Blogroll

Friday, August 12, 2011

Cerita tv yang mengurangkan pahala puasa.


Assalamualaikum.


Aku ni jenis manusia yang jarang sangat2 beremosi bila melihat drama di tv atau wayang atau seumpamanya. Kalau housemate bersedih melihat scene menyayat hati, mostly aku tercangak di tepi dan buat muka blurr. Atau scene watak mak bedah memdera anak tirinya dengan kejam, housemate akan menyumpah seranah dan aku hanya berkata’ala, berlakon je tu’ . Atau  filem seram, perempuan berambut panjang membawa bayi yang rupa-rupanya batu nisan, paling tak pun aku tutup tv bila perasaan tidak enak mula menguasai diri. Haha. Penakut.

Bukan bererti aku heartless, tapi aku memang jenis blurr kalau bab cerita kat tv ni. Sehinggalah baru-baru ni, apabila aku di rumah tengah berpuasa dengan riang dan ria, aku melihat drama dilemma wanita. Biar aku buat sinopsis sedikit.

Mengisahkan seorang ibu dengan 5 orang anak, dan 2 daripadanya adalah drug addict. Si bapa tak bertanggungjawab. Aku tertinggal separuh awal jalan cerita, sebab aku bukak je cerita ni dah nak habis. Sinopsis tak lengkap la nampaknya. Haha. Anyway, si ibu bersusah payah bekerja, dan 2 anak yang drug addict tu memang bawak masalah besar. Seorang masuk pusat serenti, dan seorang lagi dihantar ke pusat pemulihan persendirian.

Si ibu tak pernah berputus-asa terhadap anak-anaknya. Thats good. But, yang menjadi cerita kat ini bukan si ibu, tapi si bapa. Aku blurr tengok cerita macam biasa, sampailah scene ni. Lebih kurang macam ni la dialog dia.

Waktu: Pagi, selepas breakfast.
Tempat: Dalam rumah.


Si ibu sedang mengemas rumah. 2 orang anak yang masih bersekolah bersiap-siap ke sekolah. Si bapa duduk di ruang tamu sambil membaca akhbar.

Anak: Mak, cikgu mintak duit yuran.
Si ibu: Oh, boleh amir cakap kat cikgu, hujung minggu ni mak dapat gaji nanti mak bayar.
Anak: Baiklah mak. Amir pergi dulu. (Sambil meyalami tangan si ibu)
Si ibu: Jalan baik2 ye nak.

Si ibu sambung mengemas. Tiba-tiba si bapa bersuara.

Si bapa: Mah, amir tu tak nak bercakap langsung dengan abang.
Si ibu diam. Masih mengemas.
Si bapa: Mah, abang menyesal apa yang abang buat selama ini. Abang tau, mah memang seorang isteri yang baik, dan abang bersyukur ada isteri macam mah. Boleh mah maafkan abang?
Si ibu: Sebagai isteri, saya memang dah lama maafkan abang. Tapi sebagai manusia, hati mah ni masih sakit bang.(mata mula bergenang)
Si bapa: Ya mah, abang tahu. Abang mintak maaf sangat. Abang akan berubah. Mah, boleh pinjam rm200.

Aku yang depan tv: Damnn. Bodoh. Laki tak guna. !@#$^&*. Oh, patutlah baik semacam, nak minta duit rupanya. Bangang. Aaaarghh.. Sress tengok cerita ni.

Mak aku: Akak, kamu ni puasa ke tak?
Aku: Puasa la mak.
Mak: Dah tu... Tengok cerita pun nak emo.
Aku: Erk.. terlepas la mak. Laki tu tak guna mak. Mintak duit bini.
Mak: Tutup je la tv tu.

Aku bangun tutup tv. Perasaan masih bengang. Damn, kurang pahala puasa.

Kesimpulan: Jangan tengok tv time puasa. 




Related Posts:

  • Short update..lalalaAssalamualaikum.Waaa....rindunya aku kat blog ni. 3 hari tak bukak. Kesian blog ni terabai..:(Sebenarnya aku baru balik dari tempat ni... Jeng jeng j… Read More
  • Memohon Doa.Assalamualaikum.Hai hei hoi. Sihat tak korang? Aku harap sihat belaka la semua yang baca, terbaca, tersinggah, stalker atau sesiapalah yang melawat bl… Read More
  • Camping?rupanya seindah percutian...PART 1Assalamualaikum.Walawei, berabuk dah blog aku ni. Kesian dia terabai. Sorry sayang, mama so busy..*gediks.Diri sendiri sekarang pun tak terurus. Koran… Read More
  • Nak update gak, tak kira.Ayuh kembali ke sekolah!!!Eh eh eh...silap daa. Ayuh kembali ke upm dan menyibukkan diri sehingga tiada masa untuk update blog.kah kah kah.Nampak sang… Read More
  • Camping?rupanya seindah percutian...PART 2Assalamualaikum....phew..lama siot nak tunggu sambungan part two..kih kih.Baiklah, mari kita sambung cerita..Selepas itu, Encik fasi(seronok panggil e… Read More

5 Orang Macho komen:

Ked said...
This comment has been removed by the author.
Ked said...

aku bengang tgok ramadhan terakhir..esma daniel tu ikot sangat bini die..stress!!

Fatihah Mustapa said...

ked

haha..aku tak tengok pun cerita tu. x)

yaya said...

cite ap laa niey...adeih...mmg xske laa owg wat bek semata2 nk kn sesuatu...

muza said...

nak je la tv tp jgn ON tv tu....haaaa kan senang?