Dah lama tak bersengkang mata macam ni. Amboi baru jam 1 pagi kau dah kata bersengkang mata eh fatihah?
Sebenarnya dah lama tak stay up begini. Even waktu studi week pun aku tidor awal. Sejak tukar kos ni takde maknanya aku nak stay up pelbagai. Jam 12 tgh malam je sudah menghempaskan diri di atas katil. Takpun dok beronline fb dan menatang yang sewaktu dengannya. Sebab kalau aku continue studi bagai nak rak pun, otak aku dah tak leh terima dah kalau dah jam 12 ke atas ni.
Tapi sekarang aku terpaksa stay up jugak menyiapkan tutorial advance calculus dan pre-report physics untuk esok. Ini dinamakan sudah terhantuk baru pakai helmet.
Sepatutnya kerja-kerja aku siapkan last weekend, tapi disebabkan hari jumaat lepas berambu-rambu dengan member ke Alamanda dan terbeli 2 novel. Ecece terbeli bagai la. Benda aku nak habiskan voucher buku 1 Malaysia tu.
Disebabkan habit apabila baca novel tak boleh stop until the last page, maka weekend aku jadi serabut. Nak hentak kepala laju2 kat bantal kerana hari sabtu dan ahad aku berjaya menghabiskan 2 novel ni dengan gigih sekali. Ya aku tak bangga. Revision dan assignment aku terbengkalai.*tsk tsk
ASST dan Sayangku Casper
Shame on you fatihah. Now I have to stay up nak buat tutorial advance calculus yang sangat advance ni. Oh gud bye my beauty sleep.
Miserable
Dari sem 1 lagi kalau weekend aku defective cenggini memang perasaan bersalah terhadap diri sendiri membuak-buak dalam jiwa. Kata lah aku skema ke apa, perasaan ini satu anugerah.*tetiba
Untuk mengelakkan kerja terbengkalai again, maka aku kena aim siapkan semua assingment sebelum hari sabtu ni. Kalau dah balik rumah tu of course la tak studi. Say no to procrastinate!
p/s= ASST novel was awesome la! Rugi tak beli. :D
4 Orang Macho komen:
ASST kat blog kak melur jelita pon aku baca tak habes lagi.. hahaha
Ahaaha ! Kerja bertangguh ehh kak? Normal lah kan? ^^
Salam.
Sama la kita kalau dah baca novel. Mesti nak baca dan baca sampai habis. Nak tahu jugak kesudahan. Nak nak cerita yang best.
pha is
serius best wei..kalau dekat leh aku bagi pinjam. haha
bidadari besi
hehe...memang normal sebenarnya. tapi benci betul buat kerja last minit
cp
tulah!!!tak boleh berhenti kan? huhu
Post a Comment