Bangun pagi ni dengan tekak yang perit. Rupa-rupanya sakit ni tak kebah sepenuhnya lagi. Semalam pun waktu pergi downtown memang control diri supaya tak tumbang. Haha, sadis betul.
Hari ni birthday Puan Zaiton, iaitu bonda aku tersayang. Selamat Hari Lahir mak! Akak sayang mak sampai mati. Walaupun umur mak genap 48 tahun hari ni, tapi mak tetap kelihatan awet muda seperti baru berumur 30-an. Tak mak, ini bukan satu bodekan untuk mak masakkan tom yam favourite akak bila balik rumah nanti. Tapi kalau mak nak masak jugak akak tak kisah, seluas perut ini akak menadahnya. Ahak.
Walaupun mak garang dan agak kuat membebel, tapi dalam hati ada taman. Terima kasih kerana selama 22 tahun akak hidup ni, mak selalu sokong apa yang akak nak buat. Puan Zaiton ini faham peel anaknya yang satu ini, dimana anaknya yang comel ini agak gila-gila sikit dalam kehidupan seharian. Haha.
Semoga mak sentiasa sihat dan ceria, dan panjang umur. Mak kan nak tengok akak kawin cepat kan, maka mak kena jaga kesihatan mak baik2 untuk tengok menantu mak yang awesome nanti. Dan cucu yang comel-comel belaka. Hahaha, melalut fatihah, melalut! ;p
Akak harap mak bergembira dengan hadiah besday yang tak seberapa, yang tak layak langsung nak dibandingkan dengan pengorbanan mak selama 22 tahun akak hidup ni :')
Thanks for being the awesome mom ever! Your are the best!
Eh ini ucapan hari lahir ke ucapan hari ibu? haha tak kisah lah.
*akak adalah nama panggilan aku kat rumah..teehee.
4 Orang Macho komen:
pandai mak ko berposing.. sporting habes... heheh
bab2 posing ni memang mak aku expert. hehe.
sama la name mak kite
owh.. entry yg ni la yg mak ko baca tuh.. hehehe
Post a Comment