Sepanjang semester satu lepas, aku jadi pasif dengan menahan hati dan perasaan untuk merambu-ramba kemana-mana kerana kekangan kewangan.
Maka apabila ex-rumate si comel lote faiqah mengajak ke I-City jumaat lalu, dengan pantas mulut ini memberikan persetujuan. Kalau bab nak jalan-jalan kau cepat je kan fatihah?
Maka pagi jumaat aku sudah berangkat ke K17, dan dalam pukul 6 petang kami bertolak ke Shah Alam dengan tidak kurang setengah jam perjalanan. Kenapa aku rasa macam tengah menulis karangan ceritakan pengalaman anda semasa cuti sekolah yang lalu? Hampeh. Haha. Abaikan.
Ok, bacK to the journey, aku rasa mostly ramai yang pernah pergi kan I-City. Mula-mula aku pun blurr gak, apa yang menarik sangat pasal I-City ni? Tengok gambar kawan2 yang pernah pergi sana banyak pokok lampu kaler2 je. Kau cakap je warna apa, semua ada.
Dan apabila menjejakkan kaki sendiri ke sini, rupanya ada la jugak beberapa outdoor fun park dan snow walk untuk dilawati. Tapi tak banyak pun, maka kitaorang banyak bergambar je la. Dan yang tak best nya, every game kena bayar asing2, tak ada pakej. Kopak duit woo..
Maka, jom layan gambar.
Masa ni atas giant ferris wheel, macam cilaka sebab tetiba takde electric, dan kitaorang terapung2 kat atas tu selama 10 minit. Cuak gak ingat nak kena terjun untuk menyelamatkan diri. Haha, saje je kan nak dramatik.
Snow walk. Suhu kat dalam ni lebih kurang 5 degree.Sejuk, dan diorang tak bagi kasut boot untuk pengunjung, hanya jaket tebal je. And guess what, aku dan faiqah pakai selipar je weh! Kaki aku dah cramp beku masa kat dalam ni.
Dah jadi snow white tahu!:p
Memeluk faiqah sambil kata, faaaiiiqah akuu seejukkk.
Cuba berlagak comel macam penguin kat belakang tu.
Jadi tak jadi tak?
Faiqah ni hot stuff betul, aku dah menggigil2 dia steady je.
Padahal aku lagi banyak lemak.
Meminjam suhu badan orang hot stuff.
I am ICE WARRIOR to be. Kalau berani ngorat la*tetiba
Gaya itu penting.
And finally we out. Fuh lega dapat kembali ke Malaysia. Haha
Back to outdoor game.
Kitaorang naik spacewalk dan superswing. Masa main kat superswing ni, aku rasa jantung aku dan tertinggal kat bawah. Gayat woo.
superswing, gambar dari google.
Perangai kebudakan itu memang ketara la kan.
And the rest main tangkap2 gambar dengan pokok yang meriah dengan kaler ni la.
Haiwan peliharaan terbaru. Nama dia cikonot belang2.
Dah penat2 semua, balik K17 dan esoknya hari sabtu gi times square pulak jumpa kawan2 sekolah bainun. Memang jalan sakan la aku. Fuh.
8 Orang Macho komen:
kat penang pon ader gak, tapi setahun sekali je.. time "pesta penang", hujung tahun. bnde pusing2, yg ko naik macam kat sarkas tu, semua ada. pokok kaler maler pon ada, cuma tak de ais je.. heheheh...
<-- Budak ni tak pernah sampai I-City laggii. Wuhuuuuuu~ T.T Ahaaha :D
pha is
oh, kawan aku pernah habaq pasal pesta penang tu.
adik
jom2 meh akak bawak...huhu
p/s : sejak bila ko buat comment moderation nih..? hahaha
haha..baru je lagi, kenapa tak ok ke? kalau tak ok aku nak tukar ke asal balik.
x de la.. saja curios... ingatkan, kot2 la ada org komen merapu/negatif kat blog ko ni.. mana la tahu ko fobia ke.. hehehe
Mehh mehh. ahahaa
waa... g x ajk pn....
Post a Comment