Bukan mudah nak jadi kuat.
Kau boleh ada sejuta sesalan dalam hati akan peluang yang
sudah pergi
Tapi kau tak boleh tutup mata akan kehidupan yang harus kau
lalui.
Aku tahu realitinya menyakitkan,
Malah kau boleh kata aku hanya tahu bercakap
Mahupun menulis di blog ini.
Aku tak rasa apa
yang kau rasa
Aku tak lalui apa
yang kau lalui
Tapi air mata ini
mengalir deras jika membayangkan sekiranya Allah memilih aku untuk diuji,
Aku tak sekuat
kau nak melalui dugaan sebegitu rupa
Dan kau insan
yang dipilih olehnya
Maka bertabahlah
hati
Aku hanya mampu
menitip doa ini dari jauh
Sebab kelemahan
aku adalah tidak mampu menatap mahupun mendengar suara mu yang sedih
Aku tak layak
dipanggil sahabat. :'(
1 Orang Macho komen:
macam serius ja...
Post a Comment