Blogroll

Sunday, June 17, 2012

Cara buat cheese cake paling mudah dalam dunia!


Assalamualaikum. Kita kembali ke rancangan masak-masak bersama chef yang paling kurang ilmu masaknya (dear future husband dun worry saya dalam proses menambah ilmu di kepala hehe) plus pemalas, mahu berkongsi ilmu bagaimana caranya membuat cheese cake semudah ABC.

1. Ok step pertama, klik link ni. PEEKABOO CHOICES.

2. Order tepung instant cheese cake yang berharga RM25(400 g)

3. Tunggu tepung instant tu sampai depan beranda rumah.

4. Pergi kedai, beli susu segar dan biskut marie.

5. Balik rumah, ajak adik-beradik atau mak buat cake secara jemaah di dapur. Sambil buat cake, boleh bergosip. Tak lah bosan sangat. Hahaha. 

6. Hancurkan biskut marie. Cairkan marjerin dalam kuali, then masukkan biskut marie yang dihancurkan tadi. Masukkan dalam bekas yang nak letak cake, then simpan dalam peti ais selama setengah jam. Kalau tak nak buat layer pun tak pe, abaikan step ni. 

7. Campur susu segar 250 ml dengan tepung instant cheese cake tu, mixer sampai gebu. Nak guna tangan pun boleh kot. 

8. Tuang adunan cake atas lapisan biskut yang dah keras.. Simpan dalam peti ais selama 3 jam. 

9.  Masa menunggu 3 jam tu boleh diisikan dengan aktiviti bermanfaat, seperti mengemas rumah, kacau mak tengah menjahit baju customer, ataupun terlentang di depan tv seperti bayi. Oh comelnya! (-_-') Anak sapelah yang tak semenggah ni.

10.  Selepas 2 jam pertama, lari-lari ke peti ais, keluarkan cake tersebut dan letak topping. Aku guna topping jem blueberry, dan rembat buah anggur yang ada dalam peti ais. Gunakan kretiviti anda sebaiknya!

11.  Masukkan balik dalam peti ais selama sejam. 

12.  Selepas satu jam menunggu, keluarkan cake dan makan. Sambil puji diri sendiri 'Pandai gila aku buat cake ni'. Hahhahaha. Jangan lupa jamu bakal mentua anda untuk meningkat reputasi. Kah kah kah. Sengal.







Ya Allah, bersepai layer biskut tu. Sape punya keje nie?


Selamat mencuba! :D

************

Serius sedap macam cheese cake kat Secret Recipe. Tapi topping aku tak cantik sangat, aku maafkan diri sendiri sebab 1st time buat kan. Hahaha. Ni gambar yang aku amik dari owner page yang jual tepung instant cheese cake ni, memang gojes la beliau buat.






Yang ni layer dan topping dengan biskut oreo! Pergh meleleh air liur babe.
Aku nak try yang ni pulak kat rumah nanti. ^^




Akhir kata, benda ni memang mengganggu diet aku. Haha.

Bye.




5 Orang Macho komen:

pha is said...

pergh.. nampak mcm sedap... dah boleh lulus ni ujian calon menantu pilihan.. hahahaha...
ko dah abes exam ke?

Fatihah Mustapa said...

hahaha. belum, lagi 2 paper. hari rabu dan jumaat ni.

ko dah habis exam kan?

pha is said...

belom. lagi 5 paper... hehehe

My step...Oh!fatimah said...

nmpk yummmyy!!nak try gak arhh nanti..hahaha

Anonymous said...

Kalau tak guna tepung instant cheese cake tu. Tapi guna yg lain tak pe??