Blogroll

Monday, December 10, 2012

Kelam kabut.

Assalamualaikum.

Hai guys!!!!Waa excitednya minah ni kan. :DD

Esok cuti sempena keputeraan Sultan Selangor! Sape kat sini dok Selangor sep sikit. Haha. Sebenarnya aku excited sebab sabtu dan ahad lepas aku tak dapat berehat, ada program Bakti Siswa(BAKSIS) kat Sekinchan. Which I have a lot of fun there!

BAKSIS ni satu kos yang wajib untuk pelajar UPM dimana pelajar kena belajar cara-cara untuk handle sesuatu program dengan komuniti. Kumpulan BAKSIS aku bergabung dengan 2 kumpulan BAKSIS lain, anjurkan program anak angkat yang bertempat di Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Selangor.



Sinopsis program*eceh ada sinopsis pelbagai. Paham2lah aku malas nak taip.

  • Kat kampung ni ada pantai, sawah dan kelapa sawit. Awesome kan?
  • Orang kampung 99% orang jawa. Aku siap belajar bahasa jawa lagi.
  • Pergh, keluarga angkat aku sangat superb. Aku dapat makan durian dengan sebanyak-banyak kat sana.
  • Berjaya derma darah untuk program kesihatan. First time derma darah kat matrikulasi dulu.
  • Sepanjang program, meriah gila dengan makanan. Berat aku naik 2 kg. T_T
Aku sampai UPM jam 12 tengah malam semalam. Dan, sepatutnya hari ni ada quiz Differential Equation. Tapi aku tak sempat studi pape sebab sampai kolej, terus melemparkan diri atas katil. 

Bangun pagi dah pukul 9, which aku dah termiss kelas Asas Keusahawanan. :'((( Horror gila aku pagi ni, kelam kabut macam kucing nak beranak. Sms lecturer mintak maaf sebab tak datang kelas. Dah la kelas terakhir untuk semester ni. Nasib baik lecturer baik gila, cakap 

''takpe u datang je jumpa saya ptg ni sign attendance untuk hari ni'' 
Aku: *legaaa...:')


Masuk kelas DE pukul 10, dengan perasaan cuak gila nak amik quiz dalam keadaan tak bersedia. Tetiba lecturer cakap

''Quiz tangguh hari rabu ni''

Waa, rasa nak berjoget kat situ jugak. Hahahaha. I am the lucky one. Alhamdulillah. Kalau tak aku memang hantar kertas jawapan kosong je. :')

Dan again, ESOK CUTI!!! Marilah studi dengan bersungguh-sungguh.

Final lagi 3 minggu. *gulp 

Related Posts:

  • Masih mampu tersenyum...Bila jumpa manusia yang super duper annoying dalam hari-hari yang aku lalui, terasa diri ini bagai pelakon handalan kerana mampu mengukir senyuman wal… Read More
  • Demam Mengejut.Aku tengah demam. Bukan demam biasa, ini adalah demam akibat tersuka. Aku pernah cerita sebelum ni yang aku tak layan sangat drama melayu ni. Tapi se… Read More
  • Nama ituDia berlari. Dari kejauhan bas membunyikan hon berkali-kali, menggesa pelajar-pelajar yang lewat sepertinya supaya menepati masa. Di dalam hatinya men… Read More
  • The awkward moment....The awkward moment bila kau minat gila2 kat seorang artis ni, tapi kawan kau yang tak minat yang dapat jumpa artis yang kau minat tu..demm. Fin… Read More
  • Amarah.When you are angry, be silent. Quote ini sangat tepat, untuk mengelakkan kau melepaskan marah melalui perkataan kau yang setajam pisau. Terlajak pera… Read More

1 Orang Macho komen:

Pha Is said...

dah boleh cakap jowo la nih.. hahaha