Assalamualaikum.
Aku rasa, macam lama tak update. Serius. Currently, kerja aku bangun pagi, benda pertama aku buat pas solat subuh adalah check SMP, sama ada pertukaran kos aku dah diluluskan atau belum. Penantian satu penyeksaan. Betul cakap prof aku, berurusan dengan bahagian akademik kat sini membuatkan aku rasa nak cekik diorang atau nak cekik diri sendiri.
Yelah, aku hanya anak orang kebanyakan dan bukannya sapa2 untuk aduan aku diendahkan. Lain lah kalau aku anak tan sri, tentu aku tak dilayan sebegini kan? *sinis.
Aaargh..skematik berbau politik disini fatihah. Aku kisah.
***********
Ok, aku nak kongsi beberapa blog yang aku suka baca. Blog2 yang aku suka ni penulisan mereka sangat bagus bagi aku. Dan membuatkan aku addicted macam nak makan budu. Eh, makan budu boleh addicted ke? HAHA tak lawak. Ehem.
Blog ni aku pernah publish kat entry ni. Dia lecturer kat uitm. Nasib baik kat uitm, kalau kat upm mesti aku cari siapakan gerangan penulis blog ni. Haha. Macam stalker pulak bunyinya. Aku suka blog ni sebab bahasanya yang sempoi. Kadang2 aku konpius gak, betul ke ni blog lecturer. Tapi aku berbaik sangka bahawa lecturer jugak manusia biasa. Mencarut jugak. Haha, tapi serius blog dia best la .Tapi sekarang jarang update sebab bizi kot.
2) Tiara Fazlin
Haa..blog ni aku tau dari blog ayeem ayam.Dari entry blogger perempuan cun. Tapi aku suka blog dia bukan sebab dia cantik, tapi sebab entry dia terbaik siot. Klaka dan sempoi habis. Dia belajar medic kat ireland. Sorry la tiara sebab aku dah angkat kaki chow dari kos medic ni, kalau tak mesti kita kerja sama2 kat hospital kan? Haha.. takpelah, teruskan perjuangan anda. Semoga berjaya menjadi doktor yang ikhlas berkhidmat untuk masyarakat. Rezeki aku bukan dalam bidang ni.
Haha..ok, aku melalut. Ko ingat ni segmen sampaikan salam kat perak fm ke fatihah? ;p
3) My Milk Toof
Kawan aku, faiz yang introduce blog ni kat aku. Sejak tu terus aku jatuh cinta dengan ickle. Haha. Cute sangat tau tak. Aku dah baca semua entry kat blog ni sampai habis. Release tension aku. Terima kasih faiz kerana bagi tau blog ni. Boleh tak aku nak adopt ickle dan lardee? Menyesal lak aku buang gigi susu aku waktu kecik dulu. haha. ;p
Penulis blog ni 17 tahun. Budak sekolah lagi. Tapi penulisan dia...pergh, aku tabik la. Mesti budak ni selalu dapat karangan A kan kat sekolah? Sebab cara dia kupas sesuatu isu tu sangat menarik bagi aku, walaupun kadang2 dia sarkastik. Aku yang dah jadi budak u ni rasa malu pulak tengok dia mampu menulis macam tu. Jeles tau tak? Ko dok kat mana sharifah? Akak nak berguru la dengan kamu. Serius.
Hah, yang ni pun budak sekolah gak. Aku rasa budak sekolah sekarang ni semua expert2 la. Aku dulu waktu nak spm, terhegeh lagi nak tekan keyboard. Walaupun amik ICT untuk SPM, tapi aku hanya hafal teori je yang membolehkan aku dapat B untuk ICT tu. Kalau tak memang masuk longkang la result ICT aku. Anis nama penulis blog ni, 17 tahun gak. Ayat dia memang macam penulis novel. Tapi satu je, blog dia ni ade lagu. Aku semak sikit bukak blog yang autoplay lagu ni. Serabut kepala.
Banyak lagi blog yang aku suka baca sebenarnya, tapi kang boleh buat list cecah lantai.
Sebab hobi aku blogwalking baca blog orang lain. Tapi kelemahan aku yang paling ketara aku PEMALAS nak tinggal jejak. Serius. Tapi aku baca je. Silent reader. Walaupun aku tak komen, tapi entry korang sampai ke hati aku..*ecece ayat nak cover haha.
Dan aku nak mengucapkan terima kasih kepada 289 yang follow blog aku ni. Terima kasih.
11 Orang Macho komen:
yang retarded kitty je gua taw...HAHA tapi kalau ko boleh layan si kucing tuh, maknanya ko sempoi la...butthurt gak kadang dia kutuk2 bagai..tapi gua bantai ketawa jela...:D
selamat pagi gadis upm! :D
haha..aku layan je. best dia tulis.. selamat pagi juga. geng buat mata panda ni. haha.
sama2.. huh, berbangga sebentar aku... hehehe....
faiz> perlu ke? haha..;p
oh UPM ke. SMP tu memg senget sikit. haritu dah la results kjap ada kejap xde. kan kan. :P
haha..bukan senger sikit, banyak kot. tension. huhu.
okay sume blog tuh menarik ~
wahhh..terharunya..mekasih tiha! anyway,belajar apa pun tak kisah, rezeki tu ade je kat mana2 asalkan berusaha ye dak?=)
sama2... betul2. sgt setuju. x)
teriak sekejap.
hahaha
haha...x)
Post a Comment