Manusia yang rapat dengan aku tahu betapa aku gila akan sushi. Ye, aku suka gila makan sushi. Tapi aku tak tahu nama-nama untuk setiap jenis sushi yang wujud. Aaargh, tak kuasa aku nak amik tahu. Banyak kerja lagi yang aku kena buat daripada amik tahu jenis-jenis sushi yang wujud kat dunia ni. Yang penting rasa sushi tu sedap. haha.
Anyway, bila aku tahu kewujudan roti sushi, semangat aku berkobar-kobar nak buat benda alah ni mengalahkan semangat untuk mengorat lelaki yang hensem. Haha. Tapi serius, senang gila nak buat roti sushi ni. Aku je yang tak tahu. (-_-')
Maka masa balik rumah last weekend, aku mengajak along aku yang ohsem teman aku beli bahan-bahan yang diperlukan, dan upah sebagai driver aku membelikan beliau tempe 5 ringgit. Haha. Ini kisah benar.
Bahan-bahan nak buat roti sushi:
- sebarang jenis roti, aku guna gardenia.
- telur, berapa biji sukahati. haha fail betul kau nak bagi resepi.
- timun
- carrot
- sosej
- isi ketam, filament crab bahasa omputihnya
- mayonis
- seaweed
Resipi ni kawan aku yang bagi, except carrot tu aku tambah sendiri. Haha sukahati aku je.
seaweed. Kalau nak guna brand lain pun boleh. sedap dimakan begitu sahaja.
Adik aku dah rasmi dulu seaweed ni, bertuah punya adik!
Potong carrot, sosej, isi ketam dan timun secara horizontal. Haha, maksud aku secara panjang. Nanti kan nak gulung dengan roti. Potong agak2 panjang roti. Then masukkan sosej, isi ketam dan carrot tu dalam air mendidih sekali lalu. Jangan lama2 sangat nanti lembik.
Telur korang campak ke dinding. Haha, tak lah. Telur tu korang goreng hancur.
Seaweed yang aku beli ni besar gedabak, maka aku patahkan seaweed ikut saiz roti. Sapu mayonis both side roti, then letak roti atas seaweed.
Susun bahan yang dah dipotong tadi ikut firasat masing-masing atas roti. Then gulung dengan bersungguh-sungguh.
Potong roti yang telah digulung, agak2 sebesar sushi yang sebenar. Satu gulung tu aku potong kepada tiga. Part potong ni memang aku fail betul, habis seaweed tu bercerai-berai. Aaargh tension masa potong ni.
Lepas tu susun cantik-cantik atas pinggan untuk amik gambar, then update dalam blog! Haha damn.
Selekeh gila aku punya keje. Orang jarang masuk dapur macam ni lah. (T_T)
Lepas tu dah malas nak susun, campak-campak je atas pinggan. Mak aku tengok mengucap panjang sambil berkata, akak kamu ni nak buat kenduri ke? Boleh habis ke?
Well, walaupun roti sushi tu serabai gila. tapi habis ok. Haha, abah, yana dan aku je yang dok pulun makan sebab mak tengah sakit gigi, dan along sibuk dengan tempenya.
Walaupun tak sesedap sushi sebenar, tapi bolehlah sebagai gantian bebila mengidam nak makan sushi.
p/s- Nak belajar buat cheese cake pulak. Fulamak sejak bila pulak aku rajin ni? ;p