Kisahnya begini.*tetiba, haha
Aku pernah cerita pasal kecurian susu kotak aku kat sini dulu.
Then, ubat gigi aku pulak hilang, awal sem ni.
Rumate aku kehilangan syampo sunsilk botol kecik.
Floormate depan bilik kehilangan syampo sunsilk botol besar. Yang paling kelakar, pencuri tu pulangkan balik botol kosong syampo tu.
So sekaranng, aku agak trauma nak tinggalkan bilik dalam keadaan tak berkunci, even nak ke bilik air sekalipun! Kalau nak cherry berry macam mana? -_-
Aku dah tawar hati nak letak barang kat dalam peti ais floor ni. Even kt bilik air pun, kena jaga2 dengan barang sendiri. Tahniah pencuri, anda "menceriakan" hidup saya!
Cuma setakat ni bersyukur sangat takde lagi kes hilang laptop, handset dan duit. For now.
My theory:
1) Si pencuri betul2 susah, sampai curi keperluan asas.
Oh come on, kalau betul2 susah tolonglah tampil ke depan cerita masalah kau! Jangan buat perilaku sebegini please. Meh dtg bilik aku ni, even aku pun tgh sesak takde duit sebab JPA tak masuk lagi, aku akan usahakan apa yang patut. Setakat ubat gigi dgn syampo tu apa la sangat. Kalau nak susu kotak tu, aku bagi je. Aku halalkan je kalau kau mintak. Jangan la amik jalan singkat dengan mencuri. Aku rasa kau boleh diselamatkan lagi, sebab kau tak curi barang2 yang mahal setakat ni. Kalau kau dah terlajak jauh pun, tak pernah terlambat untuk berpatah balik. Dosa dengan Allah leh mintak ampun dengan Dia, tapi dengan manusia? Ko kena jumpa mintak halal semua. Peringatan untuk diri sendiri juga.
2) Si pencuri ada masalah psikologi- Kleptomania
Yang ni, aku tak dapat bantu. Kau kena jumpa doktor psikologi, atau kaunseling.
Semoga Si Pencuri ni berubah. I really pray for you, walaupun aku tak tahu siapa identiti kau. Kesian sebenarnya, sebab both theory pun, aku yakin kau mangsa keadaan. Aku tak percaya kau curi barang untuk suka-suka. Get help, my dear.
Saturday, March 2, 2013
Home »
» Entry buat pencuri.
Entry buat pencuri.
Related Posts:
DilemaAku dalam dilema sekarang.Ya, dilema..dilema antara persahabatan dan ilmu.Kawan aku, sofiah hanis nak dtg KL. So, kebetulan dia datang, beliau mahu be… Read More
Tak nak balik boleh tak?Sapa cakap boleh aku belanja ABC.Betul ni, tak tipu.10.47 pagi.Aku tak kemas beg lagi, nota pun tak habis baca, tak makan lagi..oh yaa, sebenarnya aku… Read More
Ini Biasa1.51 pagi.Dah 2 jam aku bangun, mengadap note, tapi satu benda pun tak masuk kepala. Aaargh, rasa serabut. Aku tak paham dengan benda apa yang aku bac… Read More
Cici dan BanjirSemalam aku telah menyebabkan rumah banjir. Tak, ini bukan pasal banjir kat Kedah, tetapi banjir kat Bidor. haha..Ceritanya cam ni..Mak aku baru beli … Read More
Cinta itu ButaKorang pernah tak ada something yang korang sayang sangat-sangat, tapi benda tu buruk pada mata orang? Pernah tak?Aku ada..sebab tu aku bertanya ni..k… Read More
4 Orang Macho komen:
nasib baik kat asrama aku so far ok lagi...
Tulah, kt floor aku ni menjadi2 pulak. :/
ke, ada toyol? dia lapar & tuan dia tak jaga penampilan diri toyol tu.. tu yang dia curi susu kotak, syampu dan lain lain.. (TEORI )
hurmm...possible. Haha. Tak tahu la.
Post a Comment