanggup tempuhi..haha


Lihat, kereta yang berderet..(-_-')

Kami pergi dalam keadaan yang lapar, dan semestinya destinasi utama dalam fikiran adalah tempat makan! Malangnya, kami tersesat ke stall buah..layan.


Besar gedabak nangka tu! Aku rasa kagum!!


Apa lagi, peluang bergambar tidak dilepaskan!


Ini lempuk durian yang disalah sangka oleh aku sebagai tempoyak..(-_-')


Makanan tak jumpa juga, tekak sudah perit. Nampak gerai jual air tebu, cepat-cepat beratur.


Banyaknya kepala!!eh bukan, kelapa..



muka gembira dapat minum air tebu(muka kegembiraan aku terpaksa disorokkan, tak sanggup nak dipamerkan disini)


Pak cik, kami lapar...tak kesian ke??


Tiba-tiba ternampak, eh lemang la!!!Boleh cuba pulak tu.


Hah, mari rasa cepat-cepat. Beli tak jugak..


Ohh, makanan...




Tempat makan tak juga ketemu. Tiba-tiba nampak bas, terus kami naik. Ini nampaknya try and error cari pasal sebab kes malas bertanya.*sigh

Disebabkan MAHA ini besar, disediakan bas untuk pegi ke site tertentu. Contohnya kalau nak pergi ke Sua Rasa, ade bas specific ke sana.Tak boleh jalan kaki sebab jauh ke dalam.(lain la kalau korang nak exercise, dipersilakan, Aku tak sanggup)


Dalam bas. Pelik bas tak de tingkap.


Dalam perjalanan, nampak sawah padi..eh2, macam balik kampung pulak.

Kami tersesat ke tempat jual ikan. Naik bas lagi, kali ini bertindak bijak dengan bertanya kemana bas itu pergi. Jadi kami decide mahu ke Sua Rasa, cari makanan kat sana. Perut sudah berdondang sayang.


Yeaa, sudah sampai Sua Rasa. Mana makanan ni??


Tadaaa..finally, nasib baik ade stall makanan kat sini. Makan dulu..

Gendung gendut tali kecapi, kenyang perut baru boleh berlari..Hahaha, pandai ubah pantun.
Jalan-jalan di Sua Rasa cari mana kamera man ni, nak masuk tv9!!


Halaqah.


Belakang tu pentas, tapi malam la baru ade show.


Jalan-jalan cari camera man lagi.


Adik tv9. Ala, baru ingat nak join.(-_-')


Ini Lydia Ibtisam, ala..yang dalam impian ilyana tuh.


Susah betul nak snap gambar Lydia ni, tak dok diam langsung.


Hujan sudah turun. Eh, kami tak de payung!!

Berlari ke booth upin ipin, nampak payung dijual disana.



haaa, sekarang dah ade payung...selamat.

Lepas solat asar, meninggalkan Sua Rasa. Kami kembali ke main hall MAHA.


Masuk stall bunga, terpegun melihat bunga orchid yang berwarna warni, cantik!!

Hujan semakin lebat. Kami decide beli makanan untuk makan malam, dan bergegas pulang.

Redah hujan waktu balik, risiko tanggung sendiri.

Disebabkan tiada bas dan teksi, kami terpaksa jalan kaki balik ke kolej. Usaha yang sungguh murni, fatihah. Maybe dah turun berat beberapa kilogram.

Sampai kolej jam 7 lebih, kaki melecet dan badan penat. Alamak, teringat sin chan dah start.

Jadi, itulah ceritanya. Yang mana dekat datang usha okeh, best banyak usahawan melayu disini.
Mari support mereka!(yang jauh lain cerita)

Itu saja, bye.










0 Orang Macho komen: